Showing posts with label valentine day. Show all posts
Showing posts with label valentine day. Show all posts
Tuesday, February 1, 2011
Friday, January 28, 2011
Kempen “Kenali Kekasih, Kenali Rasulullah”
"Berikutan sambutan hari kekasih pada tahun ini (14 Feb) adalah sehari sebelum Sambutan Maulidurasul (15 Feb), Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) ingin mengajak masyarakat supaya bersama-sama ingat-mengingati dalam komuniti masing-masing supaya lebih mengenali Rasulullah daripada mengenali kekasih dalam cinta yang berlandaskan nafsu."
Dewasa ini kita menyaksikan ramai muda-mudi terjerumus ke dalam dunia yang melalaikan. Kecanggihan teknologi, aliran masuk budaya barat dan hiburan yang berlebihan telah mengubah corak kehidupan masyarakat. Saban tahun, budaya Melayu bagai dicarik dengan sambutan Hari Kekasih setiap 14 Febuari. Sesetengah masyarakat kita telah menerimanya sebagai rutin tahunan sehingga terlupa bahawa sambutan tersebut adalah melanggar keunggulan budaya dan keindahan agama.
Pada 2010, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya menahan seramai 74 orang penuntut IPT dan kolej yang terbabit dengan maksiat sempena sambutan Hari Kekasih. Mereka dicekup dalam satu operasi cegah maksiat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Mengikut undang-undang, pesalah khalwat boleh disoalsiasat dan didakwa di bawah Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Dari sudut agama pula, sambutan Hari Kekasih boleh dianggap melanggar kerukunan agama.
Hal ini jelas seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum tersebut”- Riwayat Abu Daud
Ramai di antara kita yang lebih gemar memilih cinta dunia yang belum pasti menjanjikan kebahagiaan. Ramai juga yang terleka sehingga mendahulukan cinta kekasih dan meminggirkan cinta terhadap Rasulullah. Hal ini perlu untuk diubati segera sebelum iman dilunturkan dengan budaya barat yang semakin ganas merasuk. Sewajarnya, umat Islam perlu mengenali Rasulullah, mencintai baginda lebih daripada manusia lain dan mengagumi kualiti akhlaknya.
“Belum beriman seseorang sehinggalah aku (Rasulullah S.A.W) lebih dicintainya daripada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia”- Hadith Riwayat Bukhari
Menurut Anas r.a., Rasulullah sering keluar berdakwah bersama isteri ke luar daerah. Keindahan akhlak baginda amat terserlah apabila sentiasa memastikan keselesaan isterinya di tempat duduk di atas belakang unta. Bahkan baginda sanggup melutut bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lutut baginda untuk naik ke atas unta.
Selain itu, baginda turut menjadi lambang seorang suami yang ringan tulang. Baginda sanggup menjahit baju yang terkoyak tanpa menyusahkan isterinya sendiri. Baginda juga tidak pernah culas untuk membuat kerja-kerja dapur termasuklah sanggup menyinsing lengan untuk menguli roti. Akhlak Rasulullah telah banyak kali dipuji oleh Allah S.W.T menerusi firmannya. Antaranya ialah:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia menyebut dan mengingati nama Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang.” Al-Ahzab:21
Persoalannya, berapa ramai di antara kita yang menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan model kekasih yang wajar dicontohi? Konklusinya, Rasulullah adalah contoh terbaik yang kita ada. Akhlak dan keperibadian unggul baginda harus mendapat tempat di hati semua.
Berikutan sambutan hari kekasih pada tahun ini (14 Feb) adalah sehari sebelum Sambutan Maulidurasul (15 Feb), Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) ingin mengajak masyarakat supaya bersama-sama ingat-mengingati dalam komuniti masing-masing supaya lebih mengenali Rasulullah daripada mengenali kekasih dalam cinta yang berlandaskan nafsu. Betapa ajaibnya, bila kita lebih mengenali seseorang manusia, lebih banyaklah kekurangan yang akan kita jumpa. Dengan cinta berlandas nafsu, sudah tentu lama-kelamaan sayang bertukar benci. Namun, bila kita lebih mengenali Rasulullah, semakin lama kita akan semakin kagum dengan sifat baginda. Rasa sayang pasti akan bertambah kepada rasa cinta yang berbeza, cinta yang suci yang kekal hingga ke syurga.
Mariani Ali Amran
Unit Media,
Kempen Kenali Kekasih, Kenali Rasulullah
UNGGAS

Sunday, February 14, 2010
Jerat V-Day

Jerat-V-Day
Kenyataan MediaTarikh: 7 Febuari 2010
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.
Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam. Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang memberi sokongan yang padu dalam usaha kami ini.
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)
Subscribe to:
Posts (Atom)