Berbakti kepada masyarakat sudah menjadi cita-cita sejak zaman sekolah lagi. walaupun pada waktu itu kefahaman berbakti kepada masyarakat sekadar terbatas untuk membantu mengecat rumah, memungut sampah, melawat rumah orang tua dan menjadi fasilitator.
Usai menerima keputusan STPM (Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia), langkah kaki dipanjangkan untuk menemui guru kaunseling
sekolah untuk berbincang bidang pengajian yang boleh dipohon seterusnya
melayakkan saya menyandang gelaran mahasiswi.
“Asti nak jadi apa?”
“saya
tidak suka terkongkong dalam bangunan semata-mata cikgu. Saya suka bersama
dengan masyarakat.”
Bumi Sintok berjaya saya pijak. Memegang gelaran
mahasiswi Pengurusan Kerja Sosial berjaya meransang keterujaan saya untuk
tempoh 3 tahun seterusnya. Bidang ini merupakan pilihan pertama saya.
Tahun 2009, saya telah diperkenalkan dengan
sebuah pergerakan aktivis yang memberi fokus kepada permasalahan sosial. Bermula
sebagai salah seorang peserta program anjuran Kerajaan Negeri Kedah dan
kumpulan ini. Setelah program tersebut tamat, saya sentiasa berhubung dengan
salah seorang aktivisnya. Melalui beliau, banyak program anjuran kumpulan ini saya
sertai. Sehinggakan saya sanggup menyertai program anjuran mereka di Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah keterujaan saya dalam dunia
aktivisme.
‘Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan’.
Ketika teman-teman sepengajian kalut mencari
tempat praktikum di negeri masing-masing malah ada yang ingin mencari tempat
praktikum dibelakang atau samping rumah jika ada hahahaha.
Namun berbeza halnya dengan saya. Mengambil
inisiatif menghubungi sahabat aktivis lapangan sosial di Pulau Pinang dan
menyatakan hasrat untuk melaksanakan praktikal di pusat gerakan mereka.
Alhamdulillah, mereka menyambut dengan baik
malah saya diberikan elaun sara hidup setiap bulan, saya diberikan tempat
perlindungan yang cukup selesa malah diberikan kemudahan pengangkutan (motor).
MasyaAllah!!
Allah memudahkan perjalanan saya untuk
berkecimpungan dalam bidang ini.
Pernah saya terfikir untuk meninggalkan dunia
ini sebenarnya. Ketika tempoh praktikal berbaki sebulan setengah lagi, saya
mula berjinak-jinak dalam dunia ‘perniagaan’ kononnya ingin mengembangkan
perniagaan tersebut dan mengumpul kekayaan seterusnya menyenangkan keluarga.
Namun, kecenderungan saya untuk meninggalkan
dunia perjuangan ini berjaya dihidu oleh sahabat seperjuangan. Mengelat untuk
mengikuti mesyuarat bulanan, tidak hadir usrah, selalu hilang pada waktu
tengahari dari pusat gerakan, tidak menghadiri kuliah agama, dan hubungan dengan
sahabat juga terjejas. Cukup sebagai bukti untuk saya diberikan muhasabah oleh ‘Big
Brother’.
Tidak sia-sia muhasabah yang berlansung
selama dua jam. Dengan lelehan air mata sebagai tanda keinsafahan atas
kekhilafan, saya telah berjanji untuk berfikir dengan lebih panjang. Sebagai penyelesaian
saya ditawarkan untuk bekerja di sebuah pusat
penyelidikan.
“Asti engkau hantar resume minggu ni, nanti
engkau hadir ke sesi temuduga.”
Bidang
tugas pun sebenarnya sealiran dengan kerja-kerja aktivisme waktu ini.
Alhamdulillah tamat praktikal 30 November. 1
Disember telah melaporkan diri sebagai pekerja di Penang Research Centre in
Socio economy.
Kini hampir 3 tahun setengah berkecimpung
dengan dunia aktivisme dalam lapangan permasalahan sosial. Banyak pengalaman
diperolehi. Banyak ceruk-ceruk menempatkan manusia tercicir dijejaki. Banyak kawasan,
daerah, negeri malahan negara mampu ditenung.
Semuanya adalah sebuah takdir Allah dan
kesungguhan menetapkan hati pada satu jalan dakwah. Terima kasih Allah, terima
kasih sahabat dan keluarga nun jauh di Kalimantan dan Borneo.
Asti Toba
Setiausaha Agung UNGGAS Malaysia
No comments:
Post a Comment