Menyedari
kepentingan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat yang kini hebat
dilanda konflik identiti, kami mengumumkan pelancaran penubuhan Gerakan Menutup
Aurat yang terdiri daripada gabungan 10 NGO Islam di Pulau Pinang. Diharapkan
dengan usaha yang bersepadu ini, dapat menarik minat masyarakat umum untuk
lebih mengenali cara hidup Islam secara syumul khususnya dalam aspek menjaga
aurat dan pergaulan. Dengan ini, 14 Februari setiap tahun akan dijadikan Hari
Kempen Menutup Aurat Antarabagsa dengan disertai oleh NGO bersekutu kami di
Indonesia, Thailand, Hong Kong, England, Macau.
Pemilihan 14 Februari sebagai Hari Kempen Menutup Aurat ini adalah berdasarkan
fakta meningkatnya pergaulan bebas dikalangan belia dan juga sebagai simbolik
menentang ekspliotasi komersial terhadap kerosakan akhlak belia muslim. Hari
ini, telah dijadikan modal promosi untuk melariskan perkhidmatan dan produk
para peniaga menerusi iklan-iklan yang menggalakkan pergaulan bebas dan cinta
tanpa batasan syariah.