Monday, November 10, 2014

Kem Anak Soleh Siri 1.0 bersama BAKUN

Kem Anak Soleh Siri 1.0 anjuran Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak Yatim& Miskin Al-Mukminun (BAKUN) dan kerjasama dengan sahabat NGO lain, UNGGAS Malaysia, Ashabul Kahfi dan SALIMAH Kedah.

Bersempena cuti sekolah yang menjelma tidak lama lagi.


Usrah di Flat 100: Kitab Fiqh

Antara yanng dibincangkan:-

Kitab Fiqah:
Sebab-sebab wajib Mandi Wajib
1) Jenabah
2) Haidh
3) Wiladah & Nifas
4) Meninggal dunia

- Imam Shafie' berada dalam perut ibunya selama 4 tahun.

- 3 golongan yang tidak bau syurga:-
1) Derhaka kepada ibu bapa
2) Perempuan sanggul tinggi dan berpakaian jarang
3) Lelaki dayus. Contoh lelaki dayus, tidak menceraikan isteri yang berzina, tidak menegur isterinya yang melanggar syariat/perintah Allah.


Program Kepimpinan di MKI

UNGGAS Malaysia telah dijemput untuk mengisi slot dalam Program Kepimpinan yang disertai 50 pelajar perempuan dan 50 pelajar lelaki Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Program pada 7 Nov dan 8 Nov disertai pelajar terpilih yang menyandang jawatan dan mempunyai rekod baik di sekolah.








Dalam slot pertama ini, penceramah menekankan sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri seseorang bagi melaksankan tanggungjawab yang diberi.

Selain itu, mereka didedahkan dengan isu gejala sosial untuk memberi kesedaran kepada mereka betapa bertuahnya mereka berada dalam lingkungan yang terpelihara dan baik.







Slot kedua pada sebelah malam, 8 Nov pula lebih kepada aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Slot LDK yang berlangsung selama satu jam ini bertujuan memberi motivasi kepada peserta untuk lebih komited menjadi seorang pemimpin.

Slot malam tersebut diakhiri dengan ceramah ringkas oleh Ketua Jurulatih UNGGAS Malaysia, Ustaz Kamaruddin Kassim.

Terima kasih kepada 7 aktivis Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak Yatim&Miskin Al-Mukminun (BAKUN) yang turut serta menyumbang tenaga malam ini.


Nantikan program susulan bersama sekolah ini.

Bermesra bersama remaja perempuan di PPWSP

2 November yang lalu, sekretariat UNGGAS KL bersama One Touch turun ke Pusat Perlindungan Wanita Seri Puteri (PPWSP) menyerahkan sumbangan dan bermah mesra bersama mereka.

Bagi makluman, tujuan penubuhan PPWSP adalah untuk memberi perlindungan dan pemulihan wanita dan gadis di bawah 18 tahun yang terdedah kepada bahaya moral.





PERKIM USM menyantuni gelandangan

Pada 2 November (Ahad) yang lalu, 26 ahli PERKIM USM bersama UNGGAS Malaysia menyantuni gelandangan di sekitar Georgetown.

Kelas Aktivisma dengan Kesedaran: Sesi taklimat sebelum turun lapangan
Sekitar program malam tersebut

BuFFER Zone: Program Hijrah Minda di Flat 100

Program ini dijalankan selama seharian, pagi hingga ke malam, bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam.



Aktiviti sepanjang program ini melibatkan seluruh penghuni Flat 100 dengan modul-modul berlainan mengikut peringkat umur.

Antara aktiviti yang diadakan ialah:-
1) Aktiviti melukis dan mewarna dalam kumpulan
* Aktiviti ini dikendalikan oleh fasilitator UNGGAS Malaysia. Aktiviti ini bertujuan lebih kepada memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk bersemangat dalam belajar.

2) Aktiviti menghasilkan kerongsang bersama kaum hawa
* Aktiviti ini dikendalikan oleh seorang sukarelawan UNGGAS Malaysia yang mahir dalam bidang ini. Aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran kepada kaum ibu, para remaja dan suri rumah.

3) Forum "Menyingkap Rahsia Hijrah"
* Forum ini disertai dua panel jemputan iaitu dari UNGGAS Malaysia sendiri, Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Kassim, Ketua Jurulatih UNGGAS Malaysia dan guru usrah mingguan di flat ini, Ustazah Hafizah Zakariya.

UNGGAS Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pihak Masjid Sembilang, Persatuan Penduduk LA21, AJK Surau An-Nur PPR Ampangan, dan sukarelawan dari USM Kejuteraan dan Kampus Induk, dan MIM Brothers.

 

Sekitar program


Wajah-wajah gembira

Bersama sukarelawan yang terlibat



Kelas kemahiran menghasilkan kerongsang

Booth MAPIM