Tuesday, November 15, 2016

Kuliah di STB!

Cerita semalam di STB!
Alhamdulillah, mudah²an program ini mampu menyuburkan lagi penghayatan Islam dalam diri mereka.
Lepas ni dah tak tanya la,
Bila nak buat program?
Bila lagi nak datang?
------------------
Info baru:
Masih ada yang ditahan dalam lokap disebabkan Gaduh dan Cubaan Lari.
Semoga adik² terus bersemangat memperbaiki diri.




Skuad BuFFER @ SMKTAT

Skuad BuFFER bersama 150 orang pelajar tingkatan 2 & 3 di SMK Teluk Air Tawar..
Sedang berlangsung..
Motivasi Sahsiah Diri dan Jati Diri





"Uncle, jangan mengalah!"- Gelandangan Georgetown

Perkongsian pengalaman semalam dari salah seorang sukarelawan (Pelajar USM Kejuteraan)
::::::::::::::::::::::::::
"Uncle, jangan mengalah!".
Disebalik warna-warni cahaya dan hiruk-pikuk kehidupan malam di Georgetown, jasad ini terpanggil untuk ke satu kaki lima. Kosong. Aku masih rasa kosong.
Lalu, mata ini terpandang seorang gelandangan tua, sedang bersedia untuk menjamah makan malamnya. Skuad UNGGAS Malaysia cuba mendekati, aku terus ikut serta.
Uncle, berumur 50-an. Tulang empat keratnya bekerja sebagai pengawal keselamatan masih mampu untuk menyara makan minumnya, upah sekadar RM30 sekali sekala cukup baginya. Namun, Uncle hidup sendiri, tanpa sesiapa.
Payah untuk Uncle menerangkan situasinya. Kali ini, hatiku terpanggil. Aku cuba, cuba untuk berbicara hati ke hati. Aku mulakan kata (perbualan kami dalam bahasa Mandarin):
"Uncle, 别放弃. 还有机会.“ - (uncle, jangan mengalah, masih ada peluang)
"Saya dah tua. Saya malu. Malu nak cari keluarga. Saya dah pilih jalan yang salah. Hidup ini ada naik turun. Hidup saya dah turun, turun sampai nampak tanah"
"Uncle, jiayou!"
"Saya sakit, hepatitis"
"Be strong uncle, jangan mengalah, masih ada peluang"
Kelu lidahku, hanya mampu mengulang ayat yang sama. Jangan mengalah, masih ada peluang. Sekali lagi, Uncle tegas dalam bicaranya. Namun, jauh disudut lirikan mataku, kulihat matanya mula berkaca.
Tidur Uncle hanya bertilamkan kotak, berbantalkan lengan. Sejuk, sejuk kurasakan malam ini.
Uncle, sesungguhnya hidupku ini terlampau selesa dan mewah bagiku. Hingga aku terlupa dan leka dengan duniawi, aku juga terlupa akan nikmat bersyukur.
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" - surah Ar-Rahman, ayat yang sama disoal sebanyak 31 kali.
Apa lagi yang kau nak?
Apa lagi yang tak cukup?
Nikmat apa lagi yang kau dustakan?!
-Nukilan diri yang sering khilaf, Sara-


Adik-adik STB bakal duduki SPM!

Selamat Berjuang untuk SPM!
Salah satu motivasi untuk mereka.
Pen je?? Ya. Bagi kita ianya sebatang pen. Tapi bagi mereka, satu semangat baru dalam hidup. Itulah kelebihan yang mereka miliki.
Dapat pen sebatang, tapi sebulan mereka akan bualkan. Sembangkan. Tak cukup dengan itu, siap menunjuk² dengan kawan.
"Pen ni ustazah yang bagi. Pen ni untuk jawab SPM. Pen ni siap ada nama".
Macam biasa, nak SPM tapi cikgu² yang berdebar, tak boleh tidur fikirkan mereka boleh jawab atau tidak. Mereka pula relaks ja, keyakinan yang mereka ada luar biasa.
"Ustazah, kalau kami tak tahu, kami tulis je la. Maaf, saya tak tahu. Buat apa nak tipu". :D
p/s: Jangan tidur ya adik². Tapi, agak² mereka tidur atau tidak? Insha Allah, nanti kami pantau dan snap gambar mereka jawab SPM. Kita sama² tunggu ya...
:::::::::::::::::::::::::::::
Warden benarkan 3 orang ja keluar untuk ambil pen. Mereka yang di dalam dorm, bising la tak dapat keluar.
Ustazah! Awat tak mengajar? Kami nak keluar ni. Tengok dah pakai baju.
Ustazah, hari ni birthday saya!
Ustazah! Doakan kami exam ni!
Ustazah! Kenapa lama tak datang?




:D :D :D

Program November

Program akan datang, NOVEMBER depan! Save the DATE!

Kepada yang berminat untuk sertai, boleh PM page ini, atau hubungi talian tertera dalam poster.

".. Demi Kesejahteraan Masyarakat .."


Outreach Lashkar Cinta bersama KUISAS

Outreach Lashkar Cinta semalam.
Bersama wakil kumpulan Syabab Ridzuan, Sahabat Jannah, Al-Fateh Consultant dan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah.
Disebabkan sukarelawan tidak ramai, kami hanya cover kawasan Masjid Kapitan Keling dan KOMTAR.
Semua sukarelawan, 25 orang baru pertama kali turun ke Georgetown untuk edar makanan kepada gelandangan. Setelah bersembang, persepsi mereka telah berubah. Rupa-rupanya, ada gelandangan yang berumah, yang bekerja, yang berkeluarga tetapi masih memilih untuk tidur di kaki lima.
Ada juga yang kurang bernasib baik dan terpaksa memilih untuk hidup bergelandangan.
Alhamdulillah, outreach tamat jam 2.00 pagi.






HIDUP HARI INI PASTI, ESOK BELUM PASTI
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nampak besi yang menyucuk² tangan uncle yang duduk tu?
Beliau kemalangan pada 10/5. Disebabkan kemalangan itu, beliau patah tangan, pinggang dan tangan. Setelah kejadian, beliau tinggal bersama kakaknya. Tapi, sekejap sahaja. Kakaknya tidak mampu menyara beliau kerana sudah berkeluarga. Jauh beliau merantau, dari Kuala Kangsar, Perak.


Beliau terpaksa keluar dari rumah kakaknya dan berkelana di Pulau Pinang. Berbaki RM8,000 dalam bank, hasil bekerja sebelum ini. Duit tersebut, beliau gunakan untuk rawatan kesihatan. Beliau terus bayar kepada hospital jumlah kos rawatan kerana bimbang duit beliau akan habis. Atas nasihat doktor, beliau perlu hadiri rawatan pada setiap bulan sehingga keadaan semakin baik. Beliau nak sangat bekerja, namun apa daya, beliau bertongkat, besi penuh satu badan.
Sekarang, beliau terpaksa bergelandangan kerana duit simpanan habis.
Ada cadangan untuk bantu beliau? Boleh terus hubungi 014-8118021 (Hikmah) , atau PM terus ke Page UNGGAS Malaysia.

Monday, November 14, 2016

Bergerak Demi Masyarakat!

Sah ditubuhkan pada 25 April 2011 di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Memegang visi,
memahami permasalahan sosial dan membantu golongan yang terjebak dalam kancah penyakit sosial untuk keluar dari ruang tersebut.


Skuad Breakaway @ STB

Program Breakaway @ STB
Alhamdulillah. UNGGAS Malaysia tak perlu lagi kenalkan adik² STB. Remaja bermasalah, yang sememangnya terdedah dengan masalah sosial sehingga menyebabkan mereka dimasukkan ke sini.
Tak susah untuk buat mereka mengaku apabila ditanya merokok atau tidak. Sifat mereka sedia ada jujur. Seperti yang dijangkakan, hanya 12 orang tidak merokok daripada 95 orang.
Walaupun mereka berada dalam STB, semangat mereka 'menahan' ketagihan rokok perlu dipuji. Bukan mudah. Apabila ditanya, mereka akan berkebun, mengemas, aktiviti bersukan untuk menghilangkan rasa untuk merokok.
Sempat lagi berseloroh..
".. Kami nak jadi lelaki LIMITED EDITION. Tak merokok .."
Alhamdulillah, peringkat demi peringkat, UNGGAS Malaysia semakin mengenali adik² STB kita. Banyak cerita² hidup mereka yang dikongsikan.


-----------
PROGRAM BREAKAWAY:Bebas Rokok,Hindari Vape (Minggu 10)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Alhamdulillah, skuad Breakaway selesai turun ke empat buah sekolah pada minggu lepas iaitu:
1) SMK Teluk Kumbar 2
2) SMK Mutiara Impian
3) SMK Saujana Indah
4) SMK Saint George
Melalui pemerhatian skuad Breakaway, masalah disiplin pelajar sebenarnya terkawal dalam sekolah. Program-program yang dianjurkan sekolah seperti Program Rakan Sebaya, melibatkan pelajar-pelajar bermasalah di kem jati diri, dan seumpamanya mampu mendisiplinkan mereka.
Namun, ada juga pelajar yang mudah terpengaruh dengan bahan-bahan berbahaya seperti pil kuda, dadah, dan gam. Tidak dinafikan faktor persekitaran (mudah diperolehi) dan faktor rakan (ajakan rakan) serta faktor jati diri (tiada pagangan hidup yang kuat) adalah sebab utama mereka mengambil bahan-bahan tersebut.
Insha ALLAH, skuad Breaaway cuba untuk mendekati mereka secara peribadi untuk tindakan selanjutnya.
-----------------------------------------------
ESOK, 4 Oktober 2016 (Selasa)
Skuad Breakaway akan berada di Sekolah Tunas Bakti (STB).