Tuesday, January 31, 2012

Operasi Sayangi Remaja Versi Valentine



Program Operasi Sayangi Remaja merupakan program bersiri UNGGAS. 2012 merupakan tahun ke 4 UNGGAS menganjurkan Operasi Sayangi Remaja Versi Valentine selain versi Merdeka dan tahun baru. 


Kali ini, UNGGAS cuba untuk membawa satu kelainan dan elemen baru kedalam Operasi Sayangi Remaja versi Valentine. Oleh itu, UNGGAS ingin mendapatkan maklum balas serta idea daripada sukarelawan UNGGAS dan peserta yang pernah mengikuti program Malam Operasi Remaja di Pantai Bersih. Contohnya bagaimana UNGGAS ingin menarik lebih ramai penyertaan dalam Operasi Remaja kali ini? Apakah bentuk pengisian yang sesuai untuk diketengahkan bagi menarik golongan sasaran yang berada di R&R Pantai Bersih pada malam Valentine nanti?

sebarang sumbangan Idea dan tawaran untuk menjadi Urusetia program kali ini, sila email ke myunggas@gmail.com atau boleh tingalkan komen di bawah. 

Sumbangan dan saranan pembaca amat membantu UNGGAS meneruskan tugas-tugas dalam lapangan sosial. sekiranya pembaca ada kelapangan, khususnya mereka yang berada di sekitar Pulau Pinang, Sungai Petani dan Kulim anda boleh hadir sebagai untuk menyokong program ini.


OBJEKTIF OPERASI SAYANGI REMAJA



  1. Memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa pada hari-hari perayaan tertentu, banyak kegiatan-kegiatan tidak bermoral akan berleluasa.
  2. Mengajak masyarakat supaya tidak hanya memerhati, malah bertindak semampu mungkin dengan memberi nasihat di lapangan terhadap permasalahan moral anak-anak remaja terutama pada hari-hari perayaan tertentu.
  3. Memberi kesedaran kepada golongan sasaran mengenai isu dadah, pelacuran dan tindakan lepas bebas remaja yang sedang berlaku di kawasan tersebut tanpa mereka sedari dan pedulikan.

Unit Penyelarasan Program UNGGAS

No comments:

Post a Comment