Saturday, June 28, 2014

Kem Solat di SMKAI SIRI 1: Belajar, dan Mengajar....


Pada 26 Jun lalu, UNGGAS Malaysia mendapat jemputan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam untuk membimbing 100 pelajar (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) mengenai solat.


Adik-adik bersemangat untuk bertanya mengenai solat

Alhamdulillah, 9 fasilitator dari UNGGAS Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama-sama menjayakan kem solat pada hari tersebut.


Fasilitator sedang membimbing mengenai pergerakan solat

Solat dianggap susah dan payah untuk dilaksanakan oleh adik-adik ini kerana mereka tidak menghafal bacaan-bacaan solat, wajib ataupun sunat. Rata-rata daripada mereka tidak menghafal bacaan rukuk, sujud, tahiyat akhir dan juga doa qunut.

Mereka mengaku, apabila mereka gagal meghafal, jadi, bagi mereka lebih baik mereka tidak solat daripada solat tetapi tidak membaca bacaan yang sepatutnya.

Namun, fasilitator cuba meyakinkan adik-adik supaya tetap melaksanakan solat walaupun tidak menghafal bacaan solat. Sesuai dengan firman ALLAH dalam Surah Ad-Dzariyat ayat 56: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Apa yang mengagumkan para fasilitator, adik-adik ini menunjukkan kesungguhan untuk belajar solat. Dalam masa itu, para fasilitator menyelitkan cerita-cerita kehebatan solat secara saintifik, hikmah ALLAH perintahkan solat hinggalah peristiwa yang mewajibkan umat Islam bersolat.

Hal ini memberikan lagi semangat kepada mereka untuk terus berusaha belajar solat.

Ada juga pelajar yang bertanya secara persendirian
Adik-adik yang sangat ceria



 Insha ALLAH, SMKAI berhasrat untuk melanjutkan ke siri ke-2 pada Ogos akan datang.


Penyampaian sijil kepada para pelajar oleh Penolong Kanak SMKAI, Pn. Norizan







Wednesday, June 25, 2014

Gelandangan Ramadhan: Apa Yang Mereka Akan Belajar ? Cara-cara Mengemis Untuk Hidup ! Jangan Biarkan Ia Berlaku.

Perkembangan Kembara Ramadhan: Santuni Vagabond.
49 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sains Malaysia akan bersama warga jalanan pada 5 Julai dan 6 Julai untuk memulakan kempen kesedaran pendidikan untuk anak2 jalanan.
Alhamdulillah, 30 set peralatan sekolah telah ditaja. Set peralatan sekolah tersebut akan diberikan kepada anak-anak gelandangan setelah sesi 'ice breaking' dan motivasi pendidikan kepada mereka."
Melalui pengalaman kami, menjelang ramadhan, jumlah gelandangan yang menjadi peminta sedekah akan bertambah. Apa yang menyedihkan, mereka turut membawa isteri dan anak-anak. Mereka datang dari jauh sejauh Baling dan Taiping.  Apa yang menyedihkan dan membimbangkan, anak2 ini sepatutnya bersekolah. Namun terpaksa mengikut ayah ibu yang menjadi gelandangan bermusim. Kami mahu menjalin persahabatan dgn ibubapa ini dan menasihati mereka bahawa perbuatan mereka ini salah dan kita mahu membuka minda anak2 ini bahawa dunia ini luas dan terbuka banyak peluang utk kita terokai. Belajarlah dan kejarlah bintang.
"Pengembaraan bakal bermula tidak lama lagi.."
Jika anda prihatin dgn isu ini, kami masih memerlukan sumbangan untuk membeli sedikit token (kuih raya) untuk ibu bapa dan alatan sekolah utk anak2. Token ini bukan utk menggalakan mereka, tetapi hanya dijadikan sebab utk mendekati mereka dgn kasih sayang.
Hubungi Afifaliza  0194223850 utk menyumbang. Sumbangan boleh dibuat ke akaun UNGGAS
8600937558.

Monday, June 16, 2014

PROJEK BUFFER Peringkat Pertama Diteruskan

PROJEK BUFFER peringkat pertama (pra perlaksanaan) diteruskan pada hari Ahad lepas. 15 Jun 2014.
Alhamdulillah, usrah yang kedua dikendalikan oleh Ustazah Norain, tenaga pengajar dari Maahadul Azhar, Pokok Sena
Beliau menggunakan Kitab Hadis 40 Imam Nawawi, karangan Mustafa A'bdul Rahman.
Sedikit perkongsian, Hadis pertama adalah berkenaan niat.
Niat yang akan menentukan kita ke syurga atau neraka, dapat dosa atau pahala.
Niat juga yg membezakan perbuatan biasa dgn perbuatan yg bersyariat
Peringkat seterusnya akan bermula pada bulan 8 dengan aktiviti kelas akademik, motivasi dan makanan tambahan.

Wednesday, June 11, 2014

"SEDEKAH PERALATAN SEKOLAH" Ramadhan ini

Ramadhan lepas, warga gelandangan diberikan satu set makanan (air kotak, buah, biskut) serta wang tunai.

Ramadhan kali ini, UNGGAS Malaysia memutuskan untuk memberikan biskut raya, air kotak dan yang paling penting adalah set peralatan sekolah.

Mengapa set peralatan sekolah menjadi pilihan? Kerana ada keluarga yang bergelandangan membawa anak-anak mereka sepanjang Ramadhan.

Justeru, UNGGAS Malaysia memohon sumbangan: "SEDEKAH PERALATAN SEKOLAH" dan juga lain-lain sumbangan seperti biskut raya, air kotak. Wang tunai juga dialu-alukan.

Info lanjut: 0139408380(AJK Penajaan)

Set peralatan sekolah untuk anak-anak gelandangan




Antara keluarga yang dijumpai
Menurut pemerhatian kami, pada setiap Ramadhan, bilangan keluarga yang bergelandangan di sekitar Georgetown akan bertambah. Namun, apa yang lebih menyedihkan, anak-anak turut bergelandangan kerana terpaksa mengikut ibu bapa mereka.

Justeru, Ramadhan kali ini, UNGGAS Malaysia bukan sahaja memberikan sumbangan kepada ibu bapa, bahkan berhasrat untuk menggembirakan anak-anak ini dengan pemberian SET PERALATAN SEKOLAH.

Dalam masa yang sama, UNGGAS Malaysia mengajak sesiapa yang berminat untuk beraktiviti bersama kanak-kanak yang bakal ditemui dan ibu bapa, bolehlah mendaftar sebagai sukarelawan sekarang.

Info lanjut: 0174133858 (Hotline), 0145058825 (AJK Pendaftaran)



Info tambahan:-

Program "Santuni Vagabond" adalah salah satu program di bawah Program Mega: Kembara Ramadhan. Program Mega ini adalah anjuran bersama NGO UNGGAS MalaysiaAMANI MalaysiaAPI Malaysia, Kumpulan MIM BROTHERS dan Pergerakan Perkhidmatan Msyarakat USM.








Monday, June 9, 2014

Kelas Fardhu Ain bermula 8 Jun 2014

Perkembangan Projek Book and Food for Better Future (BuFFER Zone)



Merujuk kepada hasil keputusan bersama AJK Kariah Masjid Sembilang dan bersama wakil-wakil lain (UNGGAS Malaysia, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM, MIM Brothers, Social Work Crew USM), kelas Fardhu Ain untuk para ibu telah dimulakan pada 8 Jun yang lalu.

Kelas dikendalikan oleh Ustazah Hafizah Zakaria, Guru SRK. Alma

Kelas dimulakan dengan sesi suai kenal terlebih dahulu bagi mewujudkan suasana yang selesa.

Kelas pertama dihadiri 8 muslimat

Ustazah Hafizah menggunakan tiga kitab Fiqh sebagai panduan mengajar. Beliau memilih untuk merujuk lebih daripada 3 kitab adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam dalam setiap hukum ibadah seharian kita. 

Kelas Fardhu Ain dijadualkan pada setiap Ahad, jam 3 petang hingga 4 petang. Kelas ini akan dikendalikan pula oleh Ustazah Norain pada minggu hadapan (15 Jun 2014)



Wednesday, May 28, 2014

HIJAB, Simbol Ketamadunan Manusia Paling Hebat

Sokong GEMAR Malaysia


"Bertudung adalah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia, dan ia bukanlah kemunduran"

ALLAH telahpun menjanjikan kejayaan kepada hamba-NYA yang mengikut cara berpakaian yang telah ditetapkan.

Ianya jelas dalam ayat ALLAH,di akhir ayat dalam surah AN-NUR: 31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, SUPAYA KAMU BERJAYA"




Friday, May 23, 2014

RKM USM Menyatuni Gelandangan

40 ahli Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM), Universiti Sains Malaysia (USM) bersama UNGGAS turun menyantuni gelandangan@vagabond dalam program Roti dan Ros.
Hujan yang turun tidak menghentikan perjalanan kami.
Sekitar malam tadi. 

Sesi taklimat ringkas latar belakang isu Gelandangan/Vagabond


Membawa roti sebagai token untuk mudah mendekati Gelandangan/Vagabond






Resolusi program

Thursday, May 22, 2014

Skuad GEMAR bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang

Selesai berkongsi ilmu bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas pada 21 Mei 2014

Jika sebelum ini skuad Gerakan Menutup Aurat (GEMAR Malaysia) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kailan memfokuskan kepada pendidikan mengenai aurat.Penerangan yang ringkas, sesuai dengan peringkat umur mereka.

Namun, berlainan dengan kaedah yang diaplikasi kepada golongan yang lebih dewasa, lingkungan umur 18 Tahun hingga 22 Tahun. Skopnya lebih luas, penerangan mengenai kesan-kesan tidak menutup aurat kepada individu lebih mendalam.

Kepada lelaki, fokus kepada tanggungjawab sebagai abang, suami dan ayah. (Surah Al-Ahzab: 59). Intipati Surah An-Nur: 30 juga dihuraikan dengan memberi contoh isu-isu semasa (zina, pergaulan bebas dan lain-lain) adalah kesan jika tidak mengikut pesanan ALLAH dalam ayat ini.

Kepada perempuan, surah An-Nur: 31 diperjelaskan panjang lebar dengan memberi contoh fesyen-fesyen terkini yang kelihatan seperti menutup aurat, namun hakikatnya tidak. Moga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada mereka. 





Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur: 30)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur: 31) 

PMI USM bersama Gelandangan di Georgetown

Pada 10 Mei yang lalu, UNGGAS Malaysia bersama pelajar Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Sains Malaysia (PMI USM) dan Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM USM) memberi makan kepada gelandangan. 

Ada yang gelandangan mempunyai rumah, keluarga, pekerjaan. Persoalannya, mengapa mereka bahagia bergelandangan? Peserta berpengalaman untuk berbual dengan gelandangan dan mencari jawapan kepada persoalan ini.









Satu tindakan akan mengubah persepsi. Yang penting, BERTINDAK!

Wednesday, May 21, 2014

Another Mei Agendas

Coming Up Next:
1) Roadshow GEMAR Malaysia: Bengkel Aurat bersama pelajar Kolej Komuniti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Tarikh: 21 Mei 2014
Masa: 2.00PM hingga 4.00PM
2) "Sedetik Bersama, Selamanya Terasa" - Beri makan kepada Gelandangan bersama sekumpulan pelajar dari Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) Universiti Sains Malaysia (USM)
Tarikh: 22 Mei 2014
Masa: 10.00PM hingga 1.30AM
* Berkumpul untuk taklimat di Dewan Utama Pelajar, USM
3) Bengkel Dakwah bersama Persatuan Pendidikan Islam, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
Tarikh: 25 Mei 2014 (Ahad)
Masa: 10.00AM hingga 4.30PM
4) Karnival Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) di Masjid Jamek Haji Saad, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tarikh: 31 Mei 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00AM hingga 4.30AM
*Sebarkan. Boleh sertai jika berkelapangan. Info lanjut, hubungi Hotline UNGGAS (0174133858)

Jangan Pesimis Tapi Jangan Pula Percaya Semuanya

Sebelum turun lapangan, kami galakkan para aktivis sekalian hadir sesi latihan LANDAS ( kami mengalu-alukan jemputan anda) untuk memahami kaedah atau skills turun lapangan yang sepatutnya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, ada do and don't.  Jika kita abaikan hal ini, maka kesilapan yang membawa musibah boleh berlaku. Ini contohnya:

Dimaklumkan bahawa berita Utusan dibawah ini kurang tepat kerana team UNGGAS pernah menangani kes keluarga ini. Ini adalah respon daripada UNGGAS KL yang melaksanakan kempen menyantuni gelandangan setiap Ahad:

" Kes dah lama. Bbrp bulan lepas.
Saya uruskan sampai dpt duit Baitulmal rm3ribu. Dpt rumah DBKL tapi taknak .
Lari masuk blk bwh jambatan.
Tipu itu suami...padahal abang kandung.
Saya diugut bunuh. Cari saya lps duit bantuan habis.
Skrg tipu media lain pulak.....
Allah...pls help ! " - vimmi yasmin razak

Jika anda tidak percaya, bolehlah merujuk akhbar harian metro beberapa bulan yang lepas berkenaan kes Gelandangan Di Bangkok Bank.

Kami bersimpati diatas penipuan keatas wartawan berkenaan. Semoga terus cekal dalam tugas.


UNGGAS Banteras Gejala Sosial - Sinar Harian

14 Mei 2014 : PERTUBUHAN Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) yang mula digerakkan pada 2008 bertekad untuk membantu golongan yang terjebak dalam kancah penyakit sosial dan membantu mereka keluar dari ruang tersebut melalui pencegahan dan pemulihan.

Pada masa sama, Unggas berusaha memahami permasalahan sosial dalam aspek makro dan mikro.

Yang Dipertua, Nurfitri Amir Muhammad berkata, Unggas ada misi tersendiri sepanjang penubuhannya sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

Misi Unggas adalah mewujudkan komuniti setempat yang dapat berfungsi semaksima mungkin untuk menangani gejala sosial berdasarkan kajian setempat yang dilaksanakan dan program latihan yang diberi.

Menurut Nurfitri Amir, Unggas memilih untuk menangani gejala sosial di Malaysia ekoran wabak itu dilihat makin serius berlaku sepanjang tahun.

"Isu bohsia, lepak, minum minuman keras, budaya black metal, bersekedudukan, trash metal dan banyak lagi sudah berleluasa sejak dulu lagi. Masa akan datang, kita tidak tahu apa lagi isu yang akan timbul.

"Sebab itu, kita di Unggas berusaha membanteras gejala sebegini kerana melihat satu keperluan untuk kita memobilisasi golongan muda ke arah keinginan, keyakinan, kemahiran dan daya bertindak yang berkesan menangani gejala sosial terutamanya di kalangan remaja dan belia," katanya kepada Citra.

Ditanya berkenaan persaingan Unggas Malaysia dengan NGO yang sedia ada di Malaysia, Nurfitri Amir tersenyum.

"Persoalan persaingan dengan NGO lain tidak timbul kerana kami meraikan pepatah the more the merrier bermakna lebih banyak NGO yang melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan, beban tanggungjawab untuk komuniti boleh dikongsi bersama.

"Unggas berbentuk gerakan yang membuat advokasi dan menyebarkan fahaman dakwah lapangan iaitu dakwah perlu dilaksanakan dengan turun ke lapangan, menyelami kehidupan mereka yang terlibat dalam isu sosial dan memahami sosio budaya masyarakat di sekelilingnya.

"Maka untuk memastikan gerak kerja Unggas berkekalan, pemahaman dakwah lapangan ini akan diterapkan dalam setiap komuniti yang kami dekati. Apabila mereka faham, mereka akan melaksanakan idea unggas ini dalam komuniti setempat mereka atas apa jua nama sekalipun seperti JKK, kariah, kelab pelajar dan sebagainya," katanya.

Aktiviti disertai

"Pelbagai aktiviti disertai Unggas, antaranya menyertai Ops Sayangi Remaja iaitu membawa sukarelawan untuk turun ke tempat tumpuan pada malam merdeka, malam tahun baru, malam Hari Malaysia dan hari kekasih dengan tujuan berjumpa dan nasihat menasihati remaja dan dewasa yang berhimpun.

"Melakukan kebajikan pemberian makanan kepada gelandangan bertujuan mendekati, memahami dan menasihati mereka serta melakukan pemetaan komuniti dan kajian sosiobudaya komuniti tempatan dalam isu kemiskinan, pusat hiburan dan pelacuran.

"Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan advokasi dan lobi perubahan polisi ke arah anti isi sosial," katanya.

Khidmat kaunseling dan bantuan penyelesaian masalah kepada mereka yang terlibat dengan isu sosial, melaksanakan kempen menutup aurat tahunan yang dinamakan kempen Gerakan Menutup Aurat dan mengadakan Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial untuk belia turut diadakan Unggas Malaysia

Nurfitri Amir berkta, setakat ini, aktiviti dilakukan Unggas sering kali mendapat sambutan ramai malah boleh dikatakan banyak programnya memberi impak positif kepada masyarakat.

"Saya percaya setiap perkara baik yang dilakukan pasti akan memberi impak positif kepada masyarakat.  

"Kami percaya Unggas memberikan inspirasi dan harapan kepada ramai individu dan keluarga untuk berubah. Begitu juga dengan komuniti, sekarang kesedaran untuk turun kelapangan dan jalanan semakin tinggi," katanya.

Beroperasi di Serambi Dakwah, Lot 3560, MK 16, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang, besar harapan beliau terhadap Unggas.

"Harapan saya agar persatuan ini terus memberi inspirasi kepada rakyat untuk  melaksanakan tanggungjawab dan ambil peduli isu yang ada dalam komuniti.

"Unggas tidak mengharapkan apa-apa kredit atau sanjungan melainkan harapan agar amalan aktivis dan sukarelawan Unggas diterima ALLAH SWT," katanya sambil mengalu-alukan pembaca Sinar Harian melayari blog www.sinarloronggelap.blogspot.com.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/unggas-banteras-gejala-sosial-1.280044

Monday, May 12, 2014

Brainstorm Projek Book and Food for Better Future (BuFFER Zone)

Pada 10 Mei lepas, satu sesi brainstorming perancangan Projek BuFFER Zone telah diadakan oleh Team Research & Action UNGGAS Malaysia.
Sesi ini telah dihadiri oleh wakil UNGGAS Malaysia, Kelab Social Work Crew USM, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM, Kariah Masjid Sembilang, MIM Brothers, dan individu-individu aktivis.
Program kelas akademik / motivasi, makanan tambahan & projek ekonomi pertanian akan bermula secara rasmi Julai (lepas raya). Tetapi kempen dan kelas pengajian untuk para ibu dan majlis sambutan berbuka puasa berkala akan mula Ramadhan ni.
Bulan 6 dan 7 ini, tumpuan akan diberikan terhadap kempen mengumpulkan sukarelawan dan dana.
InsyaAllah setiap sukarelawan yang dtg mengajar dan beri motovasi akan diberi sedikit duit untuk keperluan petrol kenderaan / tambang.
Kawasan flat terbabit terletak di Ampang Jajar. Susur keluar Permatang Pauh dari highway PLUS. Boleh rujuk posting sebelum ini di www.sinarloronggelap.blogspot.com untuk laporan isu.
Semoga ia menjadi kenyataan.