Thursday, February 18, 2016

GEMAR 2016: 'Aurat Terja, Malaysia Sejahtera' @ Queensbay Mall, Penang.


Alhamdulilah, pada 14 Februari 2016 yang lepas, Skuad GEMAR Malaysia dari UNGGAS Malaysia turun ke lapangan bagi menjalankan kempen Gerakan Menutup Aurat.

Seramai 15 sukarelawan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ikatan Pekerja Malaysia dan Indonesi (IPMI) turut sama membantu dalam melaksanakan kempen ini.




Aktiviti bermula jam 5.00 pm dan berakhir pada 10.30pm. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen di Persisiran Pantai QB Mall, Penang ini ialah:

1) Sebaran flyers Menutup Aurat
2) Solidariti kempen dengan bergambar bersama poster GEMAR Malaysia
3) Edaran key chain, button badge dan pelekat cermin kereta percuma
4) Edaran air kotak percuma
5) Sesi soal jawab (questionare) bersama orang awam
6) Pameran poster
7) Edaran belon percuma kepada kanak-kanak



Sukarelawan menerangkan kepada orang awam mengenai GEMAR Malaysia




Persiapan pameran poster oleh sukarelawan dari IPMI

Sokongan dari Dr  Tanbira Alam (Bangladesh)
"...HIJAB is not for only women, but men also should wear HIJAB (lower your gaze)..."














Semoga usaha kita mendidik masyarakat mengenai kepentingann menutup aurat dapat diteruskan. Insha ALLAH. Sokongan anda semua juga diperlukan.

Like Page:
https://www.facebook.com/gemarmalaysiaofficial/ (GEMAR Malaysia)
https://www.facebook.com/MYUNGGAS/?ref=hl (UNGGAS Malaysia)


Kenapa GEMAR Malaysia membawa tema "Aurat Terjaga, Malaysia Sejahtera" tahun ini?


🌸

Perkembangan arus GLOBALISASI sangat dahsyat! Hal ini dibuktikan dengan wujudnya media sosial yang pelbagai fungsi, sedikit sebanyak menyumbang kepada isu gejala sosial remaja kita khususnya.

👫

Pergaulan bebas lelaki dan perempuan atau sinonim dengan istilah 'couple' sudah sampai ke tahap yang lebih 'daring'. Saling menghantar gambar bogel, berbalas mesej lucah dan seumpamanya. Ada juga yang menghasilkan video lucah tanpa rasa malu. 



Semua bahan ini akan dikongsi di whatsapp, telegram, tumblr, facebook, wechat dan pelbagai medium lagi. Tanpa mereka sedar bahawa gambar dan video tersebut pasti akan terus berada dialam maya sehingga berpuluh tahun. Lebih membimbangkan lagi, pasangan cinta songsang gay dan lesbian turut berkongsi gambar dan video tanpa malu. 

💋Semua ini menjurus kepada isu seks bebas, seterusnya mengandung anak luar nikah dan buang bayi.


Aurat tidak hanya terbatas kepada aspek luaran atau pakaian semata. Kita juga selalu mendengar cerita mereka yang bertudung dan menutup aurat pun, boleh terjebak ke lembah pergaulan bebas dan penzinaan. Kerana itu, menutup Aurat seharusnya difahami dengan prinsip asasnya iaitu kesederhanaan dan menjaga adab. 

Cukup dengan isu ini, sudah boleh membuatkan kita risau akan masa depan anak-anak remaja kita.

✊🏽
Justeru, GEMAR Malaysia kali ini cuba membawa tema ini sebagai usaha untuk mendidik masyarakat kita betapa pentingnya menjaga aurat agar negara kita aman dan selamat.



👳


AURAT bukan sahaja mematuhi etika pakaian yang ISLAM telah gariskan, tetapi juga berkait rapat dengan;

1) Lelaki perlu menjaga pandangan
2) Perempuan seharusnya bijak untuk memelihara kehormatan diri
3) Menjaga adab dan tatasusila

Ianya perlu diaplikasikan secara seiring agar kita menjadi muslim yang sejati. Insha ALLAH.

🐦
Di bawakan kepada anda oleh
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)

#Ingat14febingatGEMARMalaysia
#SayasokongGEMARMalaysia

Tuesday, January 19, 2016

MENGAPA KAMI BANTAH TPPA? - UNGGAS Malaysia

MENGAPA KAMI BANTAH TPPA. 

Ramai yang bertanya mengapa UNGGAS melibatkan diri dalam urusan membantah TPPA. Mengapa tidak hanya fokus kepada program2 pemulihan, pendidikan dan kebajikan.

Jawapan kami;
Istilah 'Gejala Sosial' itu sudah jelas menunjukkan bahawa semua permasalahan yang disebut sebagai 'gejala sosial' adalah hasil daripada permasalahan yang lebih asas.


Ini kerana istilah GEJALA itu sendiri dalam bahasa Inggeris adalah 'symptoms' atau tanda-tanda. Contohnya simptom (gejala) demam denggi adalah demam panas yang berpanjangan, sakit sendi dan liang roma berdarah. Maka gelaja bahawa masyarakat kita sedang sakit adalah zina berleluasa, pelacuran, perjudian, jenayah, dadah, ketom, gam, gangsterisma, mat rempit, dan banyak lagi..
Jika begitu, apa pula penyakitnya sehingga timbul gejala-gejala sedemikian ?







Penyakitnya ada dua bahagian, pertamanya faktor luaran iaitu sosioekonomi dan sosiobudaya seperti tekanan hidup, masalah keluarga, kemiskinan, kurang pendidikan, rasuah, penyelewengan kuasa, perancangan bandar yang tidak seimbang, pengaruh media dan gaja hidup yang merosakkan.

Keduanya faktor dalaman atau kejiwaan. Ini diertikan sebagai lemah iman, tiada iman, tiada jati diri dan tiada motivasi untuk hidup dengan lebih baik. Dalam hal kedua ini perlu di ingat bahawa Allah S.W.T menyanjungi mereka yang miskin tetapi redho, kuat berusaha, tidak meminta minta dan tetap menjaga perihal-perihal keagamaan dan hukum hakam dengan tidak melibatkan diri dalam gejala-gejala sosial yang merosakkan.

Dalam hal TPPA. Kami begitu yakin dengan bukti-bukti yang ada, serta saranan pakar-pakar ekonomi, negarawan dan aktivis bahawa TPPA bukan sahaja akan menjadikan Malaysia hamba ekonomi kepada kuasa besar dunia malah akan menjejaskan polisi-polisi sosial berkaitan kebudayaan, agama, kesihatan dan alam sekitar. Perkara ini jika dibiarkan berlaku, akan menambahkan lagi gejala-gejala sosial yang kini sudah tidak terkawal.

Rakyat yang dihimpit permasalahan sosioekonomi dan kecelaruan sosiobudaya akan cenderung untuk terlibat ke dalam kancah gejala sosial.

Untuk mencapai matlamat mewujud negara yang sejahtera bebas dari gejala sosial, usaha yang berterusan dan selari dari pihak pembuat polisi (top - down) dan juga aktivis yang berada dilapangan (bottom - up) perlu wujud.

Untuk mengikuti lebih banyak hujahan-hujahan dan pembuktian berkenaan baik buruk TPPA. Sila layari page Facebook Bantah TPPA.

Sokongan anda terhadap usaha UNGGAS MALAYSIA ini sangat dihargai. Ribuan terima kasih kami ucapkan.
Yang benar,
N.F Amir
Presiden,
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA).

"Elak mereka lari dari Islam, tekad NGO bantu rakan jalanan" - malaysiadateline

Menginsafi ramai komuniti gelandangan atau mesra dipanggil rakan jalanan terdiri  dikalangan penganut beragama Islam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) berusaha memelihara akidah golongan kurang bernasib baik itu selain memberi sumbangan makanan dan pakaian.
Sukarelawan Unggas juga pendakwah bebas, Ustaz Khaime Farzu berkata, kesempitan hidup dilihat mudah menjerumuskan sebahagian rakan jalanan kepada perasaan putus asa untuk meneruskan kehidupan sehingga sampai tahap menyalahkan takdir.
“Mengapa aku jadi begini? Mengapa bangsa dan agama aku tidak menolong? Kecenderungan untuk mereka tergelincir akidah itu tinggi tidak terkecuali sama ada dari kalangan yang berpendidikan sebab mereka yang hidup dalam keadaan terdesak ini menilai mengikut rasional logik semata-mata,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Masjid Jamek selepas Subuh tadi.
Menyertai Unggas sejak lapan tahun lalu, beliau tidak menafikan usaha NGO berkenaan sedikit sebanyak mendekatkan rakan jalanan bahkan anggota sukarelawan sendiri dengan agama Islam.
“Kita buat di masjid supaya mereka sedar bahawa agama Islam mengambil berat akan kebajikan rakan jalanan sebab ada antara mereka yang membandingkan dengan agama dan peranan rumah ibadat agama lain. Kita di Unggas berusaha supaya rakan jalanan tidak lari dari Islam.
“Pada masa sama juga, mereka serta aktivis yang bertugas sekurang-kurangnya dapat solat Subuh berjemaah di sini (Masjid Jamek). Saya pula akan mendekati rakan jalanan mendengar masalah atau luahan hati mereka sebelum memimpin dengan pandangan dan motivasi yang digariskan oleh Islam.
“Alhamdulillah, atas usaha Unggas mendekatkan rakan jalanan dan sukarelawan dengan masjid ini, sudah ramai mula peka dengan kewajipan untuk bersolat,” jelasnya yang akan bertolak dari kediamannya di Pantai Dalam sejak pukul 5.30 pagi hampir setiap hari Ahad jika keadaan mengizinkan.
Mengulas panggilan ‘rakan jalanan’ yang dipopularkan Unggas, Ustaz Khaime berkata, istilah tersebut diguna bagi merapatkan jurang dengan komuniti yang lazim dipanggil gelandangan itu.
“Bagi kami di Unggas, gelaran rakan jalanan lebih baik daripada menyebut mereka sebagai gelandangan sebab mereka semua rakan dan sahabat kita yang memerlukan sokongan, bahkan saudara seagama yang tidak harus dipandang rendah. Biar mereka selesa dan menerima kehadiran kita,” tambahnya yang juga guru Sekolah Rendah Agama di Taman Maluri, Cheras.
Ramainya ‘orang kita’
Sementara itu, aktivis Unggas, Farid Mustafa berpendapat semua pihak harus membuka mata akan kewujudan komuniti rakan jalanan yang difahamkan jumlahnya bertambah ekoran banjir besar melanda pantai timur Semenanjung khususnya Kelantan.
“Ramainya orang kita (Melayu Islam). Jangkaan kami bah besar di Kelantan tahun lalu juga ada benarnya apabila ada kalangan mangsa bencana alam itu yang berhijrah ke Kuala Lumpur selepas harta benda dan rumah habis musnah.
“Tambah pula di sana mereka susah mendapat kerja. Bantuan untuk makanan juga kita tambahkan kira-kira 100 bungkusan,” ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika mengagihkan sumbangan makanan selepas selesai solat Subuh berjemaah.
Ustaz Khaime Farzu
Bagi sekretariat Unggas, Zasara Abd Wahid pula, 50 daripada 300 bungkusan makanan pada pagi itu akan diagihkan kepada rakan jalanan yang menghuni sekitar bawah jambatan berdekatan Masjid Negara dan Kotaraya.
“Setiap bungkusan kita bekalkan nasi, roti, kuih dan minuman. Ada penerima iaitu rakan jalanan yang sama seperti tahun lalu. Ada juga orang yang baru sampai KL tapi ramainya, orang kitalah, Melayu juga termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak,” jelasnya yang menyertai aktiviti Unggas sejak 2009.
Sementara itu, aktivis Raudah Musa dari Wangsa Maju ketika ditanya Malaysia Dateline memberitahu, beliau akan bertolak ke Masjid Jamek hampir setiap minggu jika tiada halangan paling awal pukul 4.30 pagi.
Zasara Abd Wahid

“Saya nak rasa pengalaman seperti diperoleh orang lain dalam membantu rakan jalanan ini dan Alhamdulillah sejak saya menyertai Unggas Ramadan tahun lepas, saya lebih memahami perasaan dan masalah mereka alami,” ujarnya lagi sambil berharap rakan jalanan untuk jangka panjang dapat berdikari memajukan diri.

Raudah Musa

Wednesday, January 6, 2016

Projek BuFFER @ Maahad Tahfiz Al-Wafa'

Projek BuFFER diteruskan lagi utnuk 2016. Alhamdulillah, selama dua tahun projek BuFFER dilancarkan pelbagai pengalaman suka duka yang ditempuh bagi membantu mebangunkan sahsiah pelajar.


-----------------------------------------------------------
📣📣PENGUMUMAN 📣📣
Pada 11 Januari 2016 akan datang, UNGGAS Malaysia dijemput oleh mudir sebuah sekolah tahfiz bagi membantu pelajar melakukan persiapan dalaman diri bagi sesi 2016.

Atas permintaan ahli qariah, kami bersetuju untuk mengadakan Sebuah Program Kepimpinan bersama adik-adik di Maahad Tahfiz Al-Wafa'.

Sekolah ini dibuka atas usaha ahli qariah sendiri dan agak terhad dari segi kemudahan dan kewangan.

Oleh itu, kami akan ke sana untuk membantu apa yang perlu terutama dalam hal modul-modul pembangunan insan.

Berikut adalah makluman program.
Tarikh : 11.1.2016 ( Isnin)
Tempat : Karangan, Kulim Kedah
Jam : 8.00 pg - 5.00 ptg
Peserta program: 42 orang (*Pelajar perempuan sahaja)

Pendirian kami: VAPE Memudaratkan Kesihatan





Pada 5 Januari lepas. Pihak UNGGAS MALAYSIA diwakili oleh Setiausaha, Afifaliza Ali dan aktivis Saudari Zakiah telah berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesi dialog berkenaan isu vape bersama kerajaan negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama, Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng, wakil-wakil Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, wakil NGO dan rakan media.




Pada 5 Januari lepas. Pihak UNGGAS MALAYSIA diwakili oleh Setiausaha, Afifaliza Ali dan aktivis Saudari Zakiah telah berkesempatan untuk bersama-sama dalam sesi dialog berkenaan isu vape bersama kerajaan negeri Pulau Pinang.
Berikut merupakan ringkasan Sesi Dialog Awam isu Vape berkenaan.
Terdapat pandangan pro dan kontra.
Antaranya,
Pro : 1)Aktiviti Vaping membantu perokok tegar untuk berhenti merokok.
2) Kandungan nikotin didalam Vape tidak merbahaya seperti didalam kandungan rokok.
3) Vapers perlu mengamalkan budaya #vapewithattitude
4) Persatuan Pengusaha Vape P. Pinang (PPVPP) tegas mengatakan mereka tidak menjual vape kepada pelajar sekolah

Sesi bertukar input berjalan selama satu jam

Kontra :
1) Tiada fakta yang kukuh mengenai vaping membantu perokok tegar berhenti merokok (hujahan lemah)
2) Vaping merbahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang
3) Berhenti merokok itu bagus tetapi menggantikannya dgn Vape adalah pilihan yang salah. - Dr Azizah Bt Abd.Manan, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan PP
4) Vape tidak selamat seperti yang difikirkan
5) Menjadi trend pelajar sekolah untuk mempunyai vape

Kesimpulan Ketua Menteri mengenai hasil dialog ini ialah :
"Keputusan akan dikeluarkan dalam satu atau dua minggu lagi", kata Ketua Menteri
1) Perlukan lebih fakta yang kukuh mengenai Vape membantu perokok tegar berhenti merokok.
2) Tidak mahu memberikan harapan palsu kepada pengusaha Vape untuk terus mengeluarkan lesen menjual.
3) Memerlukan lebih banyak kajian terkini daripada pihak pakar iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.


Namun begitu kami, perlu diingatkan bahawa Dato Mufti Pulau Pinang telah mengeluarkan fatwa haram kepada vape sepertimana haramnya rokok atas dasar islam melarang umatnya untuk memudaratkan diri sendiri.

Wednesday, December 16, 2015

Skuad BuFFER @ STB



Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM yang telah turun menyambung perlaksanaan program pendidikan dan motivasi untuk pelatih-pelatih disini pada Sabtu, 12 Disember 2015. Sedar tidak sedar, program berkala ini sudah hampir dua tahun dilaksanakan. Alhamdulillah, pihak sekolah memberi sokongan yang baik kepada kami.








Program ini penting untuk dilaksanakan secara berterusan untuk membina perhubungan hati antara pelatih dengan pihak kami. Sehingga kini, perlaksanaan Projek BuFFER di sekolah ini dijadualkan berlangsung pada setiap minggu, kecuali ada halangan tertentu terutamanya melibatkan urusan sekolah.


Mereka belajar disini dengan perintah mahkamah. Berdasarkan pergaulan kami dengan para pelatih, anda dikalangan pelatih yang benar-benar mahu bebas dari kehidupan lama mereka dan mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang dilaksanakan terutamanya kelas pendidikan percuma untuk SPM.
Walaupun begitu, melaksanakan program disini memang mencabar kerana memang diakui sukar untuk menarik perhatian mereka agar fokus.
Kami mengalu alukan sesiapa yang berminat melaksanakan program pendidikan (tuisyen percuma SPM) dan motovasi untuk perubahan disini untuk turut serta bersama kami.
Hubungi Afifaliza 0194223850

BENGKEL PERANCANGAN KERJA DAN BUDGET (RETREAT UNGGAS) SERTA LAWATAN DARIPADA SEKRETARIAT KL.

12 Disember 2015 lalu, UNGGAS Malaysia telah menerima kunjungan daripada Sekretariat UNGGAS KL. Dalam bengkel kali ini, kami telah di 'sekolah' kan oleh Uncle Jamal (pakar forensik kewangan) dan Isteri beliau Aunty Lily dalam hal perancangan kewangan. Perlu diakui, kebanyakan NGO yang ada di Malaysia memang lemah dalam dokumentasi kewangan dan perancangan budget. Alhamdulillah, kamitelah mendapat ilmu- ilmu baru yang akan dimanfaatkan untuk tahun-tahun seterusnya.
Unle Jamal bersemangat berkongsi ilmunya

Dari kiri: Shamsul (Aktivis UNGGAS Malaysia), Ust Kamaruddin Kassim (Otai UNGGAS Malaysia), Uncle Jamal (Pakar Forensik Kewangan)

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi kefahaman bahawa pentingnya program yang berfokus, boleh diukur dan perancangan budget yang tepat.





Orang kuat UNGGAS KL


Dari pihak Presiden UNGGAS, ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Sekretariat UNGGAS KL kerana telah berkongsi ilmu dan pengalaman pengurusan organisasi yang lebih baik.
Sejurus selepas bengkel, team UNGGAS KL dan Uncle Jamal telah mengadakan lawatan ke Program Rice and Roses kendalian NGO MIM Bersaudara di Lebuh Acheh. Terima kasih juga diucapkan kepada Penasihat UNGGAS MALAYSIA Ustaz Kamaruddin Kassim yang telah merancang dan mengaturkan program ini.






* Untuk makluman, bengkel ini asalnya telah dirancang oleh Ustaz Kamaruddin yang juga merupakan Presiden MIM untuk dilaksanakan bersama Team Rice and Roses di Lebuh Acheh. Oleh kerana beberapa halangan tertentu, pihak UNGGAS Malaysia telah diminta oleh beliau sendiri untuk melaksanakan dahulu bengkel ini sementara menanti tarikh baru yang sesuai untuk dilaksanakan pula bersama Team Rice and Roses (MIM). Sementara itu, program Rice and Roses tetap dijalankan seperti biasa pada hari Sabtu di Lebuh Acheh. Sayugia, kami mengucapkan tahniah kepada semua para aktivis masyarakat yang tidak jemu berbakti. Semoga semua amalan kita diterima oleh Allah azza wa jalla.

Wednesday, December 2, 2015

Roadshow Gejala Sosial tetap diteruskan.

Pengumuman..
Roadshow Gejala Sosial antara usaha UNGGAS Malaysia untuk menyebarluaskan mengenai isu gejala sosial.
> Kepada sesiapa yang ingin terlibat secara langsung atau tidak langsung sebagai sukarelawan,
> Kepada yang berhasrat melaksanakan program berkaitan gejala sosial di komuniti anda (modul disediakan sepenuhnya oleh UNGGAS Malaysia),
> Kepada yang ingin membantu secara tidak langsung dari segi kekuatan kewangan,

Boleh hubungi:
0194223850 (Afifa)
0125464813 (Zakiah)
0137069509 (Amir)


Tuesday, December 1, 2015

Pertandingan Video Pendek GEMAR Malaysia bermula..!!


  Pengumuman..!!!


Anda kreatif? Anda berbakat? Mahu mencuba sesuatu yang baru? Ingin berdakwah melalui media massa?
📹 Ayuh sahut cabaran "Pertandingan Video Pendek GEMAR (Gerakan Menutup Aurat Malaysia), anjuran UNGGAS MALAYSIA, sempena Kempen GEMAR sepanjang tahun 2016 akan datang"
Bagaimana caranya? Mudah sahaja.
✏Uploadkan video pendek anda di Youtube ✏'Copy paste' link video anda dan 'PM' kan di Facebook Page GEMAR. ✏ Sertakan sekali NAMA PENUH dan NO. TELEFON pengirim.
Video yang terpilih akan ditayangkan di semua lokasi RoadShow GEMAR seluruh Malaysia 🎊🎊
🏼Dan juga, anda akan menerima GANJARAN WANG TUNAI 💶.
Jadi, apa tunggu lagi? 🙇🏻
Roadshow GEMAR Malaysia bakal bermula. Sokongan anda semua amat diperlukan bagi menyebarkan kesedaran masyarakat mengenai syariat menutup aurat.
#berdakwahviamedia #auratdangejalasosial #think14febthinkhijab
Like page 🏻 --> Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) - https://www.facebook.com/MYUNGGAS/



Roadshow GEMAR Malaysia bakal bermula. Sokongan anda semua amat diperlukan bagi menyebarkan kesedaran masyarakat mengenai syariat menutup aurat.
#berdakwahviamedia #auratdangejalasosial #think14febthinkhijab