Saturday, November 19, 2011

SEKITAR PROGRAM PENERANGAN ISU SOSIAL DAN PAMERAN STATIK UNGGAS DI MASJID JAMEK MACHANG BUBOK

Pada 18 November 2011 yang lalu, UNGGAS sekali lagi mengadakan Siri Jelajah Menangani Gejala Sosial. Program ini telah diadakan di Masjid Jamek Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Antara aktiviti siri jelajah adalah ceramah penerangan tentang isu-isu sosial dan pameran statik berkenaan realiti masyarakat hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengerusi Masjid, Tuan Haji Huseein bin Haji Harun serta jawatankuasa masjid yang lain kerana sudi menerima kedatangan kami.

Pada malam itu, pihak masjid menyatakan kesudian mereka untuk terus mengadakan kerjasama dengan pihak UNGGAS pada masa hadapan.

Antara gambar-gambar sekitar program :


Wednesday, November 16, 2011

MAKLUMAN PENTING

Untuk makluman bersama, email UNGGAS iaitu myunggas@gmail.com mengalami masalah dan telah digodam sejak sebulan lepas. oleh itu,sebarang email yang anda hantar tidak dapat kami terima dan baca untuk tindakan susulan. Untuk mengatasi masalah tersebut, individu yang ingin berurusan dengan pihak UNGGAS bolehlah berbuat demikian dengan menghantar email ke email peribadi Yang Di-Pertua UNGGAS di alamat nfitriamir@gmail.com. Pihak kami ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kesulitan yang berlaku. Harap maklum. Terima kasih

Thursday, November 3, 2011

Bantahan Terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011

Bantahan Terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011

Pihak UNGGAS Malaysia berpendapat bahawa Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan tema “Queer Without Fear” amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Baik agama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun “ Kemerdekaan Gender” yang mereka perjuangkan.
Golongan yang menubuhkan kumpulan “Seksualiti Merdeka” ini bukanlah terdiri dari golongan yang biasa-biasa sahaja tetapi kebanyakannya terdiri daripada golongan artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta golongan elit yang berorientasikan pemikiran liberal.
Golongan ini bijak memilih perkataan ‘ Merdeka’ seumpama mereka dijajah, didikriminasikan oleh kerajaan dan ‘golongan agama’. Namun realitinya, golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini.