Sunday, September 1, 2013

Konsert 'LAMB Of God' bakal dianjurkan kumpulan Black Metal!!!!


Sumber: BERNAMA
 
YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Katanya beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.

"Saya harap pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya...bukan sahaja Jakim, NGO (badan bukan kerajaan) Muslim juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia," kata Jamil Khir yang ditemui pemberita dalam program santai bersama penduduk di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Katanya beliau tidak pasti sama ada konsert tersebut sudah mendapat kelulusan tetapi sekiranya sudah dikeluarkan ia hendaklah ditarik balik.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha Jakim dalam kenyataan dua hari lepas berkata bantahan itu dibuat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Beliau berkata bantahan itu juga selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.

Sementara itu, Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata program santai di kawasannya itu bertujuan mendekati pemimpin dan masyarakat setempat bagi menyelami masalah mereka untuk diatasi bersama.

Katanya pertemuan tidak rasmi seumpama itu memberikan kelebihan untuk mendapat maklumat dan keperluan rakyat dengan lebih jelas.

Nurani Mereka Belum Cukup Disentuh



Bertempat di Camp D Tepus, Wang Tepus, Jitra, Kedah, bermulalah peristiwa perkenalan antara Aktivis Pertubuhan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS Malaysia) bersama 20 peserta remaja yang terpilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar.  Program dua hari satu malam yang berlangsung pada 24 Ogos (Sabtu) dan 25 Ogos (Ahad) turut diserikan dengan kehadiran wakil ibu atau bapa peserta. Walaupun hari bekerja, namun pengorbanan mereka untuk hadir program ini amat dibanggakan. 

Peserta sedang mendengar taklimat daripada Ketua Fasilitator
                Program kali ini bertemakan “Retreat Keluarga: TSUNAMI Jiwa Menuju Ilahi” dan UNGGAS Malaysia amat terharu apabila diberi kepercayaan oleh JKM bagi mengendalikan program tersebut dari mula hinggalah akhir. Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamatkan pembangunan jiwa insan serta masyarakat, UNGGAS Malaysia berusaha sehabis baik untuk menunjukkan kepada peserta program bahawa masih ada lagi yang peduli dan sayangi mereka.
                Sungguhpun pengalaman UNGGAS sebelum ini pernah mengendalikan program bersifat motivasi, namun cabarannya sangat berbeza. Hal ini kerana, mana mungkin padang lain, belalang sama. Justeru, UNGGAS berusaha menghasilkan modul yang bertepatan dengan sasaran peserta. Jika modul yang digunakan tidak sesuai, sudah tentu program yang hanya memakan masa dua hari satu malam itu akan dilalui dengan payah oleh peserta. UNGGAS melakar modul yang berkonsepkan pemulihan spiritual berteraskan pemurnian akidah.
Kreatif... Saudara Amir (Presiden UNGGAS) menterjemahkan karya adik-adik
                Tempoh pengenalan yang singkat ini sangat mencabar bagi UNGGAS untuk merebut kepercayaan peserta terhadap enam barisan fasilitator. Hal ini bukan mudah bak mulut berbicara, namun praktikalnya sangat susah kerana adik-adik mempunyai persepsi negatif dalam benak mereka disebabkan terpaksa menghadiri program ini. Langkah yang diimplemen oleh fasilitator sepanjang program adalah mewujudkan kebersamaan dengan adik-adik. Sehingga mereka menganggap kami sebagai rakan walaupun berlainan usia. Biarpun mereka payah untuk dikendalikan, namun mereka tetap melakukan apa yang disusun. Segala keringat fasilitator ‘menempik’, ‘menjerit’ terasa berbaloi. 
Semangat... Pencarian klu untuk menang!!!!
                Slot yang sangat ceria adalah semasa Explorace iaitu aktiviti riadah pada waktu petang. ‘Keletah’ mereka amat membuatkan para ibu dan bapa, fasilitator serta staf JKM senyum kambing sepanjang petang tersebut. Semangat yang ditunjukkan amat luar biasa demi melihat kemenangan berpihak kepada kumpulan mereka. Kata salah seorang peserta: "Wooi! Rupanya donut hangit tu tayar la..."

Terharu mendengar kata-kata seorang bapa: 
"Pakcik terharu... tak pernah tengok anak pakcik berlari sambil senyum sejak beberapa tahun kebelakangan ni. pakcik harap sangat supaya tuan2/puan2 dapat beri layanan yang baik kepada mereka. pakcik tak mampu
Noted: Insya ALLAH Pak Cik. 
                Selain itu, cabaran yang dihadapi tentulah perlaksanaan sepanjang program kerana untuk program sebegini sangat memerlukan persediaan rapi dari sudut mental dan rohani. Tidak mungkin api mampu dipadamkan oleh api. Maka, barisan fasilitator berusaha menjadi rakan yang baik untuk mereka meluahkan rasa hati yang terpendam selama ini. Modul ‘Sungai Kehidupan’ yang menyentuh jiwa sedikit sebanyak memberi gambaran kepada fasilitator terlibat mengenai kisah silam mereka. Walapun pada mulanya, mereka agak kekok untuk bercerita, namun bahasa panggilan ‘adik’, ’abang’ dan ’kakak’ membuatkan mereka rasa dihargai dan diambil peduli.
    Manakala ibu dan bapa peserta turut melalui modul khas yang dihasilkan UNGGAS semata-mata memberi motivasi kepada mereka. Jauh dari sudut hati ibu dan bapa, mereka amat mengharapkan perubahan dalam diri anak-anak biarpun mulut yang berbicara kadang-kala menuturkan kata-kata yang dibenci anak-anak. Penceramah yang mengendalikan slot ‘Dari Hati ke Hati’ cuba mendalami perasaan dan nurani ibu dan bapa sekaligus memberi semangat agar mereka tidak jemu berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk berdoa demi melihat anak-anak berjaya. Doa seorang ibu tiada hijab, terus kepada ALLAH S.W.T. Pihak UNGGAS pula tidak mengharapkan apa-apa daripada adik-adik, cukuplah mereka sedar masih ada pihak yang ingin melihat mereka berubah walapun bukan 100 peratus.
                UNGGAS berhasrat untuk membuat program susulan bersama 20 peserta tersebut. Modul yang akan digunakan juga adalah berbeza. Doa dan sokongan daripada pelbagai pihak sangatlah dihargai UNGGAS.
UNGGAS bersama Pegawai JKM

               

AMBANG MERDEKA: OPS SAYANGI REMAJA


*** Perkongsian rasa oleh salah seorang aktivis UNGGAS Malaysia.


Pertama dan selamanya rafa’ dan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasulallah S.A.W akhirnya kita terus mampu hidup dengan bekalan Iman dan Islam. Moga kesyukuran kita dapat dipanjangkan dengan menunaikan amanah kita pada saudara seagama dan seiman setidaknya atas dasar kemasyarakatan.

Aku adalah generasi yang mengenali sambutan merdeka dengan budaya konsert, budaya bersorak, budaya bakar bunga api. budaya couple sampai dinihari. Aku adalah generasi yang kenali aidulfitri dengan rancangan menyanyi, jantan betina tergedik di TV. Moga ALLAH memberikan perlindungan dari fitnah akhir zaman ini buat semua yang inginkan Islam dengan beriman dalam dirinya. Insyaallah.
Penantian bunga api detik 12 malam (Sumber: Google image)

Kalau tiada konsert bukan ambang merdeka namanya.
Kalau tiada bunga api pun bukan ambang merdeka.
Kalau tidak sambut jam 12malam bukan ambang merdeka juga.
Kalau tidak sambut ambang merdeka tidak patriotik namanya..

Itulah ajaran dulu, kini dan selamanya.

Kereta perisai, jet pejuang dan sebagainya akan dikeluarkan dari stor untuk pertunjukan pada waktu pagi..

Itulah erti sebuah kemerdekaan yang diajarkan..

OPS SAYANGI REMAJA Tahukah anda? Majoriti remaja kita menjadikan Malam Merdeka sebagai malam ekspresi. Jika Mat Rempit, malam inilah paling berani mati, jika Budak Skin Head, malam inilah kepala paling licin, jika Mat Jiwang, malam inilah paling romantik. Kami percaya, apa yang mereka mahukan adalah perhatian. Mereka mahu masyarakat tahu bahawa mereka wujud. UNGGAS Malaysia, API & TERAS percaya pada saat inilah para aktivis sosial patut mengambil peluang untuk turun berjumpa mereka. Bukan untuk tangkap dan hentam tapi untuk mendengar, menjiwai dan berkongsi idea aktivisma kita. Sepertimana layaknya kita melayan seseorang yang meningkat dewasa. Jom bersama kami.

 

Lautan manusia berpusu-pusu, bersemangat melihat 'persembahan patriotik'

 


Sukarelawan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA) - Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) telah turun padang sempena malam kemerdekaan pada 30 Ogos 2013 mulai Jam 9.00 malam sehingga 31 Ogos 2013 jam 2.30 pagi. Bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani, Taman Jubli Perak, Medan SP Plaza dan Dataran Zero MPSPK Jam Besar Sungai Petani. 

Saya tertarik kepada nama masjid ini yang mungkin mengambil nama sempena nama pemerintah Pattani Darussalam (Pattani Raya yang bersejarah-kini dibahagikan kepada wilayah Yala, Narathiwat, Patani, Satun) Sultan Mudhaffar Shah yang gemilang pada abad ke-16. Situasi kali ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini dalam menyambut kemerdekaan. Sukarelawan Unggas Malaysia terdiri daripada aktivis yang mempunyai kebolehan dalam bidang komunikasi dan kewartawaan, multimedia, sumber manusia dan lain-lain.

99% golongan hadirin sambutan malam kemerdekaan adalah di kalangan kebanyakan anak muda, remaja dan peringkat sekolah rendah dan menengah. Remaja Melayu menjadi Mat Rempit dan kanak-kanak sekolah dengan basikal rempit atau Mat Kayuh.

Sebenarnya anak-anak muda ini tidak tahu apa itu konsep kemerdekaan. Perkara yang mereka tahu hanyalah perarakan dan pertunjukan bunga api. Sepatutnya pada malam seperti ini pihak berwajib perlu mengadakan program kepada anak-anak muda dan golongan belia. Jika boleh program itu berlainan sedikit dan kreatif bagi menarik minat mereka untuk menyertai. Contohnya diadakan acara berkonvoi ke suatu tempat yang ditetapkan. Contoh lain ialah pengisian bacaan yassin perdana,sembahyang hajat, ceramah atau forum merdeka dan baru adakan tembakan bunga api. Sama-samalah kita fikirkan terutamanya peringkat pemimpin atasan dan diikuti semua peringkat. Mudah-mudahan hidup kita semua diberkati Allah. Amin.

“Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara.”

“Barangsiapa tidak peduli akan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR Thabrani)

Tidakkah kita berasa gerun mengenangkan hadis junjungan besar rasul kita ini? Sampai bilakah kita akan terus membiarkan kejadian ini terus berlaku? Ayuh, kita mampu mengubahnya
  
 MOHD HAFIZ BIN ABD RADIN
013-5985784
25 SYAWAL 1434
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian) BHRM Hons, UUM
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)

Wednesday, August 28, 2013

AMBANG MERDEKA 2013: OPS SAYANGI REMAJA



"Hari Kemerdekaan 31 OGOS 2013 bakal tiba, tarikh keramat bagi MALAYSIA.
Jika pejuang kemerdekaan mengalirkan air mata kemenangan tatkala menggamit memori lama, kepayahan, keperitan sehinggalah tiba MALAYSIA melaungkan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!,
Laungan 7 kali (MERDEKA!!!)

Bagaimana pula PARA REMAJA menterjemahkan perasaan mereka tanda kesyukuran MALAYSIA mendapatkan kemerdekaan tarikh tersebut?"

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS Malaysia) bersama TERAS akan turun ke lapangan bersama sukarelawan terlibat untuk menyaksikan sendiri senario Malam Countdown Kemerdekaan 2013:-

Butiran program:

Tarikh: 30 Ogos 2013 (JUMAAT)
Tempat berkumpul: Masjid Sultan Muzaffar Syah, Sungai Petani, Kedah.
Jam: 9.00 Malam
* Sebarang pertanyaan, sila hubungi Afifa (0194223850) atau Asti Toba (0134451037)

* Sukarelawan UNGGAS yang berada di sekitar KEDAH dan P.PINANG sangat dialu-alukan untuk menyertai program ini.

Seorang dai' mestilah tahu dan mahir 'hemoi'

Remaja yang didekati