Pada 22 Mac 2014, pertemuan pertama Kumpulan Kajian Komuniti dan Aksi Lapangan telah diadakan dan keputusan-keputusan berikut diambil:
1. Menumpukan usaha menarik lebih banyak ahli pasukan secara personal untuk membolehkan lebih banyak kawasan diberi tumpuan.
2. Akan memulakan usaha turun lapangan, mengumpul data, memetakan kawasan dan bertindak pada setiap bulan pada minggu ketiga.
3. Fokuskan usaha kearah berkomunikasi dengan baik dan nasihat yang membawa mereka mengingati Allah bukan menghukum mereka.
4. Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan isu setempat untuk penulisan artikel dan laporan.
5. Jika menemui kes-kes yang memerlukan tindakan, tindakan perlu diambil segera.
Prinsip utama:
Kenali dan fahami persekitaran anda.
Analisa isu, masalah dan potensi.
Ambil tindakan.
Buat dokumentasi dan advokasi polisi.
Showing posts with label sukarelawan. Show all posts
Showing posts with label sukarelawan. Show all posts
Saturday, April 5, 2014
Tuesday, July 24, 2012
PENCARIAN SUKARELAWAN UNTUK RAMADHAN DISCOVERY: "SIAPA MEREKA DI HATI KITA" DAN RAYUAN SUMBANGAN
Sukacita dimaklumkan UNGGAS Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) , NGO muda Pulau Pinang, qaryah Masjid Kapitan Keling dan agensi kerajaan akan mengadakan satu program bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Hal ini demikian kerana pada bulan ramadhan, golongan gelandangan adalah antara golongan yang akan memenuhi jalanan di sekitar Georgetown. UNGGAS dengan kerjasama pihak-pihak di atas akan mengadakan program khas iaitu "Ramadhan Discovery: Siapa Mereka Di Hati Kita " bagi meraikan kelompok ini, dalam masa yang sama cuba berusaha mewujudkan pusat perlindungan ( shelter) untuk golongan ini.
Antara impak yang boleh diperoleh dari program ini adalah:
Antara impak yang boleh diperoleh dari program ini adalah:
- Mengumpul maklumat gelandangan yang ada di Pulau Pinang.
- Mengenalpasti isu sebenar yang dihadapi oleh golongan ini.
- Mendekati golongan ini bagi tujuan dakwah dan pendidikan.
- Mengenalpasti masalah sebenar gelandangan.
- Peserta akan didedahkan kepada realiti kehidupan masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)