Wednesday, December 16, 2015

Skuad BuFFER @ STB



Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM yang telah turun menyambung perlaksanaan program pendidikan dan motivasi untuk pelatih-pelatih disini pada Sabtu, 12 Disember 2015. Sedar tidak sedar, program berkala ini sudah hampir dua tahun dilaksanakan. Alhamdulillah, pihak sekolah memberi sokongan yang baik kepada kami.








Program ini penting untuk dilaksanakan secara berterusan untuk membina perhubungan hati antara pelatih dengan pihak kami. Sehingga kini, perlaksanaan Projek BuFFER di sekolah ini dijadualkan berlangsung pada setiap minggu, kecuali ada halangan tertentu terutamanya melibatkan urusan sekolah.


Mereka belajar disini dengan perintah mahkamah. Berdasarkan pergaulan kami dengan para pelatih, anda dikalangan pelatih yang benar-benar mahu bebas dari kehidupan lama mereka dan mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang dilaksanakan terutamanya kelas pendidikan percuma untuk SPM.
Walaupun begitu, melaksanakan program disini memang mencabar kerana memang diakui sukar untuk menarik perhatian mereka agar fokus.
Kami mengalu alukan sesiapa yang berminat melaksanakan program pendidikan (tuisyen percuma SPM) dan motovasi untuk perubahan disini untuk turut serta bersama kami.
Hubungi Afifaliza 0194223850

BENGKEL PERANCANGAN KERJA DAN BUDGET (RETREAT UNGGAS) SERTA LAWATAN DARIPADA SEKRETARIAT KL.

12 Disember 2015 lalu, UNGGAS Malaysia telah menerima kunjungan daripada Sekretariat UNGGAS KL. Dalam bengkel kali ini, kami telah di 'sekolah' kan oleh Uncle Jamal (pakar forensik kewangan) dan Isteri beliau Aunty Lily dalam hal perancangan kewangan. Perlu diakui, kebanyakan NGO yang ada di Malaysia memang lemah dalam dokumentasi kewangan dan perancangan budget. Alhamdulillah, kamitelah mendapat ilmu- ilmu baru yang akan dimanfaatkan untuk tahun-tahun seterusnya.
Unle Jamal bersemangat berkongsi ilmunya

Dari kiri: Shamsul (Aktivis UNGGAS Malaysia), Ust Kamaruddin Kassim (Otai UNGGAS Malaysia), Uncle Jamal (Pakar Forensik Kewangan)

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi kefahaman bahawa pentingnya program yang berfokus, boleh diukur dan perancangan budget yang tepat.





Orang kuat UNGGAS KL


Dari pihak Presiden UNGGAS, ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Sekretariat UNGGAS KL kerana telah berkongsi ilmu dan pengalaman pengurusan organisasi yang lebih baik.
Sejurus selepas bengkel, team UNGGAS KL dan Uncle Jamal telah mengadakan lawatan ke Program Rice and Roses kendalian NGO MIM Bersaudara di Lebuh Acheh. Terima kasih juga diucapkan kepada Penasihat UNGGAS MALAYSIA Ustaz Kamaruddin Kassim yang telah merancang dan mengaturkan program ini.






* Untuk makluman, bengkel ini asalnya telah dirancang oleh Ustaz Kamaruddin yang juga merupakan Presiden MIM untuk dilaksanakan bersama Team Rice and Roses di Lebuh Acheh. Oleh kerana beberapa halangan tertentu, pihak UNGGAS Malaysia telah diminta oleh beliau sendiri untuk melaksanakan dahulu bengkel ini sementara menanti tarikh baru yang sesuai untuk dilaksanakan pula bersama Team Rice and Roses (MIM). Sementara itu, program Rice and Roses tetap dijalankan seperti biasa pada hari Sabtu di Lebuh Acheh. Sayugia, kami mengucapkan tahniah kepada semua para aktivis masyarakat yang tidak jemu berbakti. Semoga semua amalan kita diterima oleh Allah azza wa jalla.

Wednesday, December 2, 2015

Roadshow Gejala Sosial tetap diteruskan.

Pengumuman..
Roadshow Gejala Sosial antara usaha UNGGAS Malaysia untuk menyebarluaskan mengenai isu gejala sosial.
> Kepada sesiapa yang ingin terlibat secara langsung atau tidak langsung sebagai sukarelawan,
> Kepada yang berhasrat melaksanakan program berkaitan gejala sosial di komuniti anda (modul disediakan sepenuhnya oleh UNGGAS Malaysia),
> Kepada yang ingin membantu secara tidak langsung dari segi kekuatan kewangan,

Boleh hubungi:
0194223850 (Afifa)
0125464813 (Zakiah)
0137069509 (Amir)


Tuesday, December 1, 2015

Pertandingan Video Pendek GEMAR Malaysia bermula..!!


  Pengumuman..!!!


Anda kreatif? Anda berbakat? Mahu mencuba sesuatu yang baru? Ingin berdakwah melalui media massa?
πŸ“Ή Ayuh sahut cabaran "Pertandingan Video Pendek GEMAR (Gerakan Menutup Aurat Malaysia), anjuran UNGGAS MALAYSIA, sempena Kempen GEMAR sepanjang tahun 2016 akan datang"
Bagaimana caranya? Mudah sahaja.
✏Uploadkan video pendek anda di Youtube ✏'Copy paste' link video anda dan 'PM' kan di Facebook Page GEMAR. ✏ Sertakan sekali NAMA PENUH dan NO. TELEFON pengirim.
Video yang terpilih akan ditayangkan di semua lokasi RoadShow GEMAR seluruh Malaysia 🎊🎊
🏼Dan juga, anda akan menerima GANJARAN WANG TUNAI πŸ’Ά.
Jadi, apa tunggu lagi? πŸ™‡πŸ»
Roadshow GEMAR Malaysia bakal bermula. Sokongan anda semua amat diperlukan bagi menyebarkan kesedaran masyarakat mengenai syariat menutup aurat.
#berdakwahviamedia #auratdangejalasosial #think14febthinkhijab
Like page 🏻 --> Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) - https://www.facebook.com/MYUNGGAS/



Roadshow GEMAR Malaysia bakal bermula. Sokongan anda semua amat diperlukan bagi menyebarkan kesedaran masyarakat mengenai syariat menutup aurat.
#berdakwahviamedia #auratdangejalasosial #think14febthinkhijab

Wednesday, November 11, 2015

Membina Generasi Berilmu..!

Membina Generasi Berilmu!
Persoalan melahirkan Generasi Berilmu yang bakal menjadi pemimpin masa datang, tidak kira sebagai ketua keluarga, masyarakat mahupun negara bukanlah seharusnya bijak membaca!
Bijak membaca yakni berlatarbelakang pendidikan yang mantap. Mungkin juga pemegang skrol PhD. Kemudian, bekerja dengan pulangan gaji lumayan. Pangkat apatah lagi, yang bagus mungkin.
Namun, itu semua bukan kayu ukur generasi itu BERILMU.
-----------------------------------------------------------
Kita rujuk Firman ALLAH. wahyu pertama Rasulullah iaitu Iqra'!
"Bacalah dengan nama tuhan-MU yang menciptakan"
-----------------------------------------------------------


BACA yang dimaksudkan bukan sekadar kenal huruf, pandai mengeja. Itu hanyalah teori. BACA yang dimaksudkan lebih mendalam. Bukan sekadar bijak membaca, tetapi bijak memahami.
Jika kita merujuk kepada pendidikan anak-anak kita, pastinya kita menitikberatkan soal pencapaian akademik.
Hakikatnya, mendepani realiti zaman sekarang, pencapaian akademik haruslah seiring dengan pemantapan AKHLAK. Akhlak dalam kehidupan seharian.
Akhlak merupakan benteng diri, bukannya pencapaian akademik. Bijak dalam akademik, belum tentu mampu menjadi pemimpin adil.
------------------------------------------------------------------------
Nota: Rasulullah tidak tahu membaca, tetapi Baginda dikenali penduduk satu dunia, dan juga disenaraikan INDIVIDU PERTAMA terpengaruh di dalam sejarah manusia. (Rujuk buku 100: A Ranking of The Most Influential Persons In History oleh Micheal H.Heart).
-------------------------------------------------------------------------

Projek BuFFER @ Schooldi Sekolah Al-Itqaan, Teluk Kumbar, Penang!

Kami dari Skuad BuFFER membawa tema 'Aku SuperSaiya - Sebarkan Auramu' di Sek. Agama Al-Itqan ini. Program diadakan pada 6 November 2015 (Jumaat).


Slot program:
1) Ceramah Jati Diri



2) LDK 'Aku Tahu, Kaupun Tahu'
*Mereka dikehendaki melukis semua jenis gejala sosial yang mereka tahu dan membentangkan dihadapan semua orang.
*Pemerhatian yang dapat disimpulkan ialah, mereka sudahpun terdedah kepada gejala sosial kerana terdapat beberapa kes seperti ber'couple', hisap gam, dan merokok.
*Mereka juga turut mengetahui mengenai perbezaan vape dan shisha.






Namun, masalah gejala sosial disekolah ini tidaklah begitu meruncingkan.
Dan untuk pengetahuan semua juga, Skuad BuFFER juga menerima saguhati daripada pihak sekolah.
Respon daripada pelajar dan juga guru, mereka mengharapkan agar skuad kAMI dapat kembali ke sekolah mereka.



Bakal pemimpin akan datang. Moga kedatangan skuad BuFFER memberi manfaat besar pada adik².
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Mereka masih lagi suci. Tak mengenal dunia luar seperti apa. Moga ilmu mampu menjadi benteng diri. Insha Allah.


Awasi anak anda..!

Benar pepatah "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat". Dalam ISLAM juga amat menitikberatkan perihal mendidik anak-anak sejak dari kecil.

Penting menanam jati diri dalam jiwa anak-anak agar tidak terpengaruh dengan budaya-budaya hedonisme di luar sana.
Lelaki terapkan nilai kepimpinan dan tanggungjawab. Manakala perempuan, pentingnya memelihara maruah diri.



Wednesday, November 4, 2015

Ini PENDIRIAN kami terhadap TPPA!

TPPA DAN ISU SOSIAL


Ini adalah kebimbangan kami berkenaan isu-isu yang mungkin akan timbul apabila TPPA ditandatangani :
1. Peraturan-peraturan PBT berkenaan operasi kelab-kelab malam, operasi hotel, rumah urut dan yang seangkatan dengannya boleh dicabar .
2. Lembaga Penapisan Filem mesti mencairkan tapisan secara berperingkat peringkat kononnya untuk mengikut standard barat yang lebih terbuka.
3. Filem-filem ganas, aksi ngeri, pembunuhan dan kata-kata kesat tidak boleh ditapis.
4. Artis-artis antarabangsa tidak perlu mengikut garis panduan persembahan PBT / JAKIM.
5. Peraturan peraturan rokok seperti amaran kanser akibat rokok, dan polisi-polisi akan datang tidak dapat dilaksanakan, cukai rokok yang tinggi boleh menyebabkan kerajaan disaman oleh syarikat rokok atas alasan halangan untuk berniaga. Begitu juga halnya dengan cadangan kawalan terhadap Vape atau apa lagi produk baru yang mungkin menjejaskan kesihatan awam.
6. Peraturan-peraturan jualan arak di tempat terbuka perlu ditarik balik atau syarikat arak boleh saman kerajaan kerana menghalang mereka berniaga.
7. Pengharaman buku-buku, majalah import yang menghina Islam tidak dapat dilaksanakan.
8. Bahan-bahan luar (bercetak atau digital) yang mempromosikan LGBTIQ tidak boleh dihalang untuk diniagakan.
9. Majalah lucah, filem-filem kuning, lagu-lagu lucah tidak boleh dihalang masuk ke Malaysia atas nama kebebasan perdagangan.
10. Cadangan untuk meletakkan ketum dibawah akta dadah mungkin dicabar oleh syarikat-syarikat farmasi. Begitu juga cadangan untuk mengawal pengedaran gam untuk menghindari gejala hidu gam juga mungkin tidak dapat dilaksanakan.
11. Apabila ekonomi merosot, institusi keluarga terdesak dan tertekan, institusi keluarga akan retak dan gejala sosial akan meningkat.
Tuan-tuan sekalian,
TPPA atau Trans Pacific Partnership Agreement adalah sebuah perjanjian 12 buah negara pasifik. Ia diwar-warkan sebagai sebuah perjanjian perdagangan paling moden abad ke 21 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tok Pa. 
Namun, ia sesungguhnya bukan hanya berkisar soal perdagangan. Ia juga melibatkan perjanjian untuk mengubah dasar undang-undang dan juga turut memberi kesan kepada sosio-budaya masyarakat.

