Friday, February 24, 2012

Laporan Sekitar Program Kem Semarak Kasih Peringkat Pertama



Pada 16, 18 dan 19 Febuari 2012 yang lalu, telah berlangsung 1 program yang dinamakan Kem Semarak Kasih. Kem ini adalah hasil kerjasama antara pihak UNGGAS dan Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS-USM). Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George Balik Pulau Pulau Pinang telah terpilih untuk menjadi perintis program ini. sekalung penghargaan buat pihak sekolah kerana sudi menerima kedatangan dan tawaran daripada pihak UNGGAS. Program Semarak Kasih ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama Pendidikan Awam Isu Sosial yang telah dilangsungkan di Dewan Terbuka SMK St George Balik Pulau dan bahagian kedua pula adalah Kem Semarak Kasih yang diadakan di Pusat Latihan RAUDHAH Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga lima telah mengikuti bahagian pertama program ini iaitu Pendidikan Awam Isu Sosial. Pelajar adalah terdiri dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan daripada berbilang bangsa dan agama. Antara pengisian yang terdapat pada bahagian ini ialah slot ceramah dan latihan dalam kumpulan.      





daripada 80 orang pelajar yang menyertai Program Pendidikan Awam tersebut, 20 orang pelajar lelaki telah dipilih untuk meneruskan cabaran ke bahagian kedua program iaitu mengikuti Kem Semarak Kasih. Antara lain matlamat program ini adalah untuk membentuk sahsiah serta membina jati diri pelajar. Para peserta yang mengikuti program ini berasa teruja dan seronok untuk menimba pengalaman baharu bagi mereka.







Semoga program ini dapat diteruskan ke peringkat yang seterusnya selepas ini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment