Pada 16, 18 dan 19 Febuari 2012 yang lalu, telah berlangsung 1 program yang dinamakan Kem Semarak Kasih. Kem ini adalah hasil kerjasama antara pihak UNGGAS dan Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS-USM). Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George Balik Pulau Pulau Pinang telah terpilih untuk menjadi perintis program ini. sekalung penghargaan buat pihak sekolah kerana sudi menerima kedatangan dan tawaran daripada pihak UNGGAS. Program Semarak Kasih ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama Pendidikan Awam Isu Sosial yang telah dilangsungkan di Dewan Terbuka SMK St George Balik Pulau dan bahagian kedua pula adalah Kem Semarak Kasih yang diadakan di Pusat Latihan RAUDHAH Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga
lima telah mengikuti bahagian pertama program ini iaitu Pendidikan Awam
Isu Sosial. Pelajar adalah terdiri dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan daripada berbilang bangsa dan agama. Antara pengisian yang terdapat pada bahagian ini ialah slot
ceramah dan latihan dalam kumpulan.