Showing posts with label artikel Aktivis UNGGAS. Show all posts
Showing posts with label artikel Aktivis UNGGAS. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Pemetaan Komuniti di Qariah Masjid Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Assalamualaikum.

12 April yang lalu (Sabtu), Skuad Community Research & Action telah memulakan misi pemetaan komuniti di kawasan Pulau Pinang. Skuad memutuskan untuk turun ke Qariah Masjid Sembilang, Jalan Todak, 13700, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pemetaan komuniti yang dijalankan telah mendapat sokongan penuh dari Ahli Jawatankuasa Masjid Sembilang



Penerangan daripada Setiausaha Kariah Sembilang, En Rashid berkenaan kawasan, demografi, dan permasalahan umum


Kawasan Qariah meliputi kawasan Taman Sembilang, Kg Bagan Serai, dan Ampang Jajar
Masjid Sembilang, Seberang Jaya


Perbincangan untuk menghasilkan peta kawasan

Pangsapuri PPR Ampangan mempunyai 250 unit rumah



 Pangsapuri ini didiami 60% keluarga Melayu, 30% keluarga Cina dan 10% keluarga India

Pangsapuri ini dikenali sebagai Flat 100 kerana sewa bulanan hanya RM100
Perbincangan sebelum mulakan pemetaan komuniti
Terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui dalam melakukan Pemetaan Komuniti iaitu:-

1) Pemerhatian
2) Kegiatan penduduk
3) Projek Luaran atau Project by others
4) Pemetaan sosial
5) Pemetaan komuniti
6) Peta sumber
7) Timeline atau kronologi sejarah tempat

Anak-anak kecil Flat 100
Kawasan belakang pangsapuri

Kawasan parkir

Surau PPR Ampangan

Taman permainan

Skuad akan melakukan pemetaan susulan pada masa akan datang. Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam skuad, boleh hubungi hotline UNGGAS: 0174133858 untuk maklumat lanjut.

Bagi pengetahuan semua, skuad akan turun lapangan pada setiap bulan, minggu ke-3.

Saturday, April 5, 2014

Community Research And Action Group: Pertemuan Pertama

Pada 22 Mac 2014, pertemuan pertama Kumpulan Kajian Komuniti dan Aksi Lapangan telah diadakan dan keputusan-keputusan berikut diambil:

1. Menumpukan usaha menarik lebih banyak ahli pasukan secara personal untuk membolehkan lebih banyak kawasan diberi tumpuan.

2. Akan memulakan usaha turun lapangan, mengumpul data, memetakan kawasan dan bertindak pada setiap bulan pada minggu ketiga.

3. Fokuskan usaha kearah berkomunikasi dengan baik dan nasihat yang membawa mereka mengingati Allah bukan menghukum mereka.

4. Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan isu setempat untuk penulisan artikel dan laporan.

5. Jika menemui kes-kes yang memerlukan tindakan, tindakan perlu diambil segera.

Prinsip utama:

Kenali dan fahami persekitaran anda.
Analisa isu, masalah dan potensi.
Ambil tindakan.
Buat dokumentasi dan advokasi polisi.






Wednesday, February 1, 2012

Perempuan Itu!!


"Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya 'sampah masyarakat', dinamainya 'bunga mengandungi racun', 'kupu-kupu malam' dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu".

Monday, January 30, 2012

Takdir Sebagai Aktivis


Berbakti kepada masyarakat sudah menjadi cita-cita sejak zaman sekolah lagi. walaupun pada waktu itu kefahaman berbakti kepada masyarakat sekadar terbatas untuk membantu mengecat rumah, memungut sampah, melawat rumah orang tua dan menjadi fasilitator. 

Usai menerima keputusan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), langkah kaki dipanjangkan untuk menemui guru kaunseling sekolah untuk berbincang bidang pengajian yang boleh dipohon seterusnya melayakkan saya menyandang gelaran mahasiswi. 

“Asti nak jadi apa?”

 “saya tidak suka terkongkong dalam bangunan semata-mata cikgu. Saya suka bersama dengan masyarakat.” 

Dialog inilah awal sebuah perjalanan kearah aktivisme saya.

Wednesday, June 22, 2011

NGO Pulau Pinang & ‘Miss ICT’

Oleh : Asti Toba

Pelbagai perkembangan dinamis sedang melanda negara. Pada bulan Julai akan datang ini banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat dalam satu isu sosial-politik negara yang menyentuh akan tanggungjawab profesional Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu-isu yang diperjuangkan oleh NGO adalah penting bagi kebaikan negara selain daripada menghidupkan gerakan demokrasi. Namun NGO harus juga memberi perhatian kepada isu sosial dan moral yang berkaitan dengan wanita. Misalnya Pulau Pinang bakal menjadi tuan rumah penganjuran satu pertandingan bergelar "Miss ICT".



Pertandingan ini akan memperagakan peserta wanitanya berpakaian mandi di hadapan khalayak awam. Ini sinonim dengan satu bentuk aktiviti pendedahan sebahagian besar tubuh wanita yang akan diadili oleh golongan lelaki dan wanita. Aktiviti sebegini adalah sama seperti satu pengeksploitasian terhadap tubuh wanita dan ianya tiada hubungan langsung dengan usaha mahu mempromosikan produk terbaharu ICT.

Pihak berkuasa yang akan menganjurkan pertandingan ini mungkin alpa yang jika berbuat demikian ia sebenarnya mendukung aktiviti yang tidak bermoral ini. Dengan itu apakah pihak NGO khasnya yang berpusat di Pulau Pinang harus berdiam diri atau membuat desakan agar pertandingan Ratu ICT itu dibatalkan sama sekali dan digantikan dengan yang lebih sesuai dengan norma bangsa dan agama rasmi Islam dan juga perasaan wanita amnya. Tubuh wanita tidak harus diperagakan. Tubuh badan wanita bukan barang dagangan untuk ‘melariskan’ jualan.