Sunday, December 30, 2012

Kem AnakSerambi


Serambi Dakwah - 27 - 28 Disember yang lepas, UNGGAS Malasysia dengan kerjasama Pergerakan Perkhidmatan Malasyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM) telah menganjurkan satu kem khas untuk kanak-kanak Kampung Bagan Lalang.

Seramai 14 orang kanak-kanak yang terdiri 13 lelaki dan seorang perempuan secara sukarela mengikuti Kem AnakSerambi.



Antara objektif utama penganjuran Kem AnakSerambi adalah memberi pengukuhan aspek Ibadah, Membentuk Sahsiah dalam diri setiap peserta dan sebagai langkah mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara aktivis Serambi Dakwah dengan penduduk sekitar Bagan Lalang.

Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam kem ini adalah, Aktiviti Dalam Kumpulan (Bangunan Runtuh, Kotak Beracun, dan Lukisan Diri), Koir AnakSerambi, Futsal, dan Memperbaiki bacaan dalam solat.

Menurut Saudari Hikmah (Fasi PPMUSM), Kem AnakSerambi begitu mencabar bagi dirinya. Hal ini kerana, beliau sering mengendalikan program bersama kanak-kanak sekolah, namu tidak pernah berhadapan dengan peserta yang majoritinya lelaki dan sangat agresif. Namun beliau menambah lagi "Apa yang paling mengharukan diri saya adalah apabila melihat kesungguhan kanak-kanak ini untuk belajar perkara baru. Sebagai contoh, mereka sangat bersungguh-sungguh menghafal bacaan dalam soal khasnya doa qunut dan doa iftitah. Hasilnya, kesemua AnakSerambi mampu menghafal keseluruhan bacaan dalam solat.

UNGGAS Malaysia turut merancang untuk mengadakan beberapa lagi siri kem dan bengkel khas untuk melatih daya kepimpinan mereka. Sekiranya ada pihak yang ingin tampil untuk mengadakan program bersama AnakSerambi, anda boleh menghubungi UNGGAS Malaysia.













No comments:

Post a Comment