Monday, October 24, 2011

Pada 10 sehingga 12 Oktober yang lalu, UNGGAS telah menghadiri satu bengkel simulasi manual sukarelawan Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). Bengkel ini telah diadakan di Hotel Sri Malaysia Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran aktivis dalam usaha untuk mempersiapkan diri aktivis dengan aktiviti kesukarelaan. Bengkel ini diharapkan dapat memperkasakan para sukarelawan Islam dengan memilik kemahiran berkomunikasi, bergorganisasi dan seterusnya dapat mengikuti latihan demi latihan temu seru di lapangan.


Gambar-gambar program:



Wednesday, October 5, 2011

Sekitar Program 'Komuniti Bebas HIV/AIDS 2011

Pada 1 Oktober 2011 yang lalu, satu program kesedaran untuk HIV/AIDS telah diadakan. Program tersebut dikenali sebagai Program Komuniti Bebas HIV/AIDS 2011. Program tersebut telah diadakan di Flat Kg Melayu Ayer Itam Pulau Pinang. Program ini adalah hasil kerjasama Pihak UNGGAS Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan JKKK Kg Melayu.

AADK dan AARG juga sudi bekerjasama dengan pihak UNGGAS dari aspek mengadakan pameran kesedaran dalam menjayakan program tersebut. terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjayakan program tersebut.

Gambar-gambar Program:

Ucapan daripada wakil JKKK Kg Melayu

Thursday, September 22, 2011

PROGRAM KOMUNITI BEBAS HIV/AIDS 2011


UNGGAS Malaysia akan mengadakan satu program berkenaan HIV/ AIDS. Program ini akan diadakan pada :

Tarikh : 1 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Serbaguna Blok B, Flat Kg Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang

Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang program tersebut ialah:
* Ceramah kesedaran tentang HIV/AIDS
* Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
* Pameran Statik daripada UNGGAS, AADK dan AARG

Jom beramai-ramai menyertai program ini. Tambah ilmu, Tambah Pengetahuan.

Thursday, September 8, 2011

Konsert Black Metal Terus Dipantau

Melalui pemantauan media, Konsert Impiety yang dijadualkan berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang telah dikeluarkan dari jadual penganjur. Namun, konsert kumpulan black metal berkenaan masih ada dalam jadual 'tour' mereka di Sarawak dan Sabah.

Kami akan terus memantau konsert-konsert yang menyalahi akidah seperti ini agar salah satu pintu penyelewengan akidah serta gejala sosial ini dapat dibendung.

'Demi Masyarakat Yang Sejahtera'

Saturday, August 27, 2011

Nyatakan Bantahan Terhadap Agenda Anti-Tuhan BLACK METAL

Surat bantahan dan memohon tindakan pihak berwajib telah dihantar kepada Majlis Agama Islam, Jabatan Mufti, ADUN Kawasan, Exco Agama dan Timb. Ketua Menteri.


Tuan,

Saya mewakili pihak Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS Malaysia), sebuah NGO yang khusus berkerja di lapangan Gejala Sosial dan Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) ingin mengambil perhatian pihak Tuan berkenaan Konsert Black Metal yang akan diadakan pada 10 Septembar 2011 di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya. Bermula jam 3 petang - 10 malam.

Thursday, August 18, 2011

Tentatif Program Bike Explorer Ramadhan

Tarikh: 20 Ogos 2011
Masa: 10 pagi – 8.00 malam
Hari: Sabtu

Bil. Masa Aktiviti
1. 10.00 pagi Pendaftaran peserta dan taklimat awal
2. 10.30 pagi 1. Empat pertandingan dijalankan:
- Kuiz Spontan
- Basikal Paling Cantik
- Basikal Cepat
- Basikal Lambat

2. Tayangan Video

3. LDK - perkongsian tentang kemerdekaan:
“ Berbasikal Untuk Keamanan ”.

3. 1.15 petang - persiapan untuk solat Zohor dan solat Zohor berjemaah
4. 1.45 petang - Taklimat ringkas untuk konvoi.
- Ucapan perasmian konvoi
- peserta mengambil tempat untuk memulakan konvoi.

