Tuesday, April 14, 2015

Ragam adik-adik STB!

Alhamdulillah, 11 April yang lalu, sukarelawan dari USM Kejuteraan turun padang untuk menceriakan adik-adik STB, dari jam 10pg hingga 5petang.

Sesi Super Heroes idaman! Sangat luar biasa hasil seni adik-adik!


Barisan fasilitator yang berusaha menceriakan adik-adik STB



Sesi luahan perasaan...

Meniti Ranjau Malam....

* 80 pelajar UNISZA, Terengganu







Tuesday, April 7, 2015

PMIUSM @ Meniti Ranjau Malam


Alhamdulillah, selesai membawa 60 pelajar PMIUSM meniti ranjau malam, 19 Mac yang lalu.


Suasananya masih sama.... Sampai bila?








3SM@STB: Mereka Suka, Kami pun Suka!


"Datang la lagi, kami seronok"
"Bila nak datang lagi?"

*** Semasa fasilitator mengumumkan program bermula jam 10pg dan berakhir 4.00ptg, sorakan serentak, "Yeayyyyyyy" kedengaran ***

Ini antara persoalan yang diterima sebaik sahaja mengumumkan program sudah tamat.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, tanpa tipu, senyuman biarpun bersahaja nampak ikhlas!

Alhamdulillah. Mengenali mereka memberi 1001 pengajaran dalam diri fasilitator.
Akan datang bersama fasilitator dari USM Kampus Kejuteraan, 11 April 2015 (Sabtu)



Beraktiviti bersama adik-adik STB sebenarnya fasilitator juga mendapat pengajaran bermakna..

"What you give, you get back"

**** Putus asa hanya pemutus usaha. Sebaliknya, terus berusaha adalah penyambung kepada kemenangan ****

Slot Uji Keseimbangan
- Sebenarnya nak uji semangat kerjasama.
- Ada kumpulan dah terjatuh bola pimpong 2,3 kali tapi masih minta fasilitator bagi peluang.


"Slot Garis Kehidupan"
Fasilitator: "Kenapa 2010, sedih sangat??"
Peserta: "Saya kena pukul dengan ayah sebab kena buang sekolah. Lepastu, ayah tak nak ambil tahu dah pasal saya"
Ini kisah dia...

Program untuk APRIL!!


1) 2/4 (Khamis), Pengisian berkaitan sukarelawan @ SK4 USM, jam 5pm - 7pm

2) 10/4 (Jumaat), Meniti Ranjau Malam bersama Pelajar UNISZA @ Sekitar Georgetown, jam 10pm - 1am

3) 11/4 (Sabtu), Beraktiviti bersama Penghuni STB TAT, dikelola oleh Pelajar USM, Kampus Kejuteraan, jam 9am - 4pm

4) 24/4 & 25/4, Bengkel Sukarelawan Sosial Islam Negeri Pulau Pinang anjuran Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM @ USM.