Sunday, March 1, 2015

Sesi pertama 3SM di STB: Motivasi

Alhamdulillah, 28 Februari yang lalu, 16 orang dari skuad BuFFER yang terdiri daripada pelajar USM Kejuteraan dan Induk bekerjasama menjayakan program Satu Sentuhan Seribu Makna di Sekolah Tunas Bakri (STB), Teluk Air Tawar.

Ketua Modul Motivasi, Cik Solehah Abd Halim dari Kampus USM Induk mengetuai program hari tersebut.

Sesi taklimat modul sebelum program bermula
Sesi perkenalan bersama barisan fasilitator
 Modul yang digunakan lebih kepada aktiviti dalam kumpulan, bukannya ceramah. Setiap aktiviti sarat dengan mesej yang berguna kepada adik-adik STB. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, "Harga diriku", "Roket Impian" dan "Ummi Kata".

Roket Impian!
"Aku nak balik!"
"Aku nak jadi anak soleh"
"Aku nak jadi pengusaha padi berjaya!"
"Aku nak kahwin"
"Aku nak jadi angkasawan"
"Aku nak jaga mak ayah"






Alhamdulillah, program tamat pada jam 12.30 tengah hari.Pengalaman bersama mereka amatlah bermakna. Tada langsung kepayahan yang dirasa. Mudah mendengar kata. Itu antara maklum balas dari barisan fasilitator yang beraktiviti bersama mereka selama dua jam setengah.

Adik-adik STB juga sangat memberikan kerjasama penuh. Ada yang bertanya, "Bila lagi nak datang?", "Nanti aktiviti apa pulak?"

Insha ALLAH, sesi kedua dijadualkan pada 14 Mac 2015. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.