Showing posts with label anti rokok. Show all posts
Showing posts with label anti rokok. Show all posts

Friday, August 22, 2014

ROKOK dan PORNO

Rokok dan video lucah adalah antara bahan larangan paling popular dikongsikan oleh remaja-remaja yang mula terlibat aktiviti liar di sekolah. Kepada ibubapa rajin-rajinlah memantau anak-anak anda. Berikut merupakan statistik merisaukan berkenaan ROKOK dan VIDEO PORNO diseluruh dunia:

PORNOGRAFI:
$ 3,075.64 dolar wang dihabiskan untuk pornografi setiap SAAT.

28,258 orang sedang menonton video porno setiap SAAT.

372 orang sedang menaip 'search term' porno di internet setiap SAAT.

Setiap 39 minit, sebuah video porno baru akan dihasilkan.

ROKOK:
Syarikat rokok memperolehi $ 664 billion setahun hasil jualan rokok. Cukup untuk usaha membasmi kemiskinan di seluruh dunia.

Seorang perokok mati setiap 6 SAAT atau 10 orang setiap minit akibat penyakit berkaitan rokok.

Lebih 600 000 orang bukan perokok (ahli keluarga perokok) mati setiap tahun kerana menghidu asap rokok. 1/3 daripadanya adalah kanak-kanak.

Terdapat anggaran 1.1 billion perokok diseluruh dunia pada tahun 2014.

Di negara-negara membangun dan miskin, didapati 30% pendapatan keluarga akan dihabiskan untuk rokok seterusnya mengetepikan keperluan untuk pendidikan, nutrisi, dan penjagaan kesihatan.

Monday, March 17, 2014

Mesyuarat Awam Dan Penubuhan Skuad 'Community Research And Action' Bagi Negeri Pulau Pinang


Rokok, Arak, Seks Bebas, Parti Liar, Gam, Dadah, Gelandangan, Pelacuran, Kanak-kanak Terbiar, Kemiskinan, Krisis Identiti... Apa Tindakan Kita ?

Usah mengeluh jika kita lihat disekeliling kita penuh dengan permasalahan sosial. Kita juga adalah punca kerana kita lebih selesa melihat dan mengutuk tanpa berbuat apa-apa untuk lebih memahami dan bertindak secara praktikal.

Tiada Motivasi Untuk Bertindak ? Tidak Pasti Bagainama Untuk Bertindak ?

Sertai 'Community Research And Action Squad' bersama UNGGAS Malaysia.
Anda mampu mengubahnya !

Thursday, November 29, 2012

Kempen Jom Sihat

UNGGAS Malaysia dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sekali lagi berkolaborasi mengadakan kempen jom sihat bertempat di Kolej Komuniti Kepala Batas pada 22 November, Komuniti Bagan Dalam pada 24 November dan Komuniti Bagan Lalang pada 25 November yang lepas.

Melalui penganjuran kempen Jom Sihat, beberapa manfaat utama dapat dirasai dengan jelas. Contohnya penganjuran kempen di Komuniti Bagan Lalang. Komuniti ini sudah lebih 7 tahun tidak pernah mengadakan sebarang program kemasyarakatan. Dan kebetulan pejabat gerakan UNGGAS berada dikawasan kejiranan Bagan Lalang. UNGGAS mengambil peluang ini sebagai rangka merapatkan hubungan antara NGO dengan penduduk setempat. Hal ini bakal memudahkan UNGGAS pada masa hadapan untuk mendekati seterusnya melaksanakan beberapa aktiviti dengan golongan kanak-kanak, remaja dan wanita dikawasan Bagan Lalang. Perkara ini amat perlu memandangkan komuniti Bagan Lalang khususnya komuniti Melayu dikawasan ini berada dalam keadaan terpinggir dan tanah yang mereka duduk sekarang bukanlah hak milik mereka. Tanah tersebut berada di bawah rizab sungai. Selain itu, kanak-kanak dan remaja Melayu sekitar Bagan Lalang tidak memiliki tempat untuk mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti. Melalui program awal yang UNGGAS laksanakan baru-baru ini, berlaku peningkatan kunjungan kanak-kanak dan remaja Melayu khususnya ke pejabat gerakan UNGGAS. Dengan kemudahan sederhana seperti perpustakaan mini, kawasan lapang untuk bermain bola, dan kemudahan sebiji komputer berserta wifi.

 Ibu Pejabat UNGGAS Malaysia

Wednesday, November 21, 2012

Breakaway - Bebas Dari Rokok

Breakaway-Bebas dari Rokok merupakan sebuah projek usahaman dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Projek bermula secara rasmi pada awal September dan dijangka tamat pada awal disember 2012. Objektif am projek ini adalah untuk memulihkan ketagihan peserta terhadap rokok serta mencegah komuniti setempat daripada pengaruh negatif rokok. 

Projek dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa kempen kesedaran dan pemilihan 60 peserta untuk menjalani fasa kedua melalui kaedah ceramah, edaran kaji selidik tahap kebergantungan nikotin, pameran, persembahan video, dan ujian saringan kandungan asap dalam badan. Manakala fasa kedua fokus kepada pemulihan daripada ketagih rokok. Kaedah yang digunapakai dalam fasa kedua adalah Kaunseling individu dan kelompok, Mentor-Menti, Terapi Spiritual dan Kem 3 Hari 2 Malam.



Gambar sekitar Program fasa pertama atau juga dikenali sebagai School Attack
UNGGAS sudah masuk di lebih daripada 3 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah melalui aktiviti 'School Attack' sepanjang bulan September dan November sebelum cuti sekolah bermula. Melalui aktiviti 'School Attack', UNGGAS telah menerima respon yang baik daripada pihak sekolah. Antarnya adalah berkenaaan ceramah kesedaran dan pameran yang disediakan oleh UNGGAS. Semua ini kerana, pelajar sekolah jarang terdedah mengenai isu-isu semasa berkaitan isu sosial.






Thursday, September 13, 2012

Jom Bersama-sama Merawat Perokok !



UNGGAS Malaysia akan mengadakan satu lagi projek dalam masa terdekat ini. Projek 'Breakaway-Bebas Tanpa Rokok' ini akan diadakan dalam tempoh masa yang agak panjang iaitu selama 3 bulan. Oleh itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan daripada semua untuk menjayakan program ini.

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun CIMB Islamic atas nama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia), No akaun:07020000175102.

Segala sumbangan dan bantuan daripada tuan/puan amatlah kami hargai. Moga sumbangan tersebut diangkat menjadi amal-amal soleh bekal untuk bertemu Allah kelak. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dari jalan yang halal, baik, berkat serta dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi 019-4522893     (Cik Hassuna) atau 013-4451037  (Cik Asti)