Saturday, December 24, 2011

Pemansuhan Penapisan Filem Bakal Bawa Padah - PUMPP; UNGGAS


Kenyataan Media

Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bersama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia) merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membiarkan penerbit filem mengedit filemnya sendiri dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) hanya akan menjadi penasihat untuk penayangan filem tempatan mahupun luar negara. Diberitakan lagi, segala bentuk lakonan atau adegan yang turut melibatkan seks, keganasan atau bertentangan dengan akidah tidak lagi disekat tetapi hanya akan dilabelkan mengikut isi kandungan filem berkenaan. Kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam bahawa kementeriannya tidak lagi menyekat penayangan filem walaupun ada unsur-unsur penyimpangan akidah dan penghinaan agama kecuali ianya melampau (Harian Metro, 22 Disember) sangat merisaukan pihak kami. Tanda aras ‘melampau’ tidak pula diberitahu kepada umum. Oleh kerana filem merupakan satu media  hiburan yang utama, kami memandang serius isu ini dan meminta pihak kerajaan mempertimbangkan semula perkara berkenaan.

Monday, December 19, 2011

HIMPUNAN SAYANGI BELIA


Jom ramai-ramai kita sertai Himpunan Sayangi Belia ( Operasi Sayangi Remaja ) . Cegah mungkar dengan nasihat & teguran.
Di Mana? di pantai R&R highway BORR (tempat belia berhimpun dari seluruh seberang Prai). Moga menjadi amal yang diredhai Allah.

Kat mana dan bila nak berkumpul? kita akan berkumpul di :
Tempat : Surau Taman Tun Dr. Awang, Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang
Masa : 8.30 malam.
Tarikh : 31/ 12/ 2011 (Sabtu)

Program adalah tidak formal, makan malam tidak disediakan. Taklimat ringkasakan diberikan untuk memudahkan urusan semua pihak...
Jom pi ramai-ramai. Sayangilah saudara-saudaramu sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri.... ^_~.. Sebarkan...

Friday, December 9, 2011

PROGRAM LATIHAN AKTIVIS LEVEL 1

Klik pada gambar untuk besarkan.

Program Latihan Aktivis Dalam Isu-Isu Sosial kini kembali lagi. Kali ini program LANDAS ini akan diadakan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Segala maklumat tentang program tersebut boleh didapati di poster yang tertera. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti latihan intensif ini, sila hubungi kami di talian 013-4451037 ( asti). Jangan ketinggalan untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam lapangan sosial. Bantulah kami untuk membantu masyarakat. "Demi Kesejahteraan Masyarakat". Andalah penentunya.


Saturday, December 3, 2011

PAMERAN STATIK SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA

Pada 1 Disember 2011 yang lalu,UNGGAS telah dijemput oleh AISEC USM untuk mengadakan 1 pameran bersempena sambutan Hari AIDS Sedunia. Pameran tersebut telah berlangsung hampir sehari bermula pada 10.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Pameran ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran orang ramai terutamanya mahasiswa tentang HIV/AIDS.

Gambar-gambar sekitar pameran: