Wednesday, July 31, 2013

Apabila DAIE Berehat...

Apabila Daie berehat...
Tingkat 4 dan 5 Central Square, Sungai Petani,
dibanjiri anak-anak muda mentah untuk mengisi kekosongan jiwa,
Mereka cuba mencari makna hidup disebalik budaya Punk, Skin Head, Black Metal, Gothic dan Shuffle,
Mereka mencari ketenangan dengan melalak dalam karaoke jamban, melanggah arak, main snooker, hidu gam dan bermadu kasih di sana.
Kata kita, "Ini kerja penguatkuasa!!!"

 Apabila Daie berehat...
"Islam tak pa, tak Islam pun tak pa.." ujar seorang warga Kg. Orang Asli di Kuala Mu.
Masyarakat minoriti ini bukan sahaja jauh daripada pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat, bahkan jauh dari Islam.
Ada dalam kalangan mereka mengaku Islam namun dalam masa yang sama tangan cekap mengusap anjing.
Kata kita, "Nanti Daie lain lah buat!!!"

 Apabila Daie berehat...
Penduduk Mukim Singkir, Yan berperang dengan K.S Chin Minerals Sdn.Bhd. dan Kemelong Engineering&Sankojaya Construction Sdn.Bhd.
Isu pertelingkahan tentu sahaja tentang kuari Jerai.
Keselamatan penduduk kampung berdekatan terancam sejak kuari ini beroperasi.
Antaranya banjir lumpur, penyakit (akibat debu kuari) dan retakan rumah.
Bukan itu sahaja, kuari ini sebenarnya beroperasi di kawasan hutan yang dilabel Kawasan Sensatif Alam Sekitar (KSAS), kawasan yang sepatutnya dipelihara rapi.
Kata kita, "Aik! Isu kuari Jerai ini pun kerja Daiekah?"

 Apabila Daie berehat...
Penduduk kampung Tanjung Tokong terkontang kanting,
dibiarkan tanpa pembelaan apabila tanah mereka sedikit demi sedikit direbut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Alasan yang diberikan oleh pihak tersebut adalah tanah itu diambil untuk pembangunan.
Namun pembangunan yang sepatutnya menjaga hak, hakikatnya menodai hak.
Kata kita, "Ini bidang tugas orang politik!!!"

 Apabila Daie berehat...
"Ubat ini halal atau tidak?", "Gelatin ini umat Islam boleh makankah?", "Kasut ini dibuat daripada kulit apa?",
Isu halal haram terus dibangkitkan dari hari ke hari.
Kata kita, "CAP dan PPIM kan ada!!!"

 Apabila Daie berehat...
Chik Salleh, 112 tahun terbongkok-bongkok menjirusan air pada tubuh cucunya yang sudah berusia 52 tahun.
Di gubuk yang sudah hampir roboh di tapak tanak rizab kerajaan Felda Bukit Tembaga Daerah Kuala Nerang, Kedah. Chik Salleh dan cucunya yang lumpuh sejak lahir itu tinggal.
Hidupnya  yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Kata kita, "Orang miskin bukan di bawah tanggungjawab daie!!!"

 Apabila Daie berehat...
Kemusnahan hutan bakau di persisiran pantai semakin menjadi-jadi.
Pengeksploitasian sumber biodiversiti yang tidak terkawal seperti penerokaan kawasan paya bakau untuk pembangunan, ternakan ikan dalam sangkar, ternakan udang, perindustrian, perbandaran dan pembuangan sisa kimia oleh kapal dan bot nelayan telah mengancam ekosistem paya bakau.
Kata kita, "Sudahlah! Kerja Daiekah ini?"

 Apabila Daie berehat...
"Kami perlukan bantuan kamu," ujar seorang mujahiddin dari Pattani kepada seorang mubaligh Kristian. Dalam terpaksa di amohon bantuan dari mereka yang tidak seagama dengannya namun sudi turut membantu.
Apa boleh buat tiada saudara seagama yang serius membantu.
Kata kita, "Iman tidak cukup tinggi lagi hendak pergi berjuang di sana!!!"

 Apabila Daie berehat... 
Lambakan kes-kes di mahkamah syariah terutamanya yang melibatkan wanita tertangguh.
Bukan sehari dua, bukan sebualn dua. Tetapi setahun dua bahkan ada yang lebih lama. Muncul heroin yang mneggelar diri mereka sebagai Sisters In Islam (SIS). Para daie mula gelabah.
Kata kita, "Haramkan SIS!!!"

 Apabila Daie berehat...
"Tiada unsur ketuhanan dalam matematik," ujar seorang pelajar matematik.
Tuhan itu hanya terdapat dalam subjek agama. Subjek-subjek sains ini kosong dari mengingatkan kita kepada tuhan. Fahaman sekular ini mula menjangkiti bidang pendidikan.

Malunya saya hendak mengakui diri sebagai daie sedangkan kerja dibuat bermusim.
Ya Allah, kuatkan diri ini di atas jalan yang telah daku pilih ini.
Kerja kita masih banyak!
Jangan berehat wahai daie!!!!
 Hasil nukilan: Siti Munirah Abdul Rashid

Puisi ini adalah hasil nukilan salah seorang peserta Akademi Dakwah (program lapangan dakwah di bawah Aktivis Pengupayaan Insan (API Malaysia) yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai isu masyarakat. Antaranya ialah isu gejala sosial, isu konflik antarabangsa, isu kepenggunaan, isu alam sekitar dan isu pemikiran. Boleh telusuri perjalanan program melalui blog API Malaysia. (Klik untuk membaca)










Gelandangan... Di mana titik akhir?

Assalamualaikum sahabat sekalian.


Terbaca perbualan sahabat dalam Faceboook mengenai gelandangan:
Sahabat A:
Berita TV9 membuat liputan, banyak gelandangan sekitar penang ditahan dan dibawa ke rumah kebajikan. tahu ke?
Sahabat B: 
Ini perkara biasa yang dibuat ABC (bukan nama sebenar). seperti hari khamis sebelum program juga. Mungkin ABC rasa itu pendekatan yang terbaik untuk kosongkan/hapuskan gelandangan di beberapa tempat. mungkin juga sudah 'kena marah' dengan pihak atasan. ADAKAH INI LANGKAH TERBAIK?? saya masih belum dapat maklumat sebenar tentang berita tersebut.
Sahabat A: 
Serius akak cakap, 'sangat kasar' layanan dorang. Langsung tak guna pendekatan hemoi. Datang pula dengan trak, macam gelandangan tu penjenayah plak.

Walaupun situasi lapangan seperti ini, API Malaysia dengan kerjasama UNGGAS Malaysia berusaha untuk memberi kebahagiaan kepada gelandangan walaupun sekelumit cuma.

 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Program Ramadhan Discovery 2.0 pada 26 Julai 2013 kali ini terlaksana seperti yang dirancang. Seramai 44 sukarelawan (19 sukarelawan UTP, 20 sukarelawan Darul Hadis, 4 sukarelawan UUM, Seorang USIM) yang menyertai misi menyantuni gelandangan sekitar Georgetown. Jom bersama-sama menyelusuri perjalanan sepanjang program.



  
Barang keperluan (buah, biskut, air kotak, baju) dimasukkan ke dalam ‘goodie bag’


Pembahagian kumpulan

Bertaaruf sebelum bertolak ke lapangan
Masa untuk bertolak ke Georgetown

Sesi taklimat oleh Bukhori (Pak Teh)



Pak cik – pak cik sabar menanti nombor kuponnya dipanggil
 

Sesi membahagikan 'goodies bag' mengikut nombor kupon gelandangan
Sesi resolusi  diketuai Sdr NurFitri Amir (YDP API Malaysia)
   




Alhamdulillah. Program tamat pada 10pm. Pelbagai maklum balas yang diberikan oleh sukarelawan. Paling penting RD merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Insha Allah RD akan bertemu lagi pada Ramadhan akan datang. 

* Senario isu gelandangan di Malaysia umumnya, dan Penang khususnya semakin rumit untuk dijelaskan, apatah lagi diselesaikan. Apakah titik akhir kehidupan mereka? Adakah mereka memikirkannya? Apakah peranan kita yang memahami keadaan ini?

Thursday, July 4, 2013

SIAPA MEREKA DI HATI KITA?

~Ramadhan merupakan bulan yang berbeza dalam 'scene' gelandangan di Georgetown. Fakir miskin akan hadir dari tempat sejauh Baling dan Taiping membawa keluarga mereka tidur dijalanan.~

~Ramadhan kita bermakna tatkala berbuka puasa dengan makanan yang enak bersama keluarga, namun Ramadhan mereka bermakna tatkala menerima makanan daripada insan lain untuk berbuka~'

Seperti tahun sebelumnya, Aktivis Pengupayaan Insan (API MALAYSIA) akan turun ke lapangan menyaksikan realiti segelintir masyarakat dalam mencari “kesenangan” di bulan Ramadhan. “Kesenangan”  mereka  berbeza ertinya berbanding insan lain.



Butiran program:-
Tarikh                                  : 26 Julai 2013/18 Ramadhan 1434 (Jumaat)
Tempat                                : Sekitar Pulau Pinang
  • Penyertaan amat dialu-alukan   
  •  Sumbangan (wang tunai/derma/material/makanan dll)
  • Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke dalam akaun, API MALAYSIA: 07140000118104 (CIMB Islamic)
  •   Keterangan lanjut/Pendaftaran penyertaan: 0194223850 (Afifaliza)

·
“Jangan biarkan Ramadhan anda berlalu sepi”

"Bila kiamat telah tiba, andai ditanganmu biji kurma, usah ragu untuk menanamnya, kerana ALLAH tidak menilai hasilnya, tetapi usaha yang kamu serahkan". 

BLESSING RAMADHAN: "Perjalanan Perjuangan, Rohani, Kebajikan dan Silatulrahmi"


UMAT ISLAM bakal menemui RAMADHAN, namun bersediakah kita menyambutnya? 


Sebagai sebuah NGO yang bermatlamatkan pembangunan jiwa insan serta masyarakat, Aktivis Pengupayaan Insan 
(API MALAYSIA) bersama Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS MALAYSIA), Pertubuhan Kebajikan Aman Pattani (AMANI MALAYSIA) akan menganjurkan sebuah program MEGA iaitu BLESSING RAMADHAN. Antara programnya ialah:-

1) Uzlah Tazkiyah (Kem Pemantapan Jiwa Aktivis)
1) Program beri makanan kepada gelandangan dan fakir miskin (Siapa Mereka di Hati Kita?)
3) Ifthar bersama keluarga mangsa konflik di Pattani




* Untuk keterangan lanjut/sumbangan/infak/zakat serta penyertaan, boleh hubungi/sms Afifa (0194223850).


"Bila kiamat telah tiba, andai ditanganmu biji kurma, usah ragu untuk menanamnya, kerana ALLAH tidak menilai hasilnya, tetapi usaha yang kamu serahkan".