Sehingga kini isi kandungan yang telah dimuktamadkan di Atlanta pada 5 Oktober lalu masih belum dibentangkan kepada umum. Pihak kerajaan telah menyatakan bahawa ia akan dibentangkan di Parlimen pada Januari 2015, namun semua sedia maklum bahawa jika ia diperdebatkan mana yang baik dan mana yang buruk sekalipun, teks perjanjian tidak boleh lagi dipinda. 
Dan lebih mengecewakan lagi, Perdana Menteri menerusi mesyuarat Kabinet tidak memerlukan kelulusan Parlimen pun untuk menandatangani TPPA seperti yang telah dijelaskan Menteri berkenaan.



Selain isu-isu sosial yang dijelaskan diatas, perjanjian ini juga dilihat lebih memberi hak kepada syarikat-syarikat gergasi berbanding kepentingan awam dalam hal Hak Pekerja, Bekalan Ubatan, Kedaulatan Makanan dan Perundangan, Perolehan Kerajaan dan Industri Kecil dan Sederhana.
Kami menyeru kepada pemimpin negara-negara yang menyertai Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) ini untuk menolak sebarang usaha ke arah Kolonisasi Korporat terhadap warga Asia Pasifik dan berusaha untuk melindungi, mengekalkan dan mempromosi sistem perdagangan yang benar-benar bebas, adil dan selamat di antara negara-negara yang terlibat.

Istilah Kolonisasi Korporat sangat tepat untuk merujuk kepada Regim TPPA, kandungannya dan proses perlaksanaannya kerana kepentingan gergasi-gergasi korporat sangat jelas telah mempengaruhi peruntukan-peruntukan kontroversi di dalam perjanjian ini.
Ia adalah satu perjanjian mudarat yang akan memberi kesan kepada kedaulatan negara, memperjudikan kesejahteraan ekonomi, dan akan menyebabkan kesusahan dan penderitaan kepada rakyat negara ini.

INILAH PENDIRIAN PERTUBUHAN URUSETIA MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM ISU TPPA INI.
Terima Kasih.
Nurfitri Amir Muhammad
Presiden
UNGGAS Malaysia
Mohon disebar luaskan.

Bengkel Pengupayaan Organisasi oleh Yayasan Ihtimam Malaysia

Pada 31hb Okt - 1hb Nov, UNGGAS Malaysia telah menyertai Bengkel Pengupayaan Organisasi Menangani Isu Sosial anjuran Yayasan Ihtimam di Bangi.
Alhamdulillah, boleh mempertingkatkan ilmu dan bersilaturahim.

Antara sahabat NGO lain yang terlibat ialah:
1) Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI)
2) Persatuan Pahang (PIP)
3) Persatuan Kebajikan Darul Modahish
4) Rumah Solehah
5) Pertubuhan Harapan Kasih
6) Hijrah Republique