Sunday, January 13, 2013

Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa Jilid II


Ditengah-tengah keriuhan segelintir media dan pihak-pihak tertentu mempromosi budaya sambutan hari kekasih pada 14 Februari, beberapa pertubuhan Muslim telah tampil dengan sebuah gerakan yang mempromosi menutup aurat sebagai satu budaya. 14 Februari : Gerakan Hari Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) adalah nama kempen yang telah disepakati untuk sama-sama diluncurkan di tengah-tengah masyarakat.


Kempen GEMAR 2012 telah berjaya melibatkan beberapa buah negara antaranya Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, dan United Kongdom. Penyertaan terbesar adalah daripada Indonesia. Hampir semua kepulauan di Indonesia berjaya meluncurkan kempen ini.


Manakala di Malaysia pula, Pulau Pinang adalah Negeri yang berjaya menghimpulkan solidariti NGO bagi menjayakan kempen ini. Selain Pulau Pinang, Kedah melalui Maktab Perguruan Darul Aman Jitra turut melancarkan kempen. Begitu juga dengan beberapa kumpulan dan individu di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Pahang.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik. Menyedarkan masyarakat Muslim bahawa aurat itu sesuatu yang wajib untuk dijaga. Juga memberi kesedaran kepada masyarakat akan wujudnya sebuah gerakan yang mempromosi budaya menutup aurat. Selain itu, kempen ini juga cuba mendidik jiwa masyarakat Muslim supaya boleh menerima hakikat bahawa menutup aurat itu adalah perintah daripada Allah S.W.T dan sebagainya hambaNYA, kita wajib tunduk pada perintahnya tanpa memberikan alasan yang pelbagai.

Jika kempen GEMAR 2012 peringkat Malaysia lebih memberi fokus kepada memberi advokasi, GEMAR 2013 bakal meluaskan lagi skop kempennya. Yang pasti skop kempen masih tetap berpegang pada 2 matlamat utama ya'ni Kesedaran dan Mendidik.

Oleh itu, untuk kempen GEMAR 2013, Jawatankuasa GEMAR peringkat Malaysia cuba dibentuk bagi memastikan setiap negeri di Malaysia mampu melaksanakan kempen ini. Sebagai inisiatif awal, Fan Page Gemar Malaysia telah diwujudkan dalam Facebook dan Twitter pada 10 Januari 2013 yang lepas. 

Setakat hari keempat, Fan Page Gemar Malaysia telah menarik minat hampir 300 orang pengguna Facebook. melalui medium Facebook dan Twitter juga, pihak admin berjaya menyebarkan kempen '1 gambar bersama mesej saya GEMAR Hijab". Maklumat lebih lanjut sila Klik disini.

Berikut Sedikit gambaran kempen GEMAR 2012.








Sekiranya anda berminat untuk menggerakkan Kempen GEMAR 2013 di tempat anda, anda boleh hubungi pihak Gemar Malaysia melalui laman sosial Facebook dan juga Twitter mereka. Anda juga boleh menghubungi Talian Hotline GEMAR Malaysia (013-4451037)



No comments:

Post a Comment