5. 3.00 petang - Peserta konvoi dilepaskan.
- Konvoi akan berhenti rehat di Masjid As Syakirin
Permatang Sintok untuk solat asar dan tazkirah ringkas.
6. 6.30 petang - Peserta konvoi sampai ke Surau At Taqwa, Taman Bertam
Indah.
7. 6.35 petang - Ucapan daripada wakil UNGGAS
- Ucapan dan perasmian penutup oleh pengerusi Surau
At-Taqwa, Bertam
8. 7.00 malam - Persediaan untuk berbuka puasa
9. 7.34 malam - buka puasa, solat maghrib berjemaah.
10. 8.00 malam - Bersurai

* - Pameran Statik akan diadakan sepanjang program berlangsung.
- Tabung sumbangan juga akan dibuka untuk individu yang ingin menyumbang.

Thursday, August 11, 2011

Konvoi Amal Berbasikal Sempena Bulan Kemerdekaan & Ramadhan






Penyertaan: 150 orang

Alhamdulillah, kami dapat membuat 'first contact' dengan kumpulan berbasikal ini. Ramai diantara mereka sangat gembira apabila dilayan sebagai seorang sahabat. Beberapa ketua kumpulan yang hadir juga telah menyatakan semangat untuk turut serta dalam Konvoi yang akan datang dengan misi yang berbeza tetapi tetap mulia seperti Konvoi Untuk Homeless, Konvoi Untuk Keamanan Fathoni, Konvoi Untuk Palestin atau Konvoi Untuk Dunia Yang Bebas Pencemaran.. InsyaAllah, perlahan-lahan, mereka akan berubah menjadi penunggang basikal hebat yang berkayuh demi keamanan dunia dan kesejahtera
an hidup..

Lagi gambar-gambar menarik :

Wednesday, August 10, 2011

' Ramadhan Bike Explorer- Merdeka Jiwa, Merdeka Negara'



Konvoi Amal berbasikal sempena bulan kemerdekaan dan ramadhan kini tiba. dengan tema 'Ramadhan Bike Explorer- Merdeka Jiwa, Merdeka Negara', UNGGAS Malaysia berbesar hati untuk menjemput penunggang-penunggang basikal jalanan menyertai program ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menunggang sambil beramal terutamanya kumpulan berbasikal bebas. Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Program ini akan berlangsung pada 20 Ogos 2011/ 20 Ramadhan 1432H iaitu pada hari Sabtu. Laluan konvoi untuk program ini akan bermula dari Masjid Penaga dan berakhir di Surau At-Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pendaftaran peserta akan bermula pada pukul 9.30 pagi di masjid Penaga. Pada pukul 10 pagi program akan bermula dengan taklimat program, pameran statik dan pembahagian kumpulan. Konvoi akan bergerak menuju ke destinasi tujuan bermula jam 3 petang.

Jika ada sebarang pertanyaan dan penyertaan untuk program ini bolehlah berhubung dengan saudari Asti: 013-4451037 atau saudara Amir:013-7069509

Anda juga dijemput untuk menjadi sukarelawan dan urusetia untuk program ini. Jom ramai-ramai kita join program ini.


* Pihak UNGGAS juga masih kekuranngan dana untuk menggerakkan program ini.jika ada individu yang berminat untuk menyumbang bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi saudari Hassuna: 019-4522893 atau menyumbang terus ke akaun CIMB Islamic:0702-0000175-102. Segala jasa baik tuan puan amatlah dihargai.

Friday, July 22, 2011

HELAH SIAP TUGASAN PERANGKAP DIRI

Alor Setar- sepasang kekasih yang memberi alasan hendak menyiapkan tugasan kolej di sebuah hotel akhirnya terperangkap dengan helah berkenaan.
Alasan yang diberikanitu tidak berjaya menyelamatkan diri mereka daripada ditahan Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).
Pasangan kekasih yang mendakwa baru sahaja mendaftar masuk hotel itu ditahan pada serbuan yang dilakukan kira-kira jam 1.30 pagi bagi menjalankan siasatan lanjut.
Ketua Operasi JHEAIK, Md Nasir Md Dali berkata, setelah pemeriksaan dijalankan mendapati pasasangan itu menginap di hotel berkenaan selama dua malam.

