Monday, February 6, 2017

Bangunkan Jiwa anak-anak Flat Paya Nahu Damai!

Program Generasi Rabbani 2.0 @ Flat Paya Nahu Damai.


Alhamdulillah. Berlangsungnya program Generasi Rabbani 2.0 pada 4 Februari 2017 yang lepas, daripada pagi hingga petang dan dihadiri 36 peserta (7 tahun - 16 tahun).




Membangunkan jiwa insan perlukan masa dan ini matlamat UNGGAS MALAYSIA.
Untuk kali ke-2 ini, banyak beri peluang kepada kami, fasilitator untuk lebih mendalami jiwa mereka.
Menjalani kehidupan yang payah, di usia mereka ini amat sukar tetapi tetap perlu diteruskan kerana ianya kewajipan.





Kami memerlukan ramai lagi sukarelawan untuk terlibat dalam hasrat ini. Bersama-sama membangunkan jiwa² ini.







Sesiapa yang berminat, boleh PM 017-5248485 (afifa).
Untuk sumbangan pula, boleh terus salurkan ke akaun Pertubuhan Menangani Gejala Sosial: 8600937558 (CIMB)

Outreach Lashkar Cinta Rabu ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Insha Allah, Rabu ni kami akan turun Outreach Lashkar Cinta.
Jom pakat menyumbang untuk makanan gelandangan.
RM2 sahaja untuk seorang gelandangan!
P/S: Makanan bukanlah isu utama gelandangan. Makanan hanya token untuk bersembang dengan mereka. UNGGAS MALAYSIA gunakan kaedah ini untuk kumpul info.


Anda ingin sertai kami?
Anda ingin menyumbang?
Info lanjut: 0175248485 (Afifa)


Monday, January 30, 2017

OUTREACH MALAM TAHUN BARU 2017!

Setiap tahun, UNGGAS Malaysia berterusan turun ke lapangan pada MALAM AMBANG TAHUN BARU.

Untuk apa?
💎 Sebarkan dakwah
(flyers, button badge)
💎 Temu seru:
📍Mat rempit
📍Keluarga
📍Remaja berpasangan
📍Remaja melepak
📍Mat kayuh



Sekitar program malam tersebut.














Program Generasi Rabbani menyuburkan jiwa remaja!


Program Generasi Rabbani memfokuskan program kepada remaja Flat Paya Nahu, Sungai Petani. 

OBJEKTIF
i.                Peserta lebih memahami tujuan hidup sebenar 
ii.              Tidak memandang remeh lagi kepentingan menjadi insan berilmu
iii.            Mampu mengubah nasib keluarga 
iv.            Menjadi contoh kepada remaja lain yang seusia mereka






Fitnah Isu Sosial: Selamatkah Zuriat Kita?


Kepada yang berkelapangan dan berdekatan, boleh turut serta!






KUliah di STB!


Kami berusaha untuk membantu adik-adik Sekolah Tunas Bakti (STB), Teluk Air Tawar belajar mendalami agama.