Bantahan Terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011
Pihak UNGGAS Malaysia berpendapat bahawa Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan tema “Queer Without Fear” amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Baik agama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun “ Kemerdekaan Gender” yang mereka perjuangkan.
Golongan yang menubuhkan kumpulan “Seksualiti Merdeka” ini bukanlah terdiri dari golongan yang biasa-biasa sahaja tetapi kebanyakannya terdiri daripada golongan artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta golongan elit yang berorientasikan pemikiran liberal.
Golongan ini bijak memilih perkataan ‘ Merdeka’ seumpama mereka dijajah, didikriminasikan oleh kerajaan dan ‘golongan agama’. Namun realitinya, golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini.
“ Malaysia have been fearless these past few years. We have demanded for fair elections, for justice, for democracy. Let us then remember that democracy does not only belong to the majority, or the powerful, or the loudest. Democracy belongs to all. Let’s demand for equel rights and human dignity not just for ourselves, but also for those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous. Let’s be queer without fear.”
– Sumber Web http://www.seksualitimerdeka.org/
Perenggan pertama menunjukkan mereka mengambil kesempatan ke atas beberapa acara yang telah diadakan seperti Bersih 2.0 bagi mendapatkan sokongan yang serupa bagi memperjuangkan hak kebebasan gender mereka. Slogan “queer without fear” atau “ ganjil tanpa rasa takut’ jelas mengajak mereka yang sefahaman dengan mereka ini tampil ke hadapan untuk meninggalkan adab susila budaya Timur. Slogan ini juga menunjukkan yang mereka terlalu menginginkan revolusi gila mereka ini terlaksana.
Tentatif Program Seksualiti Merdeka 2011
Tarikh
|
Masa
|
Wed 9 Nov, 8pm
|
SEKSUALITI MERDEKA 2011 LAUNCH
|
Wed 9 to Sun 13 Nov
|
THE FRIENDLY POSTER SHOW
|
Thu 10 Nov, 8pm
|
CONFESSIONS CABARET
|
Fri 11, Sat 12, Sun 13 Nov 2011, 8pm
|
RAINBOW MASSACRE – Love Out Loud!
|
Sat 12 Nov, 2pm
|
POLICING SEXUALITY: Sex, Society & the State
|
Sat 12 Nov, 4pm
|
THE TRANSSEXUAL VS THE MINISTRY OF POPULATION CONTROL
|
Sun 13 Nov, 12pm
|
DEFENCE AGAINST THE DARK HEARTS: Homophobia 101
|
Sun 13 Nov, 2pm
|
UNDER A RAINBOW ROOF: The Siti & Pepper Show
|
Sun 13 Nov, 4pm
|
FIERCE & FABULOUS: Shelah’s Finishing School for Drag Queens
|
SPECIAL PROGRAMME
| |
Sat 5 Nov, 8pm
|
HUMAN RIGHTS for LGBTIQ: Making it real in Malaysia!
|
Thu 3 Nov, 8pm
|
NINE TO FIVE: Sexuality Rights In The Workplace
|
Wed 2 Nov, 8pm
|
JUSTICE FOR SISTERS: Nyah Rights Now!
|
Jika dilihat pada tentatif program di atas, ternyata penganjuran program kali ini amat tersusun jika hendak dibandingkan tahun 2008 dahulu. Pada tahun tersebut, penganjur hanya menjalankan persembahan pentas dan beberapa ceramah bebas. Namun, berlainan pula pada tahun ini dimana mereka telah berjaya mengumpulkan aktiviti berbentuk forum dan ceramah yang berfokus kepada ke arah menjadikan Malaysia negara yang menerima seksualiti songsang ini sebagai satu gaya hidup. Selain itu, golongan ini juga giat berusaha agar satu polisi bagi melindungi hak-hak mereka terlaksana.
Kenapa ‘Seksualiti Merdeka 2011’ perlu disekat?
Program ini harus disekat daripada terus diadakan kerana ia amat bertentangan dengan akidah dan sudah tentu terang-terangan melanggar fitrah kejadian manusia. Selain itu, impak kepada program ini adalah ia akan lebih banyak menyebabkan dan menggalakkan penyakitan jangkitan seksual contohnya seperti HIV/AIDS dan penyakit kelamin. Melalui program ini juga, dikhuatiri fahaman liberalisma semakin tersebar dan akhirnya akan menyebabkan kerancuan kepada masyarakat.
Dari satu sudut yang lain pula, penganjuran program seperti ini sebenarnya amat bercanggah dengan norma budaya masyarakat Asia sendiri yang terkenal dengan kesopanannya dan amat berpegang teguh kepada agama dan adat warisan . UNGGAS amat khuatir sekiranya berlaku kepincangan rumahtangga jika pihak-pihak berwajib mengambil langkah untuk ‘menghalalkan’ program-program sebegini seperti yang sedang berlaku di negara barat. Kerosakan dan kepincangan masyarakat memang tidak akan dirasai dalam masa yang singkat tetapi akan tetap berlaku jika semua pihak menganggap program-program seperti ini sebagai suatu perkara yang remeh.
Ciffi Faizal Bin Zahinor
Jurucakap UNGGAS Malaysia
(disiarkan di Berita Harian, Harakah dan Utusan Malaysia)
(disiarkan di Berita Harian, Harakah dan Utusan Malaysia)
No comments:
Post a Comment