Tuesday, October 13, 2015

Kelas Tuisyen STB berakhir untuk tahun 2015

Projek BuFFER @ School
Selamat maju jaya kepada adik-adik Sekolah Tunas Bakti yang sedang menduduki peperiksaan PT3. Manakala, SPM bulan hadapan.
Maka tamatlah Kelas Tuisyen. Tapi, Skuad BuFFER masih meneruskan program-program motivasi untuk mereka.
Latar tempat: Dewan inilah yang menjadi tempat program motivasi dijalankan


Monday, October 12, 2015

Projek BuFFER @ School sasarkan remaja bermasalah di sekolah

'Ilmu Pembenteng Jiwa'
Projek BuFFER @ School merupakan salah satu program UNGGAS Malaysia di bawah kelola Skuad BuFFER.
Antara objektifnya ialah:
1) Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dengan mengadakan;
* Program motivasi di sekolah
* Roadshow gejala sosial
2) Melahirkan remaja yang mampu membangunkan generasi akan datang
Insha ALLAH, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu remaja-remaja di sekolah. Antara sekolah-sekolah yang telah terlibat ialah:
1) Sekolah Tunas Bakti (Sekolah Pemulihan)
2) SMK Valdor
3) SMK Simpang Ampat
4) SMK Sg Layar
5) SMK Dato' Kailan


Outreach Lashkar Cinta @ Bandar Georgetown


Skuad Lashkar Cinta kali ini turun ke Bandar Georgetown sebagai lokasi Outreach pada 8 Oktober dan 9 Oktober 2015.

Skuad ini disertai 40 pelajar USM Induk daripada Kelas My Agrosis USM. Manakala 20 pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan UniSZA.










Ini Basikal Ah Hock yang Punya...


'Ini Basikal Ah Hock Yang Punya'

Ketika kami memberi makan, Pak Cik Ah Hock sibuk 'menambat' basikalnya di pagar besi sebuah perhentian bas.

Wajahnya yang ceria menerima sapaan kami, memeriahkan suasana perbualan. Katanya, mengayuh beca adalah pekerjaannya. Basikal dibeli untuk memudahkan beliau pergi ke kedai membeli barang dan melakukan aktiviti harian lain.

Anaknya akan datang ziarah beliau seminggu sekali, cucunya juga kerap bercakap dalam telefon dengan beliau. Peliknya, beliau menyewa rumah di Georgetown juga tapi beliau lebih suka tidur dalam beca di tepi jalan.

Kata beliau,
".. Aku tak suka tidur bilik. Aku balik mandi saja. Kalau aku tidur bilik, tilam banyak tebal, nanti susah bangun. Malas.."

Dalam perbualan ini, kami mendapat kata-kata nasihat dari Pak Cik Ah Hock.

Berbual dengan mereka yang bergelandangan, kadang kala mampu memberi kita semangat baru dan sudut pandang yang lebih luas.

------------------------------------------------

Kenapa penting Turun Lapangan?
* Ianya penting untuk mendapatkan gambaran sebenar sesuatu isu *






Pusat Penempatan Gelandangan bakal dibuka?

Bengkel 1: Rumah Gelandangan Kuala Lumpur.

Bengkel Hala Tuju Pusat Penempatan Gelandangan. Pusat ini dibina di Jalan Pahang oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Bengkel ini akan membincangkan modus operandi yang sesuai untuk pusat ini. Pusat ini masih belum dibuka.


Guru Mengaji diperlukan di STB.

Projek BuFFER @ Sekolah Tunas Bakti (sebuah sekolah juvana di Pulau Pinang)
Kami Nak Cikgu Ajar Mengaji - Luah adik-adik Sekolah Tunas Bakti.
Salah satu soalan peperiksaan Pendidikan Islam, PT3 ialah menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi.
Cikgu hampir marah kepada mereka yang asyik meniru rakan sebelah. Mereka hanya diam. Apabila cikgu bertanya,
Cikgu: ".. Ni huruf apa.."? (Sambil tunjuk huruf Ro)
Murid: *diam seketika* "... Aaaaaa.. Dal cikgu.."
------------------------------------------------
Cikgu dapat kenalpasti, murid tak pandai kenal huruf. Jadi, cikgu ulangkaji semula huruf-huruf. Terkejutnya, dia semangat mengeja satu persatu dalam rumi supaya mudah untuk menyebut.
Mendengar luahan mereka, ada yang mengaji hingga Iqra' 6 sahaja, ada yang baru masuk Muqaddam.
Semangat mereka minta cikgu buat kelas malam untuk mengaji sahaja.
------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk membantu adik-adik di sini sebagai guru, fasilitator dan motivator, boleh whatsapp/sms: 0194223850.
Tolong sebarkan pada kenalan anda.


Projek BuFFER: KEMDURI bersama NGO BAKUN

KEMDURI (KEM + KENDURI)
Hari ini, Badan Kebajikan Anak Yatim BAKUN telah mengadakan sebuah majlis sambutan Aidiladha bersama anak-anak yatim. UNGGAS turut berkesempatan bersama mereka memberikan pengisian. Berikut merupakan laporan yang disediakan oleh Saudari Siti Zakiah Binti Abdullah.
LAPORAN PROGRAM KEMDURI (KEM + KENDURI).
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Mukmimun ( BAKUN)dengan kerjasama Skuad BuFFER UNGGAS MALAYSIA mengendalikan program Kem Motivasi dan Kenduri sempena AidilAdha ( KEMDURI ) di Kg.Kubang Juluk,Kuala Nerang,Kedah bermula 2hb Okt-3hb Okt.2015 .
Program ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kepenggunaan kepada warga kampung dan juga pengisian minda bersama anak yatim serta jamuan kenduri sempena aidiladha.
Skuad BuFFER telah diberikan kepercayaan untuk mengisi slot minda dan juga mengendalikan sukaneka.Antara aktiviti yang dijalankan ialah ' Awak Sayang Saya Tak ? ' , 'Wau Hebat' dan juga kuiz minda.
Manakala permainan sukaneka yang dijalankan pula ialah Musang Berjanggut dan juga Belonku Besar Sekali.
Ini adalah kali kedua Skuad BuFFER diberikan amanah dan kepercayaan untuk memberikan pengisian minda kepada anak-anak yatim BAKUN.
Semoga segala usaha dan ilmu yang dicurahkan dapat diaplikasikan oleh anak-anak yatim dan juga warga kampung sekalian.




Adakah aku diterima?

Sebelum kelas Pendidikan Islam bermula, cikgu sempat berbual dengan salah seorang penghuni STB (Sekolah Juvana)

Beliau tiba-tiba meluahkan perasaan.

"...Cikgu.. Saya malu, keluar nanti saya tak tahu nak buat apa. Mak ayah saya dah meninggal. Ada abang, pun dah meninggal. Saya tinggal dengan atuk perempuan saya ja. Mak saudara, bapa saudara semua dah tak ambil peduli..."

"... Cikgu rasa orang terima saya tak?..."

------------------------------------------------

Adakan mereka akan diterima masyarakat? Atau hanya perasaan mereka sahaja? Anda jawab.

------------------------------------------------

* Apa yang mereka perlu hanya PERHATIAN, KASIH SAYANG. Tak da yang lain *

#ProjekBuFFER
#SekolahTunasBaktiTelukAirTawar