Showing posts with label turun. Show all posts
Showing posts with label turun. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Masa Untuk Bertindak ! Anda Diperlukan !

Community Research and Action Group: masa untuk bertindak.
InsyaAllah. Setelah pemerhatian, temuramah, sesi hemoi dan pemetaan dibuat, bermula Mei seperti yang telah diwar-warkan. Team Research And Action UNGGAS Malaysia akan memulakan Projek pembangunan komuniti flat100 ampang jajar dengan pendekatan untuk dua isu.
1. Pendidikan
2. Sosio Ekonomi.
Secara ringkas kita memerlukan sukarelawan untuk menjadi guru@motivator, memasak makanan untuk kanak-kanak, pembantu teknikal untuk tanaman herba dengan EM dan pembantu pemasaran produk herba.
Kita juga mengalukan para ahli akademik untuk menjalankan kajian sosioekonomi dan sosiobudaya dengan kerjasama UNGGAS Malaysia.
Tidak kurang penting, sumbangan kewangan dari orang ramai.
Mohon bersedia untuk mendaftarkan diri bila poster iklan dikeluarkan nanti. Kita akan jemput mereka yang mendaftar dalam meeting gerak kerja mungkin pada 10 mei. Bagi yang belum tahu isu apa yang dibincangkan, boleh rujuk posting sebelum ini. Mohon share.

Thursday, January 2, 2014

2014 Tahun Mencabar Bagi Kaum Muda

Tahun 2014 dijangkakan tahun yang akan memberi cabaran kepada anak muda yang rata2 baru memulakan kerjaya dan mula berumah tangga. Jangkaan peningkatan kos hidup dalam banyak aspek kehidupan seperti pengangkutan, perumahan, makanan dan pendidikan terutamanya dikawasan bandar bukan sahaja akan memberi kesan kepada sosio ekonomi keluarga tetapi juga sosio budaya masyarakat.  Cabaran dari sudut ekonomi akan memaksa anak muda berkerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Persaingan yang lebih sengit di tempat kerja akan memungkinkan berlakunya salah guna kuasa, khianat atau rasuah ditempat kerja jika majikan tidak memainkan peranannya dengan berkesan.  Cabaran dari sudut sosio budaya akan bermula apabila ibubapa keduanya terpaksa bekerja lebih dan kurang perhatian dapat diberikan kepada anak2. Tekanan ditempat kerja yang dibawa ke rumah boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Tekanan kos hidup juga boleh membawa kepada perlakuan jenayah. Pihak kerajaan dan majikan mesti mengambil tanggungjawab untuk menyeimbangkan kos hidup dengan pendapatan dalam hal kawalan harga dan peningkatan gaji untuk tahun 2014.
Pihak kerajaan, mesti 'walk the talk'. Dalam langkah penjimatan, sambutan-sambutan grand untuk apa jua perayaan pun tidak perlu. Cukup dengan perutusan khas di media atau jika perlu, acara ceramah umum tentang langkah-langkah kerajaan untuk menghadapi tahun baru 2014. Mulakan budaya menyambut  sambutan pada pagi hari 1 Jan. Tunku Abdul Rahman pun sambut Merdeka waktu pagi, bukan 12 tgh malam. Bagi pihak swasta, pastikan sambutan tahun baru tidak membawa kesan-kesan negatif kepada norma-norma kehidupan harmoni masyarakat.  Kerana hak individu/swasta tidak boleh melebihi hak masyarakat.
Nasihat kami, Fahami hak sebagai rakyat untuk menikmati kehidupan yang baik. Jangan takut untuk menyuarakan apa2 ketidakadilan yang berlaku sama ada diperingkat majikan atau pemerintah selagimana ia dijamin undang-undang.   Namun dalam masa yang sama mesti realistik dan jangan malas dalam mempertingkat diri dengan ilmu dan kemahiran hidup terutama pengurusan kewangan, kemahiran2 tambahan dan keusahawanan. Disamping itu ilmu kerohanian, rumah tangga dan masyarakat untuk menjamin kita agar tidak melakukan perkara-perkara luar batas kononya atas nama cabaran hidup. Yang bernasib baik membantu yang kurang bernasib baik. Dan yang kurang bernasib baik jangan iri hati tetapi sebaliknya berusaha lebih keras.