Showing posts with label Breakaway. Show all posts
Showing posts with label Breakaway. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Kempen Jom Sihat

UNGGAS Malaysia dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sekali lagi berkolaborasi mengadakan kempen jom sihat bertempat di Kolej Komuniti Kepala Batas pada 22 November, Komuniti Bagan Dalam pada 24 November dan Komuniti Bagan Lalang pada 25 November yang lepas.

Melalui penganjuran kempen Jom Sihat, beberapa manfaat utama dapat dirasai dengan jelas. Contohnya penganjuran kempen di Komuniti Bagan Lalang. Komuniti ini sudah lebih 7 tahun tidak pernah mengadakan sebarang program kemasyarakatan. Dan kebetulan pejabat gerakan UNGGAS berada dikawasan kejiranan Bagan Lalang. UNGGAS mengambil peluang ini sebagai rangka merapatkan hubungan antara NGO dengan penduduk setempat. Hal ini bakal memudahkan UNGGAS pada masa hadapan untuk mendekati seterusnya melaksanakan beberapa aktiviti dengan golongan kanak-kanak, remaja dan wanita dikawasan Bagan Lalang. Perkara ini amat perlu memandangkan komuniti Bagan Lalang khususnya komuniti Melayu dikawasan ini berada dalam keadaan terpinggir dan tanah yang mereka duduk sekarang bukanlah hak milik mereka. Tanah tersebut berada di bawah rizab sungai. Selain itu, kanak-kanak dan remaja Melayu sekitar Bagan Lalang tidak memiliki tempat untuk mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti. Melalui program awal yang UNGGAS laksanakan baru-baru ini, berlaku peningkatan kunjungan kanak-kanak dan remaja Melayu khususnya ke pejabat gerakan UNGGAS. Dengan kemudahan sederhana seperti perpustakaan mini, kawasan lapang untuk bermain bola, dan kemudahan sebiji komputer berserta wifi.

 Ibu Pejabat UNGGAS Malaysia

Wednesday, November 21, 2012

Breakaway - Bebas Dari Rokok

Breakaway-Bebas dari Rokok merupakan sebuah projek usahaman dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Projek bermula secara rasmi pada awal September dan dijangka tamat pada awal disember 2012. Objektif am projek ini adalah untuk memulihkan ketagihan peserta terhadap rokok serta mencegah komuniti setempat daripada pengaruh negatif rokok. 

Projek dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa kempen kesedaran dan pemilihan 60 peserta untuk menjalani fasa kedua melalui kaedah ceramah, edaran kaji selidik tahap kebergantungan nikotin, pameran, persembahan video, dan ujian saringan kandungan asap dalam badan. Manakala fasa kedua fokus kepada pemulihan daripada ketagih rokok. Kaedah yang digunapakai dalam fasa kedua adalah Kaunseling individu dan kelompok, Mentor-Menti, Terapi Spiritual dan Kem 3 Hari 2 Malam.



Gambar sekitar Program fasa pertama atau juga dikenali sebagai School Attack
UNGGAS sudah masuk di lebih daripada 3 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah melalui aktiviti 'School Attack' sepanjang bulan September dan November sebelum cuti sekolah bermula. Melalui aktiviti 'School Attack', UNGGAS telah menerima respon yang baik daripada pihak sekolah. Antarnya adalah berkenaaan ceramah kesedaran dan pameran yang disediakan oleh UNGGAS. Semua ini kerana, pelajar sekolah jarang terdedah mengenai isu-isu semasa berkaitan isu sosial.