Showing posts with label Pendidikan Awam. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Awam. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Sebulan Lagi SPM. Calon Sekolah Juvana Hadapi Titik Penting Dalam Hidup Untuk Perubahan

Program kelas Akademik untuk remaja juvana di Sekolah Tunas Bakti, Butterworth masih berjalan. Hanya tinggal lebih kurang sebulan 10 hari sahaja lagi menjelang SPM pada november ini. Moga-moga semua pelajar SPM yang disabitkan kesalahan juvana ini beroleh kejayaan dalam SPM sekaligus dalam hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru sukarela yang komited dan berdedikasi. Mereka tidak mahu dikenali, jadi kami gunakan kod nama untuk mereka.
1) Pn N
2) Pn S
3) En R
4) En Z
5) En I
6) Cik A

Pendidikan merupakan senjata paling ampuh untuk perubahan masyarakat. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini memberikan manfaat yang besar kepada mereka dan keluarga mereka yang terlibat. Bagi mereka yang masih ingin menjadi guru sukarela bersama UNGGAS Malaysia. Projek BuFFER (Book And Food For Better Future ) masih memerlukan guru yang berdedikasi. 

Hubungi kami melalui email unggasmail@gmail.com atau fb page Urusetia Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA).

n.fitri amir


Tuesday, September 9, 2014

Pengalaman pertama bersama penghuni STBTAT

Alhamdulillah, segala puji hanya selayaknya diberikan kepada ALLAH.

Program khas untuk membantu 29 penghuni Sekolah Tunas Bakti, Teluk Air Tawar (STBTAT), Butterworth telah bermula pada 5 September, Jumaat yang lalu.

Setelah UNGGAS Malaysia menyebarkan poster pencarian guru sukarela, alhamdulillah ramai yang menghubungi kami untuk bertanya mengenai kekosongan guru sukarela.

Guru sukarela yang dicari adalah khas untuk mengajar 29 penghuni STBTAT yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November nanti.

Subjek yang memerlukan guru sukarela segera adalah Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Alhamdulillah dalam masa sehari sahaja, ada yang sudi mengajar subjek ini secara sukarela.

Setakat ini, lima guru sukarela yang akan mengajar mereka sehingga SPM tiba.

Kelas Pertama.. Aktif bukan Pasif...



Respon dari kedua pihak amat positif, samada pihak guru sukarela atau penghuni STBTAT. Masa berlalu terasa amat pantas oleh mereka. Sedar tidak sedar, masa mengajar dan belajar telahpun tamat. 

Antara komen guru sukarela:-

Sains: "Sangat bersemangat nak belajar. Tanya ja memanjang. Tapi kena kawal, takut meleret"

Matematik: "Kebanyakannya berjaya menyelesaikan soalan linear equation. Tambahan pula, mereka sangat excited nak belajar. Jelas kelihatan mereka juga sangat menghargai guru. Malah, terserlah mereka sangat dahagakan ilmu."

Bahasa Inggeris: "Mereka sangat mudah untuk menerima arahan dan kerjasama yang baiki diberikan. Boleh dikatakan mereka berdisiplin dalam kelas. Namun agak susah kerana apabila diberikan tugasan untuk menyenaraikan kebaikan mereka, mereka sangat payah untuk tuliskan. Sedangkan sebenarnya, ada kebaikan yang mereka lakukan tanpa mereka sedari tetapi mereka masih gelar diri mereka jahat."

Sekian laporan untuk kelas pertama bersama adik-adik penghuni STBTAT yang ceria dan spontan. Nantikan cerita menarik untuk kelas minggu hadapan.


"Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya putus kecuali tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya." Hadis Riwayat Muslim.

Wednesday, September 3, 2014

GURU SUKARELA UNTUK PENGHUNI SEKOLAH TUNAS BAKTI DIPERLUKAN!

Pernahkah anda membayangkan atau merasai sendiri pengalaman masuk ke dewan peperiksaan tanpa sebarang persiapan atau persiapan yang ala kadar? 

Tambahan lagi, peperiksaan yang bakal diduduki adalah peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Hal ini bakal berlaku kepada 29 penghuni Sekolah Tunas Bakti (STB) Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang yang akan menduduki peperiksaan SPM Oktober nanti sekiranya kita tidak berbuat sesuatu.

Oleh itu, UNGGAS MALAYSIA (Like Page) sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja (tidak tertakluk kepada guru sahaja) untuk mengajar mereka di STB bermula bulan ini. Mohon sebarkan juga kepada rakan dan kenalan anda.

Hubungi/sms: 0174133858 untuk maklumat lanjut.

‘Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya putus kecuali tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.’ Hadis Riwayat Muslim.



Thursday, May 22, 2014

PMI USM bersama Gelandangan di Georgetown

Pada 10 Mei yang lalu, UNGGAS Malaysia bersama pelajar Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Sains Malaysia (PMI USM) dan Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM USM) memberi makan kepada gelandangan. 

Ada yang gelandangan mempunyai rumah, keluarga, pekerjaan. Persoalannya, mengapa mereka bahagia bergelandangan? Peserta berpengalaman untuk berbual dengan gelandangan dan mencari jawapan kepada persoalan ini.









Satu tindakan akan mengubah persepsi. Yang penting, BERTINDAK!

Wednesday, May 21, 2014

UNGGAS Banteras Gejala Sosial - Sinar Harian

14 Mei 2014 : PERTUBUHAN Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) yang mula digerakkan pada 2008 bertekad untuk membantu golongan yang terjebak dalam kancah penyakit sosial dan membantu mereka keluar dari ruang tersebut melalui pencegahan dan pemulihan.

Pada masa sama, Unggas berusaha memahami permasalahan sosial dalam aspek makro dan mikro.

Yang Dipertua, Nurfitri Amir Muhammad berkata, Unggas ada misi tersendiri sepanjang penubuhannya sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

Misi Unggas adalah mewujudkan komuniti setempat yang dapat berfungsi semaksima mungkin untuk menangani gejala sosial berdasarkan kajian setempat yang dilaksanakan dan program latihan yang diberi.

Menurut Nurfitri Amir, Unggas memilih untuk menangani gejala sosial di Malaysia ekoran wabak itu dilihat makin serius berlaku sepanjang tahun.

"Isu bohsia, lepak, minum minuman keras, budaya black metal, bersekedudukan, trash metal dan banyak lagi sudah berleluasa sejak dulu lagi. Masa akan datang, kita tidak tahu apa lagi isu yang akan timbul.

"Sebab itu, kita di Unggas berusaha membanteras gejala sebegini kerana melihat satu keperluan untuk kita memobilisasi golongan muda ke arah keinginan, keyakinan, kemahiran dan daya bertindak yang berkesan menangani gejala sosial terutamanya di kalangan remaja dan belia," katanya kepada Citra.

Ditanya berkenaan persaingan Unggas Malaysia dengan NGO yang sedia ada di Malaysia, Nurfitri Amir tersenyum.

"Persoalan persaingan dengan NGO lain tidak timbul kerana kami meraikan pepatah the more the merrier bermakna lebih banyak NGO yang melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan, beban tanggungjawab untuk komuniti boleh dikongsi bersama.

"Unggas berbentuk gerakan yang membuat advokasi dan menyebarkan fahaman dakwah lapangan iaitu dakwah perlu dilaksanakan dengan turun ke lapangan, menyelami kehidupan mereka yang terlibat dalam isu sosial dan memahami sosio budaya masyarakat di sekelilingnya.

"Maka untuk memastikan gerak kerja Unggas berkekalan, pemahaman dakwah lapangan ini akan diterapkan dalam setiap komuniti yang kami dekati. Apabila mereka faham, mereka akan melaksanakan idea unggas ini dalam komuniti setempat mereka atas apa jua nama sekalipun seperti JKK, kariah, kelab pelajar dan sebagainya," katanya.

Aktiviti disertai

"Pelbagai aktiviti disertai Unggas, antaranya menyertai Ops Sayangi Remaja iaitu membawa sukarelawan untuk turun ke tempat tumpuan pada malam merdeka, malam tahun baru, malam Hari Malaysia dan hari kekasih dengan tujuan berjumpa dan nasihat menasihati remaja dan dewasa yang berhimpun.

"Melakukan kebajikan pemberian makanan kepada gelandangan bertujuan mendekati, memahami dan menasihati mereka serta melakukan pemetaan komuniti dan kajian sosiobudaya komuniti tempatan dalam isu kemiskinan, pusat hiburan dan pelacuran.

"Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan advokasi dan lobi perubahan polisi ke arah anti isi sosial," katanya.

Khidmat kaunseling dan bantuan penyelesaian masalah kepada mereka yang terlibat dengan isu sosial, melaksanakan kempen menutup aurat tahunan yang dinamakan kempen Gerakan Menutup Aurat dan mengadakan Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial untuk belia turut diadakan Unggas Malaysia

Nurfitri Amir berkta, setakat ini, aktiviti dilakukan Unggas sering kali mendapat sambutan ramai malah boleh dikatakan banyak programnya memberi impak positif kepada masyarakat.

"Saya percaya setiap perkara baik yang dilakukan pasti akan memberi impak positif kepada masyarakat.  

"Kami percaya Unggas memberikan inspirasi dan harapan kepada ramai individu dan keluarga untuk berubah. Begitu juga dengan komuniti, sekarang kesedaran untuk turun kelapangan dan jalanan semakin tinggi," katanya.

Beroperasi di Serambi Dakwah, Lot 3560, MK 16, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang, besar harapan beliau terhadap Unggas.

"Harapan saya agar persatuan ini terus memberi inspirasi kepada rakyat untuk  melaksanakan tanggungjawab dan ambil peduli isu yang ada dalam komuniti.

"Unggas tidak mengharapkan apa-apa kredit atau sanjungan melainkan harapan agar amalan aktivis dan sukarelawan Unggas diterima ALLAH SWT," katanya sambil mengalu-alukan pembaca Sinar Harian melayari blog www.sinarloronggelap.blogspot.com.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/unggas-banteras-gejala-sosial-1.280044

Monday, May 12, 2014

Brainstorm Projek Book and Food for Better Future (BuFFER Zone)

Pada 10 Mei lepas, satu sesi brainstorming perancangan Projek BuFFER Zone telah diadakan oleh Team Research & Action UNGGAS Malaysia.
Sesi ini telah dihadiri oleh wakil UNGGAS Malaysia, Kelab Social Work Crew USM, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM, Kariah Masjid Sembilang, MIM Brothers, dan individu-individu aktivis.
Program kelas akademik / motivasi, makanan tambahan & projek ekonomi pertanian akan bermula secara rasmi Julai (lepas raya). Tetapi kempen dan kelas pengajian untuk para ibu dan majlis sambutan berbuka puasa berkala akan mula Ramadhan ni.
Bulan 6 dan 7 ini, tumpuan akan diberikan terhadap kempen mengumpulkan sukarelawan dan dana.
InsyaAllah setiap sukarelawan yang dtg mengajar dan beri motovasi akan diberi sedikit duit untuk keperluan petrol kenderaan / tambang.
Kawasan flat terbabit terletak di Ampang Jajar. Susur keluar Permatang Pauh dari highway PLUS. Boleh rujuk posting sebelum ini di www.sinarloronggelap.blogspot.com untuk laporan isu.
Semoga ia menjadi kenyataan.

Wednesday, May 7, 2014

Projek BuFFER Zone (Book & Food for Better Future)

Anda dijemput hadir ke mesyuarat prlaksanaan projek BuFFER Zone (Book & Food for Better Future).
TARIKH: 10/5/2014.
MASA: 10 pagi. 
TEMPAT: Serambi Dakwah, Tmn Bagan Lalang, Butterworth.
Kawasan Projek: Flat Ampangan, Ampang Jajar.
Antara isu:
1. Anak keciciran sekolah
2. Anak terbiar dn kelaparan tanpa pgawasan ketika ibubapa bkerja
3. Projek ekonomi utk meningkatkan manfaatkan kawasan tanah terbiar
Pandangan,nasihat dn bantuan anda sgt dihargai. (UNGGAS Malaysia)
Perhubungan: Shafika Abel 0194499940.

Tuesday, April 29, 2014

Masa Untuk Bertindak ! Anda Diperlukan !

Community Research and Action Group: masa untuk bertindak.
InsyaAllah. Setelah pemerhatian, temuramah, sesi hemoi dan pemetaan dibuat, bermula Mei seperti yang telah diwar-warkan. Team Research And Action UNGGAS Malaysia akan memulakan Projek pembangunan komuniti flat100 ampang jajar dengan pendekatan untuk dua isu.
1. Pendidikan
2. Sosio Ekonomi.
Secara ringkas kita memerlukan sukarelawan untuk menjadi guru@motivator, memasak makanan untuk kanak-kanak, pembantu teknikal untuk tanaman herba dengan EM dan pembantu pemasaran produk herba.
Kita juga mengalukan para ahli akademik untuk menjalankan kajian sosioekonomi dan sosiobudaya dengan kerjasama UNGGAS Malaysia.
Tidak kurang penting, sumbangan kewangan dari orang ramai.
Mohon bersedia untuk mendaftarkan diri bila poster iklan dikeluarkan nanti. Kita akan jemput mereka yang mendaftar dalam meeting gerak kerja mungkin pada 10 mei. Bagi yang belum tahu isu apa yang dibincangkan, boleh rujuk posting sebelum ini. Mohon share.

Saturday, March 22, 2014

Bagaimana Hendak Melaksanakan Lobi dan Protest Terhadap Isu-isu Komuniti


Panduan Bagaimana Bertindak Terhadap Acara Mungkar. Step by Step.

Fenomena Parti Muzik bukanlah sesuatu yang baru. Saban tahun ia pasti ada sama ada dalam bentuk GIG underground atau Party terbuka yang mainstream. Dalam hal pembatalan konsert berbentuk parti seperti Life In Color World Largest Paint Parti yang dijadualkan pada 19 April 2014, kami percaya ia tidak akan berlaku jika kejadian kematian 6 remaja akibat 'ais' atau 'Methamphetamine' di konsert Future Music FestivalAsia pada 14 Mac lalu tidak terjadi. Ini kerana, tuntutan membatalkan konsert atas nama ia melalaikan dan mengundang bala bukanlah sesuatu yang diambil peduli oleh pihak berkuasa kerana parti muzik sudah menjadi norma dalam masyarakat Malaysia.

Secara tidak langsung kematian ini adalah 'rahmat' yang sudah tentu ada hikmahnya. Jadi apa yang perlu kita lakukan jika di komuniti kita akan dilaksanakan konsert atau parti muzik liar ? Ia boleh dibahagikan dengan dua kaedah, lobi (pujuk pihak yang berkenaan secara dalaman) dan protest (bantah secara terang-terangan).

Lobi:
1. Kenal pasti mereka yang boleh membuat keputusan untuk meneruskan atau membatalkan parti tersebut. Antaranya, Pihak Berkuasa Tempatan, Exco (wakil rakyat) yang terbabit, Ketua Balai atau Penganjur sendiri. Maklumat perhubungan mereka boleh dicari diinternet.

2. Kenal pasti cara terbaik yang paling disukai oleh pihak berkenaan sama ada surat, email, panggilan telefon, membuat pertemuan dua hala, atau berhubung melalui wakil mereka.

3. Pastikan anda bersikap ramah dan kawal sifat marah tidak kira sebesar mana isu yang anda hendak sampaikan. Ingat, objektif kita ialah hendak mempengaruhi mereka atau dalam erti kata lain pujuk/dakwah agar mereka membatalkan acara terbabit. Perkataan kesat, nada marah hanya akan membuat mereka yang mempunyai kuasa rasa tercabar dan sifat ego mereka akan menyebabkan mereka meneruskan acara terbabit. Pastikan percakapan anda fokus hanya kepada isu dan bangkitkan kerisauan anda dangan fakta kenapa ia harus dibatalkan. Cuba kaitkan dengan kesan negatif terhadap imej mereka kerana orang-orang ini biasanya mementingkan imej.

4. Lebih berkesan lagi jika anda gunakan saluran politik yang sealiran dengan pembuat keputusan terbabit. Maknanya jika exco yang meluluskan konsert adalah dari parti A, pengaruhi dahulu seseorang yang berjawatan atau berpengaruh dalam parti A dan minta beliau menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat kita.

5. Sebelum mengakhiri perbualan atau surat, beritahu bahawa kita akan follow up mereka semula. Tunggu dalam tempoh 3 hari hingga tiga minggu bergantung kepada kegentingan isu. Jika tiada jawapan, hubungi semula dan lobi lagi.

6. Ajak rakan-rakan anda (lebih baik jika mewakili sesuatu organisasi seperti kelab, NGO atau paling mudah kariah) untuk melakukan perkara yang sama. Lebih ramai, lebih baik.

7. Disamping itu, mula menulis surat bantahan terbuka di akhbar tanpa menggunakan ayat-ayat menghina atau mencabar.

8. Tunggu respon positif daripada pihak berkenaan tanpa jemu untuk follow up. Jika respon yang diterima nagatif, maka bolehlah melaksanakan aksi protes pula.

Kadang-kadang kita lebih mudah dan suka melaksanakan aksi protest dan malas untuk melaksanakan lobi@pujuk. Lebih-lebih lagi jika pihak yang berlawanan dengan kita adalah daripada aliran politik yang berbeza. Namun sebenarnya, aksi lobi selalunya lebih berkesan.

Protest:
1. Pastikan anda faham dari sudut mana patut anda tonjolkan protest. Contohnya; sudut gajala dadah, arak atau parti tidak sesuai dengan bulan ramadahan contohnya, atau artis yang dijemput mempromosikan LGBT.

2. Baca buku, akhbar, artikel, berkenaan isu-isu berkaitan. Anda akan perlukannya untuk membuat advokasi yang berkesan.

3. Ajak ramai rakan-rakan yang lain untuk terlibat. Gunakan media sosial untuk mencari pengaruh. Tujuan media sosial adalah untuk mengumpulkan sokongan, ia bukan satu bantahan secara rasmi.

4. Hasilkan flyers, dan buat edaran disekeliling komuniti setempat. Boleh juga hasilkan banner dan gantung di kawasan berkenaan.

5. Laksanakan himpunan aman di kawasan terbabit. Untuk mengelakkan masalah, isi borang pemberitahuan kepada Polis dalam masa 10 hari sebelum perhimpunan. Lebih baik gunakan nama organisasi untuk mengisi borang, bukan individu. Jika anda tidak mahu mengisi borang pun boleh, tapi apalah sangat mengisi borang. Kita tak mahu disibukkan pula nanti oleh gangguan polis, kita nak pastikan acara dibatalkan. Kekerasan dalam perhimpunan tidak patut berlaku.

6. Walaupun kehadiran sedikit, pastikan anda panggil media atau buat rakaman untuk disebarkan dimedia sosial. Sediakan awal-awal kenyataan media bercetak dan edarkan kepada media yang hadir selepas membuat sidang media. Anda boleh dapatkan no perhubungan media di internet, dan jemput mereka secara rasmi melalui email atau pesanan.

Acara protest boleh dilaksanakan sebelum konsert atau parti bermula, jika kerisauan anda tetap tidak diendahkan, anda boleh mengadakan himpunan pada masa dan hari yang sama dengan acara parti tadi. Tetapi diingatkan hal begini kadang-kala akan berakhir dengan pergaduhan.

Tugas untuk menghentikan acara mungkar ini adalah tugas mereka yang diberi kuasa. Tanggungjawab kita adalah untuk menyedarkan pihak yang berkuasa agar bertindak dan berdakwah kepada mereka yang terlibat agar tidak terlibat. Kami tidak bersetuju kekerasan digunakan untuk menghentikan parti tersebut. Dakwah itu luas, kita telah melaksanakan tanggungjawab dari hal lobi@pujuk sehingga protest. Jangan pula lupa untuk berdoa kerana Allah yang menggerakkan hati manusia...

Jika info ini berguna. Silalah kongsikan.

Tuesday, October 23, 2012

PROGRAM MENITI USIA REMAJA- CABARAN DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN


Remaja merupakan aset penting sesebuah negara. Hal ini kerana, remaja adalah golongan yang bakal mewarisi negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Kata  –  kata yang selalu kita dengar ialah ‘jika kita ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah remaja negara tersebut pada masa kini’.

Kes  pembuangan  bayi,  ragut,  pecah  rumah,  bunuh,  rogol  adalah  sisi  negatif  yang  semakin menghantui  negara  kita  Malaysia.  Kes  –  kes  jenayah  yang  tidak  bermoral  ini  merupakan  titik tolak  daripada  pelbagai  unsur  negatif  yang  semakin  menular  ke  negara  kita.  Selain  itu,  hal  ini juga  berpunca  daripada  pendidikan  nilai  –  nilai  murni  yang  tidak  diterapkan  secara  mapan dalam diri setiap murid di sekolah.

Justeru, bagi merealisasikan impian melahirkan generasi pewaris minda kelas pertama, Sekolah Rendah  Al-  Itqan  dengan  kerjasama  Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)dan Pertubuhan Aktivis  Pengupayaan  Insan  Malaysia (API)  telah menganjurkan ‘’Program  Meniti  Usia  Remaja  ,  Cabaran  dalam  Dunia  Tanpa  Sempadan”.  Program  ini bertujuan  untuk  memberi  kesedaran  kepada  murid  –  murid  tahun  enam  (remaja)  yang  bakal mengharungi  alam  remaja  dan  cabaran  –  cabaran  yang  akan  dilalui  oleh  mereka.  Di  samping itu,  mereka  di  beri  kesedaran  tentang   peranan  dan    tanggungjawab  mereka  kepada agama, bangsa dan negara. Program ini telah diadakan pada 15 Oktober 2012 yang lalu dan dihadiri oleh seramai 47 orang peserta. Berikut adalah gambar sekitar program.





Peserta Disoal Tentang Keterlibatan Dengan Gejala Sosial


Sesi Perkongsian

Wednesday, March 21, 2012

PAMERAN STATIK SEMPENA KARNIVAL INDAH TAMAN AIR ITAM

Pada 18 Mac yang lalu, UNGGAS Malaysia telah dijemput oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Melayu untuk mengadakan pameran statik bersempena dengan Karnival Indah Taman Air Itam.  Pelbagai program yang menarik telah diadakan sepanjang karnival berlangsung. Antara agensi yang turut sama dalam pameran tersebut ialah pihak Perpustakaan Awam Daerah Timur Laut,Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Tabung Haji, Klinik Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, dan beberapa agensi lain lagi.

Gambar-Gambar Sekitar Program:


Friday, February 24, 2012

Laporan Sekitar Program Kem Semarak Kasih Peringkat Pertama



Pada 16, 18 dan 19 Febuari 2012 yang lalu, telah berlangsung 1 program yang dinamakan Kem Semarak Kasih. Kem ini adalah hasil kerjasama antara pihak UNGGAS dan Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS-USM). Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George Balik Pulau Pulau Pinang telah terpilih untuk menjadi perintis program ini. sekalung penghargaan buat pihak sekolah kerana sudi menerima kedatangan dan tawaran daripada pihak UNGGAS. Program Semarak Kasih ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama Pendidikan Awam Isu Sosial yang telah dilangsungkan di Dewan Terbuka SMK St George Balik Pulau dan bahagian kedua pula adalah Kem Semarak Kasih yang diadakan di Pusat Latihan RAUDHAH Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga lima telah mengikuti bahagian pertama program ini iaitu Pendidikan Awam Isu Sosial. Pelajar adalah terdiri dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan daripada berbilang bangsa dan agama. Antara pengisian yang terdapat pada bahagian ini ialah slot ceramah dan latihan dalam kumpulan.      



Tuesday, January 31, 2012

Operasi Sayangi Remaja Versi Valentine



Program Operasi Sayangi Remaja merupakan program bersiri UNGGAS. 2012 merupakan tahun ke 4 UNGGAS menganjurkan Operasi Sayangi Remaja Versi Valentine selain versi Merdeka dan tahun baru. 

Saturday, December 3, 2011

PAMERAN STATIK SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA

Pada 1 Disember 2011 yang lalu,UNGGAS telah dijemput oleh AISEC USM untuk mengadakan 1 pameran bersempena sambutan Hari AIDS Sedunia. Pameran tersebut telah berlangsung hampir sehari bermula pada 10.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Pameran ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran orang ramai terutamanya mahasiswa tentang HIV/AIDS.

Gambar-gambar sekitar pameran:


                                       

Saturday, November 19, 2011

SEKITAR PROGRAM PENERANGAN ISU SOSIAL DAN PAMERAN STATIK UNGGAS DI MASJID JAMEK MACHANG BUBOK

Pada 18 November 2011 yang lalu, UNGGAS sekali lagi mengadakan Siri Jelajah Menangani Gejala Sosial. Program ini telah diadakan di Masjid Jamek Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Antara aktiviti siri jelajah adalah ceramah penerangan tentang isu-isu sosial dan pameran statik berkenaan realiti masyarakat hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengerusi Masjid, Tuan Haji Huseein bin Haji Harun serta jawatankuasa masjid yang lain kerana sudi menerima kedatangan kami.

Pada malam itu, pihak masjid menyatakan kesudian mereka untuk terus mengadakan kerjasama dengan pihak UNGGAS pada masa hadapan.

Antara gambar-gambar sekitar program :


Friday, May 20, 2011

Permainan komputer yang ganas perlu dikawal

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya sentiasa berjaga-jaga dalam usahanya untuk mengawal ancaman permainan komputer dan telefon bimbit yang ganas ke atas masyarakat.

Banyak kajian sedia ada yang mengaitkan permainan online ganas dengan sikap keagresifan dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat juga kajian, tetapi amat sedikit yang mendakwa sebaliknya.

Bagaimanapun penyelidik yang berkelayakan dan mereka yang membiayai kajian seharusnya memberitahu kita yang boleh diyakini.

Adalah sesuatu yang logik dan munasabah iaitu siapa sahaja terutama sekali kanak-kanak pada usia yang mudah terpengaruh dengan melihat atau melakukannya atau apa sahaja perkara yang negatif yang memenuhi masa mereka mempunyai kesan yang akan memberikan kesan merosakkan ke atas jiwa mereka.

Kita telah melihat banyak jenayah remaja di negara barat yang dicetuskan oleh permainan komputer dan video ganas. Menafikan hakikat ini sepertilah menyembunyikan perkara sebenar dan tidak mempedulikan bahaya sebenar.

Dalam masyarakat hari ini, termasuk Malaysia, kita mempunyai terlalu banyak “tindak balas” keganasan malah kepada insiden kecil seperti dalam kes pembuli jalan raya.

Di Thailand, beberapa tahun yang lalu, seorang penjenayah telah meniru permainan komputer menyebabkan pengedar tunggal yang sah permainan itu telah menghentikan penjualan permainan itu dan memutuskan untuk tidak mengimport versi yang seterusnya, yang keempat daripada siri itu.

Kini masyarakat sedang memasuki satu lagi dimensi dengan bidang baru berupa permainan melalui telefon bimbit.

Di Korea, peratusan besar lebih daripada 700,000 kanak-kanak dengan telefon pintar menggunakannya untuk bermain permainan online, oleh itu telah membawa kepada kira-kira 50 persatuan ibu bapa di sana menggesa supaya larangan bermain permainan komputer online pada waktu malam bagi mereka yang berusia di bawah 16 tahun dikenakan juga kepada telefon bimbit.

Tindakan proaktif untuk melindungi masyarakat Malaysia juga perlu jalan yang pintar, sebagai ganti melaksanakan sikap “tunggu dan lihat” untuk melihat jika jenayah seperti itu berlaku atau menuntut kaitannya sebelum mengambil langkah.

“Sampah masuk, sampah keluar” jelas menunjukkan kesan permainan ganas yang kini dengan mudah boleh diperolehi daripada komputer riba, i-Phones dan telefon pintar lain.

CAP menggesa pihak Kementerian mengambil langkah segera untuk menghapuskan permainan yang sama dan memberi amaran kepada pengguna terutama sekali ibu bapa akan pengaruh negatif terhadap anak-anak mereka.



Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Beliau boleh dihubungi pada talian tel: 04-8299511 Faks:04-8298109 emel: idris_md@streamyx.com
sumber:- http://www.malaysiakini.com/letters/162581

Friday, December 10, 2010

Latihan Aktivis Akademi Dakwah II

UNGGAS telah terlibat secara lansung dalam menganjurkan Program Akademi Dakwah II yang berlansung selama 18 hari bermula pada 1 Disember hingga 18 Disember. terdapat 10 tema yang diketengahkan dalam Akademi Dakwah kali ini. salah satu tema tersebut adalah Isu-Isu Sosial. UNGGAS selaku badan yang mengendalikan tema Isu-Isu Sosial telah mengambi masa 2 hari bermula pada 4 hingga 5 Disember. para peserta Akademi Dakwah didedahkan mengenai permasalan Sosial dari dua aspek utama yakni Teori dan Praktikal.

Para peserta diberi kefahaman tentang kategori permasalahan sosial dari perspektif UNGGAS. UNGGAS mengamil masa setengah hari (3 jam) untuk membina perspektif kepada peserta Akademi Dakwah berkaitan permasalahan Sosial.

setelah itu, peserta di bawa turun ke lapangan untuk melihat sendiri senario semasa yang disampaikan secara teori. peserta diberi peluang untuk melihat sendiri dan membuat perbandingan dengan pendedahan yang UNGGAS diberikan secara ketika sesi perbincangan.

peserta telah di bawa ke Pusat membeli belah Summit Bukit Mertajam dan Megamall Seberang Perai. sebelah malam pula, peserta telah di bawa ke Pantai Bersih berhampiran dengan Tol Butterworth Outer Ring Road (BORR). kawasan ini merupakan antara kawasan tumpuan utama golongan muda dan keluarga di Pulau Pinang. perlabagi permasalahn yang dapat dilihat secara lansung disini. contohnya pergaulan bebas, lepak, sub budaya, remp-it, hiburan melampau dll. selain itu peserta juga didedahkan kaedah yang UNGGAS gunakan untuk mendidik golongan disana. pendekatan tersebut adalah dengan mengadakan tayangan pacak. video-video nasihat yang dihasilkan sendiri oleh UNGGAS dengan kerjasama KOSUKE dipertontonkan kepada umum.

berikut sedikit gambaran semasa program UNGGAS bersama peserta Akademi Dakwah II.


Antara peserta lelaki yang mengambi bahagian. sedang mengadakan sesi brainstorm berkaitan pemahaman mereka mengenai Isu Sosial. turut mendapat perkongsian dari peserta jemputan Akademi Dakwah dari Indonesia mewakili front (KAMMI) berkaitan gerak kerja membanteras isu sosial di sana.


Antara dapatan dari peserta Akademi Dakwah selepas turun d i lapangan. maklumat yang mereka perolehi telah menghasilkan 3 laporan lengkap berkaitan kajian lapangan mereka selama 1 hari 1 malam di sekitar Pulau Pinang.


Peserta AD meluangkan masa petang mereka untuk beriadah bersama kanak-kanak Serambi Dakwah (kanak-kanak dari kampung berdekatan dengan pejabat Serambi Dakwah)


Peserta wanita sedang menyiapkan bahan edaran (phamplet) untuk diagihkan kepada pengunjung Pantai Bersih (BORR). bahan ini dijadikan kaedah untuk mendekati golongan remaja di kawasan tersebut.

Monday, July 12, 2010

SEPUTAR PROGRAM 'KERANAMU BEGITU BERHARGA'

pada 8 julai 2010 yang lalu Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang (UNGGAS PENANG), telah dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya untuk memenuhi slot ceramah berkaitan dengan isu permasalahan sosial. berikut sedikit visual seputar program yang disertai seramai 50 orang pelajar berusia 14 tahun.





barisan sukarelawan UNGGAS







pembentangan menggunakan powerpoint oleh Aktivis UNGGAS