Showing posts with label GEMAR. Show all posts
Showing posts with label GEMAR. Show all posts

Monday, August 25, 2014

BOLEHKAH MENCERITAKAN AURAT KEPADA BUKAN MAHRAM?


Sedarkah kita kadang-kala mulut kita ini berbicara (sengaja atau tidak sengaja) kepada yang bukan mahram mengenai aurat diri sendiri atau rakan kita?

Contohnya:-
--> Seorang prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dan sebagainya.

--> Bicara mengenai lengannya atau kakinya yang gebu dan putih itu tercemar dengan parut dan seumpamanya. Sedangkan lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut/lengan/kaki perempuan itu.

BERIKUT ADALAH DALILNYA:-

Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda:

“Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, TIDAK BOLEH memberitahu hal berkaitan aurat kepada bukan mahram. Lagipun, tindakan kita itu hanya akan mengundang keburukan.

**Bicara kita itu dikira mengumpat jika yang diceritakan itu adalah mengenai aurat orang lain.

**Manakala, menceritakan aurat sendiri kepada bukan mahram hanyalah tindakan merendahkan maruah diri, kerana ada hikmahNYA ALLAH meletakkan peraturan aurat kepada wanita ISLAM. Iaitu, antaranya menjaga KEHORMATAN DIRI.

Photo: BOLEHKAH MENCERITAKAN AURAT KEPADA BUKAN MAHRAM?

Sedarkah kita kadang-kala mulut kita ini berbicara (sengaja atau tidak sengaja) kepada yang bukan mahram mengenai aurat diri sendiri atau rakan kita?

Contohnya:-
--> Seorang prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dan sebagainya. 

--> Bicara mengenai lengannya atau kakinya yang gebu dan putih itu tercemar dengan parut dan seumpamanya. Sedangkan lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut/lengan/kaki perempuan itu.

BERIKUT ADALAH DALILNYA:-

Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: 

“Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
 
Kesimpulannya, TIDAK BOLEH memberitahu hal berkaitan aurat kepada bukan mahram. Lagipun, tindakan kita itu hanya akan mengundang keburukan. 

**Bicara kita itu dikira mengumpat jika yang diceritakan itu adalah mengenai aurat orang lain.

**Manakala, menceritakan aurat sendiri kepada bukan mahram hanyalah tindakan merendahkan maruah diri, kerana ada hikmahNYA ALLAH meletakkan peraturan aurat kepada wanita ISLAM. Iaitu, antaranya menjaga KEHORMATAN DIRI.




Kempen Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) Malaysia (Link FB)
***Skuad GEMAR Malaysia mengalu-alukan pihak sekolah, pihak masjid atau kariah kampung dan mana-mana pihak untuk adakan Karnival GEMAR.

Info lanjut: 0174133858

Thursday, May 22, 2014

Skuad GEMAR bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang

Selesai berkongsi ilmu bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas pada 21 Mei 2014

Jika sebelum ini skuad Gerakan Menutup Aurat (GEMAR Malaysia) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kailan memfokuskan kepada pendidikan mengenai aurat.Penerangan yang ringkas, sesuai dengan peringkat umur mereka.

Namun, berlainan dengan kaedah yang diaplikasi kepada golongan yang lebih dewasa, lingkungan umur 18 Tahun hingga 22 Tahun. Skopnya lebih luas, penerangan mengenai kesan-kesan tidak menutup aurat kepada individu lebih mendalam.

Kepada lelaki, fokus kepada tanggungjawab sebagai abang, suami dan ayah. (Surah Al-Ahzab: 59). Intipati Surah An-Nur: 30 juga dihuraikan dengan memberi contoh isu-isu semasa (zina, pergaulan bebas dan lain-lain) adalah kesan jika tidak mengikut pesanan ALLAH dalam ayat ini.

Kepada perempuan, surah An-Nur: 31 diperjelaskan panjang lebar dengan memberi contoh fesyen-fesyen terkini yang kelihatan seperti menutup aurat, namun hakikatnya tidak. Moga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada mereka. 





Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur: 30)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur: 31) 

Wednesday, May 21, 2014

Another Mei Agendas

Coming Up Next:
1) Roadshow GEMAR Malaysia: Bengkel Aurat bersama pelajar Kolej Komuniti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Tarikh: 21 Mei 2014
Masa: 2.00PM hingga 4.00PM
2) "Sedetik Bersama, Selamanya Terasa" - Beri makan kepada Gelandangan bersama sekumpulan pelajar dari Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) Universiti Sains Malaysia (USM)
Tarikh: 22 Mei 2014
Masa: 10.00PM hingga 1.30AM
* Berkumpul untuk taklimat di Dewan Utama Pelajar, USM
3) Bengkel Dakwah bersama Persatuan Pendidikan Islam, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
Tarikh: 25 Mei 2014 (Ahad)
Masa: 10.00AM hingga 4.30PM
4) Karnival Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) di Masjid Jamek Haji Saad, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tarikh: 31 Mei 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00AM hingga 4.30AM
*Sebarkan. Boleh sertai jika berkelapangan. Info lanjut, hubungi Hotline UNGGAS (0174133858)

Friday, February 14, 2014

Gerakan Menutup Aurat 2014

Bingkisan GEMAR 2014 akan dipost dalam mas terdekat. Untuk perkembangan terkini kempen GEMAR, layari facebook GEMAR Malaysia.

Thursday, February 14, 2013

Ada Apa Pada Hijab? - Kenyataan media untuk Projek GEMAR



Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia ingin menarik perhatian umum berkenaan pelancaran kempen Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) yang kini telah masuk tahun kedua. GEMAR merupakan satu usaha kreatif untuk memberi pendedahan dan kefahaman masyarakat berkenaan isu-isu eksploitasi wanita dan lelaki melalui kempen penutupan aurat yang sempurna. Eksploitasi tubuh sebagai sebuah komoditi komersial jarang disedari oleh masyarakat. Ini kerana eksploitasi ini dijelmakan dalam bentuk fesyen atau ‘trend’ tanpa masyarakat sedar tubuh mereka sebenarnya telah dieksploitasi demi keperluan meterialistik. Terdapat juga tanggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Tidak kurang juga yang mengatakan penetapan menutup aurat keatas wanita Muslim adalah bentuk penindasan kaum lelaki ke atas wanita. Sebagai contoh isu yang pernah ditimbulkan oleh salah satu pertubuhan wanita di Malaysia yang mengatakan bahawa wanita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan cara mereka berpakaian.

Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak individu. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Komuniti yang berpakaian sopan adalah hak yang perlu dinikmati masyarakat. Persoalan-persoalan lain berkenaan aurat telah juga kami sediakan jawapannya di laman ‘facebook’ GEMAR Malaysia’. Diharapkan ia dapat menjadi rujukan umum bagi mereka yang memerlukannya. Tarikh 14 februari pula dipilih sempena sambutan hari kekasih dan ia diharapkan dapat menjadi satu sambutan alternatif kepada keghairahan sambutan tersebut. GEMAR Malaysia turut menegaskan, sambutan Hari Kekasih oleh warga muslim pada hari ini, tidak lebih dari sekadar eksploitasi komersial dan pemikiran untuk melariskan produk-produk cinta, menyebar fahaman liberal post modernis dan mengambil kesempatan diatas kejalihan dan pendek akal masyarakat.

Kempen GEMAR telah dimulakan di peringkat nasional dan antarabangsa sejak pertengahan januari. Di peringkat nasional dan Pulau Pinang khususnya, satu garis panduan mudah telah di promosiakan di laman ‘facebook’ GEMAR Malaysia. Melalui garis panduan ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran tentang kempen aurat ini boleh memulakan usaha dakwah mereka di komuniti masing-masing dengan mudah dan secara rasmi, mereka adalah sebahagian daripada 1500 penyokong GEMAR (setakat ini). Dalam masa yang sama, hal ini menyatakan bahawa anda tidak berseorangan dalam memperjuangkan isu kewajipan menutup aurat. Kempen GEMAR Malaysia telah disambut oleh komuniti-komuniti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Maklumat mengenai mereka boleh dirujuk di laman 'facebook' GEMAR. Di peringkat antarabangsa, kempen ini dijalankan secara aktif oleh rakan NGO-NGO Indonesia disamping sokongan oleh komuniti muslim nusantara di Mesir, Perancis dan Hong Kong.

Acara kemuncak kempen ini akan diadakan di Pulau Pinang pada 14 februari iaitu aktiviti turun lapangan untuk temu seru komuniti di sekitar Bayan Baru dan Kepala Batas dan Karnival GEMAR di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah pada 17 Feb yang akan menampilkan selebriti bertudung Diana Amir sebagai tetamu. Selain itu, penyokong-penyokong GEMAR Malaysia di komuniti yang lain juga, merancang aktiviti mereka tersendiri.

NGO Terlibat / Menyokong:
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)
Qaryah Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah
Aktivis Pengupayaan Insan (API)
NISA’ Pulau Pinang
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  
Pertubuhan IKRAM Pulau Pinang
TERAS Pengupayaan Melayu
MAPIM
GABUNGAN Pulau Pinang
Persatuan Ulama Malaysia Caw Pulau Pinang

Sunday, January 13, 2013

Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa Jilid II


Ditengah-tengah keriuhan segelintir media dan pihak-pihak tertentu mempromosi budaya sambutan hari kekasih pada 14 Februari, beberapa pertubuhan Muslim telah tampil dengan sebuah gerakan yang mempromosi menutup aurat sebagai satu budaya. 14 Februari : Gerakan Hari Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) adalah nama kempen yang telah disepakati untuk sama-sama diluncurkan di tengah-tengah masyarakat.


Kempen GEMAR 2012 telah berjaya melibatkan beberapa buah negara antaranya Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, dan United Kongdom. Penyertaan terbesar adalah daripada Indonesia. Hampir semua kepulauan di Indonesia berjaya meluncurkan kempen ini.