Showing posts with label lembaga penapisan filem. Show all posts
Showing posts with label lembaga penapisan filem. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Pemansuhan Penapisan Filem Bakal Bawa Padah - PUMPP; UNGGAS


Kenyataan Media

Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bersama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia) merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membiarkan penerbit filem mengedit filemnya sendiri dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) hanya akan menjadi penasihat untuk penayangan filem tempatan mahupun luar negara. Diberitakan lagi, segala bentuk lakonan atau adegan yang turut melibatkan seks, keganasan atau bertentangan dengan akidah tidak lagi disekat tetapi hanya akan dilabelkan mengikut isi kandungan filem berkenaan. Kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam bahawa kementeriannya tidak lagi menyekat penayangan filem walaupun ada unsur-unsur penyimpangan akidah dan penghinaan agama kecuali ianya melampau (Harian Metro, 22 Disember) sangat merisaukan pihak kami. Tanda aras ‘melampau’ tidak pula diberitahu kepada umum. Oleh kerana filem merupakan satu media  hiburan yang utama, kami memandang serius isu ini dan meminta pihak kerajaan mempertimbangkan semula perkara berkenaan.