Friday, July 1, 2011

Sekitar Program Kepimpimpinan SMK Sri Muda

Pada 25 Jun 2011 yang lalu, UNGGAS telah dijemput untuk mengadakan satu bengkel berkenaan kepimpinan di SMK Sri Muda Penaga, Seberang Prai Utara Pulau Pinang. UNGGAS telah bekerjasama dengan pihak Smart Infinity untuk bengkel kali ini. Peserta-peserta yang hadir ke benkel pada kali ini terdiri daripada pelajar dari tingkatan tiga sehingga pelajar tingkatan lima. Peserta-peserta tersebut yang keseluruhannya berjumlah 86 orang adalah pimpinan kelab dan persatuan serta pengawas sekolah. Pihak UNGGAS amat berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah,SMART INFINITY dan para peserta. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan pada semua atas kerjasama tersebut. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sekitar program berlangsung:


Lagi gambar-gambar menarik :

Monday, June 27, 2011

Kenyataan Akhbar Bantahan Mengadakan Peragaan Baju Renang (Swimming Suit Show)

Kami kumpulan wanita dari Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API), Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia cawangan Pulau Pinang (SALIMAH) ingin menarik perhatian semua pihak khususnya pihak berkuasa negeri Pulau Pinang dan media berkenaan Penganjuran Peragaan Baju Renang yang dijangka berlangsung 2 Julai 2011.
Pada 1 hingga 3 Julai 2011, satu pameran IT akan berlangsung di D’PlAZZA Mall (bersebelahan dengan PISA). Pameran ini dikelolakan oleh dua badan utama iaitu Karpersky dan Persatuan ICT Pulau Pinang (PICTA). Semasa pameran ini berlangsung, diselitkan beberapa aktiviti untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung khususnya masyarakat Pulau Pinang. Salah satu acara tersebut adalah Peragaan Baju Renang yang turut diadakan di tempat yang sama. Oleh itu wujud persoalan tentang rasional menganjurkan pertunjukan baju renang semasa pameran ICT. Kebimbangan kami yang paling utama adalah kesan tidak langsung penganjuran acara seperti ini.
Selain itu, iklan tentang peragaan baju renang ini juga banyak disebar di kawasan kampung-kampung yang majoriti penduduknya melayu. Hal ini menampakkan penyebaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai yang ada dalam agama Islam iaitu agama orang-orang melayu.

Wednesday, June 22, 2011

NGO Pulau Pinang & ‘Miss ICT’

Oleh : Asti Toba

Pelbagai perkembangan dinamis sedang melanda negara. Pada bulan Julai akan datang ini banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat dalam satu isu sosial-politik negara yang menyentuh akan tanggungjawab profesional Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu-isu yang diperjuangkan oleh NGO adalah penting bagi kebaikan negara selain daripada menghidupkan gerakan demokrasi. Namun NGO harus juga memberi perhatian kepada isu sosial dan moral yang berkaitan dengan wanita. Misalnya Pulau Pinang bakal menjadi tuan rumah penganjuran satu pertandingan bergelar "Miss ICT".



Pertandingan ini akan memperagakan peserta wanitanya berpakaian mandi di hadapan khalayak awam. Ini sinonim dengan satu bentuk aktiviti pendedahan sebahagian besar tubuh wanita yang akan diadili oleh golongan lelaki dan wanita. Aktiviti sebegini adalah sama seperti satu pengeksploitasian terhadap tubuh wanita dan ianya tiada hubungan langsung dengan usaha mahu mempromosikan produk terbaharu ICT.

Pihak berkuasa yang akan menganjurkan pertandingan ini mungkin alpa yang jika berbuat demikian ia sebenarnya mendukung aktiviti yang tidak bermoral ini. Dengan itu apakah pihak NGO khasnya yang berpusat di Pulau Pinang harus berdiam diri atau membuat desakan agar pertandingan Ratu ICT itu dibatalkan sama sekali dan digantikan dengan yang lebih sesuai dengan norma bangsa dan agama rasmi Islam dan juga perasaan wanita amnya. Tubuh wanita tidak harus diperagakan. Tubuh badan wanita bukan barang dagangan untuk ‘melariskan’ jualan.

Wednesday, June 15, 2011

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.



Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal,"

Dipetik :Malaysiakini.com