Wednesday, February 1, 2012

Perempuan Itu!!


"Diberinya gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya 'sampah masyarakat', dinamainya 'bunga mengandungi racun', 'kupu-kupu malam' dan lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh mereka sesat ke dalam lembah itu".


"Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis...."

kata HAMKA; dalam karya 'Terusir'.

Kata aku;

"Seorang perempuan sedang khayal di tepi longkang di Sg Petani. Tin gam, botol 'Thai Song', bergelimpangan di atas tanah. Dirinya terasa seperti sedang terbang, bebas dari terperap dalam rumahnya yang sebesar pondok durian di Baling. Ditelinganya terdengar umpama ada air sungai yang mengalir sejuk memeluk tubuhnya, umpama pelukan seorang ibu yang tidak pernah dia rasakan".

-Bota, 20 Disember 2009. 12.10 am.

YDP UNGGAS Malaysia

1 comment: