“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah an-Nahl : 125)
PREMIS
UNGGAS Malaysia sering diajukan soalan
‘cliche’ berkenaan bidang tugas dan fokus UNGGAS. Kenapa UNGGAS begitu sibuk
untuk menangani masalah sosial sedangkan banyak lagi permasalahan yang lebih
utama untuk diselesaikan. Isu rasuah, pencemaran alam, masalah pengangguran,
peperangan dan lain-lain lagi yang lebih utama dan penting untuk kemajuan
negara perlu diutamakan. Persoalan ini seolah-olah memperlecehkan usaha murni
UNGGAS untuk menangani permasalahan sosial. Ia dapat difahami apabila kita
semua maklum bahawa gejala sosial kini sudah disempitkan maknanya kepada
persoalan ‘berpacaran’ dan ‘tangkap basah’ semata. Paling jauh pun, gejala
sosial akan dirujuk kepada permasalahan ‘arak’, ‘dadah’ dan seumpamanya. Sejak
mula digerakkan pada tahun 2008, UNGGAS sedar bahawa persoalan ini akan timbul
lantas dengan jelas menyatakan bahawa UNGGAS hadir untuk membawa perubahan
minda tentang bagaimana gejala sosial dilihat serta bagaimana ia diatasi.
Dalam hal ini,
kami percaya bahawa semua permasalahan yang ditimbulkan itu, samaada bersifat
bencana alam atau sikap manusia, ia berpunca daripada satu krisis yang sama,
kurang akhlak dan adab. Manusia yang kurang adab akan mudah menerima rasuah,
manusia yang kurang adab akan mudah merosakkan alam, manusia yang kurang adab
hanya akan memikirkan hati perut mereka sahaja dan melakukan apa sahaja untuk
itu. Jadi benarlah tujuan utama Rasululullah diutuskan iaitu untuk memperbaiki
akhlak manusia.
Menjadi Agen Perubahan
Ali Shariati merupakan seorang tokoh
revolusioner yang harus dikaji idea-ideanya tentang reformasi masyarakat. Pada
pandangan Shariati, bagi masyarakat tradisional amnya dan masyarakat Islam
khususnya, tragedi yang paling tragik dalam sejarah umat adalah berlakunya
pemisahan komunikasi yang berkesan dan perbezaan pandangan antara golongan
massa dan golongan terdidik. Maka, permasalahan sebenar masyarakat tidak akan
pernah dikaji dan difahami secara mendalam. Walaupun secara kasar, kelihatan
golongan terdidik ini bergaul dengan orang lain, tetapi sebenarnya pergaulan
mereka terbatas dalam lingkungan kelas sosial mereka. Reformasi masyarakat
hanya boleh berlaku dengan wujudnya golongan-golongan ‘celik’ atau ‘enlighted’
yang menjadi jambatan untuk kedua kelas sosial ini bergabung. Menurut beliau,
mereka yang ‘celik’ adalah mereka yang menyedari dan arif mengenai situasi
sosial mereka pada masa kini dan masa lampau dan juga mempunyai kesedaran
terhadap tenggungjawab sosial. Mempunyai pendidikan bukan jaminan untuk menjadi
‘celik’ tetapi dengan pendidikan tersebut memungkinkan gerak kerja mereka
menjadi lebih efektif. Konsep ini selari dengan konsep Ulul Albab yang
digariskan di dalam Al-Quran. Imam An-Nawawi menerangkan maksud Ulul Albab
sebagai mereka yang berpengetahuan suci, tidak hanyut dalam derasnya arus dan
mengerti, menguasai dan mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh kehidupan.
Firman Allah s.w.t;
“Sesungguhnya, dalam penciptaan langit
dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi Ulul Albab.”
Ali Imran :190
Juga Firman-Nya;
“Tidak sama yang buruk (jahat) dengan
yang baik (benar), meskipun kuantiti (jumlah) yang jahat itu mengagumkan
dirimu. Bertaqwalah hai Ulul Albab, agar kamu beruntung”
Al- Maidah:100
Dan,
“Yang mengikuti perkataan lalu mengikuti
paling baik dan benar, mereka itulah yang diberi petunjuk oleh Allah, dan
mereka itulah Ulul Albab”
Az-Zumar:18
Ketiga-tiga ayat ini menceritakan sikap
Ulul Albab yang bersungguh-sungguh mencari ilmu, sentiasa mampu memisahkan
antara kebenaran dan kebatilan walaupun seluruh manusia melilih kebatilan dan
teliti lagi kritis dalam menerima maklumat, berita atau dalil. Sikap inilah
yang perlu diwarisi oleh generasi pemuda kini untuk mencapai taraf ‘celik’.
Memahami Masyarakat
Soalan, “Dimana kita harus bermula?”
harus ditanya dalam setiap diri aktivis, tanpa persoalan ini kita akan
terperangkap dalam ritma penyesalan tanpa sudah meratapi nasib umat di
pentas-pentas ceramah dan di coretan-coretan karya yang meruntun perasaan.
Jawapan kepada persoalan ini adalah memahami situasi masyarakat, sedar akan
kewujudan konflik sosial dan punca sebenarnya serta memikirkan apa keperluan
generasinya untuk menjamin nasib generasi akan datang. Untuk memahami
permasalahan masyarakat pada hari ini, kita harus bersedia mencungkil akarnya
yang paling dalam. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, punca paling asas
kepada segala permasalahan ini adalah Sekularisma dan kekeliruan faham ilmu
iaitu keliru untuk mencari hakikat ilmu yang bermanfaat. Daripada akar
permasalahan tersebut, timbul 1001 masalah lanjutan dalam pelbagai kerangka
kehidupan;
1. Kerangka ekonomi: Kad kredit? Riba?
FTA? Hipermarket? Kapitalisma? Noeliberalisma?
2. Kerangka Budaya: Hedonisma?
Individualistik? Homoseksual? Kebebasan?
3. Kerangka Pendidikan: Komersialisasi
ilmu? Orentasi peperiksaan? Dikotomi ilmu?
4. Kerangka Sains dan Teknologi:
Modifikasi genetik? Modernisasi hidup? Internet?
5. Kerangka Politik : Sosialisma? Demokrasi?
Korupsi? Nepotisma?
6. Kerangka Pembangunan: Perubahan iklim?
Krisis alam? Pembandaran tak terancang?
7. Kerangka Dakwah Dan Jihad: Ritual
Islam? Pengganas? Khurafat? Bid’ah?
(Generasi Al-Ghuraba’)
Dalam tujuh kerangka ini, belum cukup
disenaraikan 1001 permasalahan tersebut namun sudah cukup untuk kita termenung
panjang dan ramai pula yang menyerah diri sebulatnya tanpa mahu melawan arus
lagi, sama ada secara zahir atau sekadar membenci di dalam hati, kata mereka “
Nak buat macam mana? Dah akhir zaman…”
Mengorak Langkah
Bagi mereka yang masih mahu menentang
(resist), anda pasti bersetuju, pendidikan merupakan senjata yang paling ampuh
untuk menghadapi segala ancaman ini. Menggunapakai falsafah dan metodologi
pendidikan Al-Attas, matlamatnya hanya satu, ‘Islamisasi minda, jasad dan jiwa
dan kesannya keatas diri sendiri dan kehidupan Muslim dan non-Muslim yang lain
secara kolektif termasuk persekitaran alam yang bersifat spiritual dan
fizikal.’ Idea ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam buku-buku beliau; Islam
And Secularism, The Concept Of Education in Islam, Prolegomena To The
Metaphysics of Islam dan sejumlah buku-buku yang lain. Namun, sangat sukar
menterjemahkan proses Islamisasi ke dalam masyarakat sekarang yang sangat
keliru hatta kepada konsep-konsep Islam yang dapat dilihat dalam pengamalan
Islam ritual dan Islam Slogan juga kecenderungan umat Islam untuk mengadaptasi
barat. Bagaimana pula mahu menterjemah konsep yang sama ke atas belia-belia
lorong gelap yang sepanjang hidupnya tidak pernah solat, atau pakcik tua mangsa
penindasan kapitalis yang siang malam bekerja membawa beca dan mengutip sampah
lalu tidak sempat memikirkan apa itu Islamisasi. Idealisma dan semangat sahaja
tidak cukup untuk membuat apa-apa perubahan seperti mudahnya menyebut “kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar”. Tidak-dapat tidak, perancangan dan tindakan
yang jitu mesti dilaksanakan untuk menterjemah visi dan misi. Oleh itu,
kecekapan organisasi dan individu mesti mencapai taraf yang sama dengan
idelisma tersebut.
عن أبى هريرةَ رضى
الله عنه يَقُوْلُ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : سَيُصِيُبُ
أُمَّتِى دَاءُ اْلأُمَمِ فقالوا : يارسولَ اللهِ وماداء الأمم قال : الْأَشَرُ وَالْبَطَرُ
والتكاثر والتناجش فى الدنيا والتباغض والتحاسد حتى يكون الْبَغْيُ
Daripada
Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Umatku akan
ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “apakah penyakit-penyakit
umat terdahulu itu?”. Nabi SAW menjawab, “penyakit-penyakit itu ialah: (1)
terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasad
menghasud sehingga berlaku zalim menzalimi.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Dalam hal ini, UNGGAS melihat
gejala sosial, maksiat dan mungkarat yang berlaku melalui dua perspektif iaitu perspektif
mikro dan perspektif makro.
Perspektif mikro adalah masalah yang berpunca
daripada isu-isu kekeluargaan saperti keluarga yang berpecah belah, masyarakat
yang tidak lagi prihatin terhadap orang lain dan hilang rasa malu dalam diri
muda-mudi akibat terpengaruh dengan budaya barat.
Perspektif makro pula adalah isu-isu
pembangunan yang tidak terancang dan merosakkan struktur sosial masyarakat,
dasar negara yang tidak mengawal penyebaran hiburan yang melampau.
Penguatkuasa pula ada sebilangan yang
tidak menjalankan tugas dengan rasa tanggungjawab sosial tetapi hanya
manjalankan tugas atas dasar makan gaji.
Punca permasalahan penyakit
sosial ini mesti dikaji ke peringkat akar umbi untuk kita memahami masalah
sebenar. Diantara akar umbi permasalahan yang dapat kita kenal pasti adalah:
- Golongan-golongan yang bermasalah ini sebenarnya boleh dikatagorikan sebagai golongan mustadh’afin (مستضعفين) atau yang tertindas dan terpinggir, kerana mereka didesak oleh sistem sosial yang tidak betul yang menyebabkan mereka dinafikan hak untuk hidup lebih selesa dan mendapat pendidikan yang lebih sempurna. Sistem ekonomi kapitalis yang sangat liberal membenarkan sekelompok manusia mengawal sistem ekonomi untuk mengumpul kekayaan (monopoli). Lantaran itu, golongan miskin ini hampir mustahil untuk mendapatkan hak yang sama seperti si kaya raya. Mereka berkerja kuat sekadar untuk mempertahankan hidup, mengejar materi semata, bukannya mempertingkatkan kualiti hidup. Apalah yang terdaya oleh si miskin untuk menguruskan rumahtangga dengan cemerlang kerana mencari sesuap nasi itu lebih penting daripada memerhatikan tingkahlaku anak-anak dan memberikan pendidikan yang sempurna. Dengan lain perkataan, “Kais pagi, makan pagi dan kais petang belum tentu boleh makan”.
- Shopping kompleks dan lokasi-lokasi seumpamanya yang menyediakan tempat melepak sambil berhibur menjadi lokasi membiaknya gejala sosial maksiat dan mungkarat ini. Tempat-tempat seperti ini dibina atas dorongan mahu mencari keuntungan oleh golongan-golongan tertentu yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan negara semata-mata kerana ringgit. Disinilah semua pengamal-pengamal gejala sosial maksiat dan mungkarat yang bermacam-macam jenis itu berkumpul dan bertukar-tukar fikiran untuk menghasilkan satu ‘Budaya Syaitan’ yang lebih tulen sehingga timbulnya fahaman-fahaman syaitan seperti Jangan Ikut Tuhan (JIT), Black Metal, Ghotic, Punk, Skinhead, Pengkid dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, tempat-tempat hiburan seperti ini juga menjadi tempat mereka mengkader orang lain untuk jadi seperti mereka. Selepas puas berhibur, mereka melepak pula di tempat yang sesuai dengan penyakit sosial yang lain. Penagih dadah dan penghidu gam di rumah-rumah usang, belen (dulunya disebut bohsia) dan pelacur di lorong-lorong belakang dan mat rempit/minah rempit di jalan-jalan raya strategik untuk mereka berlumba.
- Budaya bangsa timur yang pemalu telah terhakis kerana terpengaruh dengan budaya barat yang liberal dan sangat bebas. Wujud golongan-golongan liberal yang bergerak dalam organisasi yang teratur atas nama NGO Islam yang melaung-laungkan penolakan penguatkuasaan undang-undang moral agama kerana menurut mereka, undang-undang tersebut melanggar kebebebasan dan hak asasi manusia. Lebih parah lagi, keadaan ini menghasilkan satu fenomena dimana mungkar itu menjadi sebuah norma masyarakat yang dianggap biasa dan tidak mencacatkan. Apa yang sangat merunsingkan adalah apabila sesuatu kemungkaran itu menjadi aliran yang dapat diterima sebagai sesuatu nilai yang dirasionalkan dan juga sebagai suatu perkembangan yang neutral.
- Media memainkan peranan penting dalam penyebaran kesesatan. Filem-filem Hollywood dan Bollywood yang mempromosikan gaya hidup bebas, boros, dan sekular menjadi senjata yang paling ampuh untuk menyesatkan umat Islam. Ditambah pula dengan bahan-bahan cetak pisican yang berbentuk hiburan dan lucah yang berlambak-lambak dipasaran dengan harga yang murah. Maka antara natijahnya, pemahaman seks bebas yang salah oleh remaja-remaja yang mana mereka menganggap seks bebas adalah seks yang dilakukan dengan ramai pasangan manakala seks yang dilakukan dengan teman lelaki adalah sesuatu yang tidak salah atas hak cinta ‘suci’ mereka. Mereka tidak memandang isu ini dalam konteks pemahaman agama. Ini kerana pemahaman agama tidak diterapkan dalam diri mereka. Pendidikan seks yang diajar dalam majalah-majalah yang mudah didapati dikedai-kedai tanpa pendekatan agama hanya akan menggalakan remaja ingin mencuba melakukan seks.
Membina Jambatan
Terdapat satu jurang interaksi
yang sangat besar antara golongan pendakwah dan golongan berpenyakit sosial
yang menyebabkan dakwah yang dijalankan jarang sekali sampai kepada golongan paling
bawah dan terpinggir ini. Justeru
adalah kerana golongan berpenyakit sosial ini memang sudah sifatnya tidak mahu
mendengar nasihat. Oleh itu, adalah sangat tidak diharapkan untuk mereka
membaca tulisan-tulisan ilmiah kerana mereka lebih suka membaca majalah
hiburan, jangan difikirkan bahawa mereka akan melayari blog-blog dakwah kerana
mereka lebih teruja membuka laman web lucah dan jangan diharapkan juga mereka
akan ke masjid-masjid untuk mendengar kuliah kerana mereka lebih selesa melepak
di lorong-lorong belakang kedai dan di pusat-pusat hiburan.
öNçGZä. uöyz >p¨Bé& ôMy_Ì÷zé& Ĩ$¨Y=Ï9 tbrâßDù's? Å$rã÷èyJø9$$Î/ cöqyg÷Ys?ur Ç`tã Ìx6ZßJø9$# tbqãZÏB÷sè?ur «!$$Î/ 3 öqs9ur ÆtB#uä ã@÷dr& É=»tGÅ6ø9$# tb%s3s9 #Zöyz Nßg©9 4 ãNßg÷ZÏiB cqãYÏB÷sßJø9$# ãNèdçsYò2r&ur tbqà)Å¡»xÿø9$# - ال عمران : 110
”Kamu adalah umat yang terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang
munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu
lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Golongan-golongan pendakwah jarang-jarang
sekali mendekati golongan ini dan berdakwah secara terus kepada mereka. Mereka
sebenarnya sangat memerlukan kaunseling keagamaan dan kasih sayang masyarakat.
Jika ini tidak berlaku, mereka akan terus rosak dan merosakkan orang lain pula
yang juga dahaga kasih sayang dan ilmu agama. Setiap pendakwah mesti berusaha
lebih keras lagi untuk memperbaiki keadaan masyarakat dengan melaksanakan satu
proses yang tersusun secara berperingkat-peringkat di medan lapangan dakwah
mereka, dengan membekalkan kemahiran berkomunikasi dan berintraksi ketika
mendekati kumpulan anak muda ini:
Pertama - Mereka perlu memahami keadaan
sosial masyarakat tersebut. Keadaan sosial masyarakat desa (rural community)
contohnya sudah tentu sangat berbeza dengan masyarakat bandar (urban
community) mahupun masyarakat di penempatan-penempatan terancang seperti
Felda.
Kedua - Para pendakwah perlu
mengkaji perubahan sosial yang telah berlaku dalam masyarakat tersebut dengan
menekankan aspek kronologi penularan sesuatu gejala sosial itu ke dalam
masyarakat dan juga kronologi penglibatan individu dalam gejala sosial sebagai
kes rujukan atau biasa disebut ‘study case’.
Ketiga - Setelah para pendakwah
memahami kedua-dua perkara diatas, proses yang seterusnya dapat dijalankan
dengan cara paling berhikmah iaitu proses memperjelaskan perspektif masyarakat
kepada perspektif Islami dimana Islam itu adalah satu cara hidup (a way of
live).
Proses Islamisasi masyarakat
ini perlu dilakukan secara berbeza-beza berdasarkan kelompok sosial masyarakat
seperti telah dijelaskan empat isu utama yang diklasfikasikan diatas (Gaya
Hidup, Akademik, Budaya Sosial dan Kekeluargaan). Kelompok ‘Sakit Sosial’ lebih
sesuai didekati dengan dakwah lapangan secara terus. Para pendakwah perlu turun
berjumpa mereka di tempat mereka berkumpul kerana tidak mungkin mereka akan
datang berjumpa dengan kalian. Disamping itu, proses Islamisasi untuk Kelompok
‘Biasa’ juga perlu diteruskan dengan cara penulisan, kuliah-kuliah dan hebahan
media.
Keempat
- Proses pembaikan (islah) masyarakat perlu dilaksanakan selepas proses
Islamisasi berlaku. Ini bermakna, masyarakat setempat perlu diupayadayakan (Capacity
Building) supaya mereka boleh bergerak sendiri untuk meneruskan proses
Islamisasi. Komuniti setempat perlu membina semula nilai-nilai murni masyarakat
yang selama ini mungkin telah dilupakan.
Kelima
- Proses yang kelima ini merupakan proses akhir yang paling sukar untuk dicapai.
Proses yang pertama sehingga ke-empat perlu diperkembangkan ke komuniti-komuniti
yang lain sehingga keseluruhan masyarakat memahami Islam dalam erti kata yang
sebenar. Setelah itu, proses pembaikan sistem dan hukum mesti dilaksanakan
dimana sistem Kapitalis dan Liberal ditukar kepada sistem Islam yang ternyata
lebih praktikal.
Kesimpulannya
- Kelima-lima proses ini sudah pasti merupakan proses yang sangat panjang
dimana kita sendiri mugkin tidak akan sempat menikmati hasilnya tetapi yakinilah
dengan usaha yang istiqomah dan pengharapan kepada Allah S.W.T yang tinggi,
anak cucu kita akan memperolehi kehidupan yang lebih sempurna.
Sayugia
diingat, tugas pendakwah untuk menyampaikan (تبليغ) bukan menghalau orang (تنفير). Ketika Mu’az bin Jabal akan berangkat, hendak menjadi Gabenor
di Yaman, Rasululluh s.a.w. telah berpesan kepadanya dengan kata, maksudnya; ”Mudahkanlah,
jangan dipersulitkan, gembirakanlah, jangan timbulkan kebencian sehingga orang
cabut lari” (يسر ولا تعسر وبشر
ولا تنفر).
Apabila
nampaknya, jalan masih buntu, tidak ada titik pertemuan antara sang da’i dan
mad’u, semua ikhtiar telah dilakukan, maka perpisahan harus dilakukan dengan
cara yang patut dan pantas.
Firman
Allah s.w.t dalan Surah Al-Muzammil, ayat 10:
÷É9ô¹$#ur
4n?tã
$tB
tbqä9qà)t
öNèdöàf÷d$#ur
#\ôfyd
WxÏHsd
ÇÊÉÈ
“Dan Bersabarlah terhadap apa yang
dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan
cara yang baik.”
Kendalikan
diri dengan sebaik-baiknya, jangan kita sesak nafas, disebabkan kata-kata
mereka yang kasar. Berpisahlah dari mereka dengan tingkah laku yang
memperlihatkan budi pekerti yang tinggi dan akhlak yang “jamil”, yang indah.
Biarlah
kita akhiri temu bual dengan mereka buat seketika, jangan sampai jalan dakwah
terputus dan terbantut. Biarkanlah mereka yang memutuskan hubungan ini, bukan
yang memetuskan itu si juru dakwah.
Rasulullah SAW berinteraksi
dengan anak muda dengan lunak, inilah yang telah berjaya menarik perhatian
mereka untuk bersama-sama Rasul SAW. Cakap lunak ini mendapat pujian dari Allah
SAW, FirmanNya:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ
لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا
عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ.
“Maka Dengan sebab rahmat (yang
melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap
lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah
Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu),
dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah
berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.”
(Ali Imran : 159)
Ingatlah
kita kepada do’a Rasululluh s.a.w. semasa
baginda di Mina, sewaktu dilempar batu sehingga berdarah kaki baginda:
اللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَايَعْلَمُوْنَ
“Wahai Tuhanku, tunjukilah kaumku ini
lantaran mereka, sesungguhnya, tidak tahu apa yang mereka katakana”
Suara
jiwa yang demikian itu hanya biasa keluar dari rasa cinta kepada ummat yang
sedang dipanggilnya kepada kebenaran; rasa sedih mengenangkan nasib mereka,
bila mereka terus dalam kesesatan; rasa cinta yang mendalam kepada Risalah yang
sedang dibawanya. Yang akhirnya, bersumber kepada rasa cinta kepada Yang
Ampunya Risalah, Al Khaliq, Ar Rahim.
Bermujadalah
antara da’i dengan mad’u ada kalanya berhasil dalam waktu yang singkat; ada
kalanya memerlukan masa yang panjang dan terkadang bertemu jalan buntu. Memang “Lapangan
Dakwah” itu ada batasnya. Pendakwah telah diisyaratkan oleh Allah s.w.t. dalam
Al-Quran, Surah Yunus, ayat 42-43:
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ ۚ
أَفَأَنْتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ وَلَوْ كَانُوا لَا يَعْقِلُونَ . وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْظُرُ إِلَيْكَ ۚ أَفَأَنْتَ تَهْدِي الْعُمْيَ
وَلَوْ كَانُوا لَا يُبْصِرُونَ .
“Dan
di antara mereka (yang ingkar) itu, ada Yang datang mendengar ajaranmu (dengan
tidak mendapat faedah sedikitpun sebagai orang pekak); maka Engkau (Wahai
Muhammad) tidak berkuasa menjadikan orang-orang Yang pekak itu Mendengar, juga
kalau mereka menjadi orang-orang Yang tidak mahu memahami perkara Yang
didengarnya.”
“Dan di antara mereka pula ada Yang
memandang kepada perkara-perkara Yang Engkau tunjukkan (tetapi mereka tidak
nampak kebenarannya sebagai orang buta); maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak
berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang Yang buta, juga kalau mereka
menjadi orang-orang Yang tidak mahu melihat (perkara Yang Engkau tunjukkan
itu).”
Yang
tuli bukan telinganya, yang buta bukan matanya, tetapi akal dan hatinya yang
tuli dan buta. Kemauannya juga sudah beku. Orang tidur mudah dan biasa
dibangunkan. Bagaimana pula membangunkan orang yang sudah jaga, tetapi
berpura-pura tidur!. Yang penting dalam situasi sebegini, ialah kemampuan
pendakwah mengendalikan dirinya, memelihara keseimbangan dan ketengan jiwanya
dan menghindarkan pemborosan tenaga dengan sia-sia. Telah ditentukan oleh Allah
s.w.t dalam Al-Quran, Surah Al-A’raf, ayat 199:
Éè{
uqøÿyèø9$#
óßDù&ur
Å$óãèø9$$Î/
óÚÌôãr&ur
Ç`tã
úüÎ=Îg»pgø:$#
ÇÊÒÒÈ
“Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan,
dan suruhlah dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan)
orang-orang Yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”
Memang,
ada kalanya bermujadalah dengan tidak lancar perjalanannya perlu
diisytirehatkan. Jangan membiarkan pendakwah diseret kepada omong-omong kosong
yang mungkin segaja untuk menghabiskan tenaganya; atau ingin mencampur adukan
yang haq dengan yang batil, yang dinamai “kompromi”.
Bila
pendakawah bertemu dengan situasi semacam ini, maka Al-Quran memberikan jalan
keluar dalam Surah An-Nisa’, ayat 63:
y7Í´¯»s9'ré&
úïÉ©9$#
ãNn=÷èt
ª!$#
$tB
Îû
óOÎhÎ/qè=è%
óÚÌôãr'sù
öNåk÷]tã
öNßgôàÏãur
@è%ur
öNçl°;
þ_Îû
öNÎhÅ¡àÿRr&
Kwöqs%
$ZóÎ=t/
“Mereka itulah orang-orang Yang diketahui
oleh Allah akan apa Yang ada Dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau
daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta Katakanlah kepada mereka
kata-kata Yang boleh memberi kesan pada hati mereka.”
Hentikanlah
bermujadalah bila sudah ternyata, bahawa meneruskannya hanya akan menghabiskan
tenaga dan masa dengan sis-sia. Kata perpisahan haruslah (قولا بليغا), perkataan yang akan sampai menjangkau ke
lubuk hati sanubari mereka itu. Jangan tinggalkan kata-kata yang meninggalkan
kesan pahit atau jengkel, sehingga terputus, berkerat rotan.
Bertindak Secara Praktikal
Latihan
Aktivis Dakwah Lapangan Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) telah pun dimulakan
sejak beberpa tahun lalu yang boleh dijadikan model yang mana modul untuk program seterusnya
ini sedang dibangunkan dan diperkemaskan dari semasa ke samasa. Apabila modul
ini telah berjaya diaplikasikan di beberapa buah bandar tertentu atau
bandar-bandar yang tinggi resiko berlaku kesalahan jenayah syariah. Juga dapat diperkembangkan ke bandar-bandar lain yang
telahpun kami laksanakan.
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا
إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya
daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,
serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat
kepada Allah)!" – Fussilat : 33
LANDAS adalah satu modul program
untuk melatih sukarelawan dakwah lapangan agar dapat memahami dengan lebih
mendalam isu-isu gejala sosial di negara ini dengan turun sendiri ke lapangan
untuk bergaul dengan mereka yang terjebak dalam masalah ini dan cuba memahami
punca mereka terjebak ke dalam kancah gejala kuning ini. Selain daripada itu,
LANDAS dapat menjadi sebuah landasan kajian sosial untuk menghasilkan sebuah
panduan bersifat akademik yang menekankan kronologi penularan gejala ini
kedalam sesebuah masyarakat dan juga kronologi penglibatan individu kekancah
kemaksiatan ini.
OBJEKTIF
PROGRAM
- Mewujudkan landasan kajian ilmiah tentang realiti sebenar keadaan kebejatan sosial, memahami punca permasalahan, mengenalpasti pola kelompok-kelompok kumpulan yang bermasalah dan cara menangani masalah mereka.
- Menggerak inisiatif membangkit semangat kesukarelaan untuk menangani masalah sosial dan para sukarelawan dakwah lapangan juga akan diberikan kefahaman mengenai undang-undang yang sedia ada di peringkat “Pihak Berkuasa Tempatab (PBT) dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri-negeri dan lain-lain.”
- Melahirkan kelompok masyarakat yang sedar dan terbangun dengan nilai-nilai murni.
- Memperkasakan masjid sebagai “Pusat Aktiviti Menangani Gejala Sosial Maksiat dan Mungkarat.”
- Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial maksiat dan mungkarat yang berada di dalam masyarakat serta menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka bukan pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.
- Membina perspektif menyeluruh mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial maksiat dan mungkrat di dalam masyarakat.
- Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras masalah gejala sosial dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat.
- Membina kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan mereka yang tersasar serta membina kesepaduan gerakkerja yang boleh dilakukan dalam membenteras gejala sosial maksiat dan mungkarat di dalam masyarakat.
- Membentuk ”Sekretariat Dakwah” yang akan menjadi medan kerjasama NGO-NGO Islam dengan agensi agama dan agensi kerajaan sebagai organisasi sosial Islam yang berkesan membenteras gejala sosial maksiat dan mungkarat di kalangan NGO.
PROJEK & BENGKEL LATIHAN SEPADU
Bengkel latihan
sukarelawan sosial dan dakwah lapangan isu-isu penyakit sosial perlu dilaksanakan secara berkala setiap
minggu/bulan sehingga semua maklumat berkaitan undang-undang Islam dan
peruntukan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada yang diperlukan lengkap
dan pihak masyarakat setempat dapat berfungsi dengan sendiri.
SASARAN PESERTA
NGO Islam, agensi agama dan kerajaan.
PENDEKATAN
PROGRAM
1.
Membina sensitiviti setiap golongan
sasaran agar peka dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sehingga
tercetusnya kreativiti.
2.
Membina kemahiran berinteraksi setiap
golongan sasaran agar boleh mendekati sesiapa sahaja untuk tujuan dakwah.
3.
Mengambil hikmah pendekatan bongkar dan
selongkar untuk mengetahui permasalahan sebenar.
4.
Mendekat dan
merapatkan jurang kemasyarakatan melalui aktiviti lapangan dan berinteraksi
dengan masyarkat.
5.
Membentuk rangkaian
gerak kerja dalam menangani penyakit sosial dan pencegahan jenayah syariah.
6.
Menggerakkan aktiviti Penyelidikan Sosial
dengan pendekatan mengumpul maklumat, memerhati dan menilai melalui perspektif
hidup masyarakat.
FOKUS MODUL UNTUK SUKARELAWAN DAKWAH
Memberi penekanan
kepada pembinaan kemahiran psikologi, penyelidikan dan cara bertindak. Antara modul-modul yang
diperkenalkan atau perlu disediakan oleh pendakwah sendiri berdasarkan
pengalaman kerja-kerja lapangan ialah:
- Tinjauan bahan bacaan dan akhbar
- Psikologi (Psiko)
- Bongkar dan selongkar (Kajiselidik Punca)
- Risalah Dakwah & Penerangan peruntukan undang-undang jenayah syariah.
- Dokumentasi Lapangan (Kajian Ilmiah)
- Pemetaan Komuniti (Community Maping)
- Track Back (Kajian Kronologi Gejala Sosial dan Pesalah Jenayah Syariah)
- Dokumentasi Keseluruhan (Kajian Ilmiah)
- Fight Back (Kaedah Menangani Masalah Yang Berlaku)
- Penguatkuasaan (BANTERAS – Badan Bertindak Anti Sosial)
- Makhraja (Program Pencegahan, Pemulihan dan Pemantapan Sahsiah)
PELAN BERTINDAK
DAKWAH BERSEPADU
- Memperkukuh dan mengemaskan semua organisasi NGO dakwah diperingkat nasional dan lokal dengan cara memantapkan pengurusan ahli, pentadbiran pejabat kepimpinan dan pembangunan organisasi.
- Mewujudkan suatu mekanisma bergerak dikalangan sukarelawan dakwah secara efektif diperingkat masyarakat akar umbi (petani, nelayan, pekerja, pengusaha kecil, peneroka tanah dan sebagainya).
3. Mengadakan suatu sistem
perkaderan Sukarelawan Dakwah Lapangan yang berkesan untuk
melahirkan penggerak dakwah yang aktif
diperingkat masyarakat yang berwibawa, dinamik, dan berdisiplin.
4. Membangunkan organisasi NGO
dakwah sebagai organisasi massa yang mendapat dokongan dan dorongan dari
masyarakat diseluruh lapisan dan agensi agama.
5. Menagani semua isu-isu umat Islam
khususnya dan isu-isu masyarakat amnya dengan tindakan dan suara yang padu dari
kelompok NGO dakwah. Untuk mengahadapi cabaran semasa, mereka harus tahu maksud
globalisasi, neo-kolonialisme, dan kesamaran memerangi terorist untuk menyerang
negara-negara umat Islam dan peranan golongan khadam dan sekular menjayakan
cita-cita imperialis.
6. Mengusahakan dengan bersungguh-sungguh
penyatuan seluruh sukarelawan dakwah dari kalangan tuan-tuan guru pondok,
ahli-ahli cendikiawan Islam, imam-imam serta guru-guru ta’mir masjid dan
pendakwah bebas.
7. Melancarkan aktiviti-aktiviti
dakwah, membanteras gejala sosial maksiat dan mungkarat seperti penagihan
dadah, gam, arak, judi, pelacuran, LGBT dan sebagainya.
8. Mewujudkan suatu rangkaian
gerakerja sukarelawan dakwah yang terselaras dan berkesan bagi menggiatkan
serta mengaktifkan masjid-masjid sebagai Pusat Pembangunan Ummat yang
berkesan.
- Golongan sukarelawan dakwah atau NGO Islam perlu meningkatkan keupayaan gerakan mereka di peringkat nasional, serantau dan global untuk menggilap semula sinar kegemilangan Islam dalam semua aspek melalui wadah lama atau baru demi menghadapi cabaran yang lebih sophisticated dan rencam.
11.Golongan pendakwah perlu sedar mengenai konspirasi musuh yang mencemarkan
nama Islam dan kewajipan berdakwah. Mereka perlu membentuk rangkaian media
konvensional dan moden yang bersifat serantau dan sedunia untuk menangkis kesan
negatif media berkenaan.
- Golongan sukarelawan dakwah atau NGO Islam juga perlu Mendisiplinkan Ahli Politik supaya tidak tersasar dari landasan Islam dan meningkatkan kerjasama mereka untuk menjernihkan iklim politik dalam negara agar kegiatan politik kepartian tidak sampai memangsakan asas-asas agama, institusi pendidikan agama dan membudayakan trend permusuhan sebagai gejala hidup yang mendefinisikan manusia melayu.
Indikator Pencapaian
- Bilangan Rangkaian Penggerak Sukarelawam Dakwah yang dapat dilahirkan bagi mencegah masalah sosial maksiat dan mungkarat.
- Bilangan Sukarelawan Dakwah Lapangan yang mampu dijana bagi tujuan untuk terlibat di dalam usaha pencegahan jenayah syariah dan pemuliharaan gejala sosial maksiat dan mungkarat.
- Model Kawasan yang menunjukkan menurunnya gejala sosial maksiat dan mungkarat di kalangan golongan remaja, belia dan dewasa.
- Tahap Kesedaran Sukarelawan terhadap masalah gejala sosial maksiat dan mungkarat di dalam masyarakat dan keaktifan pendakwah bertindak memerangi gejala ini.
- Keaktifan Sukarelawan Dakwah lapangan, pendekatan pencegahan jenayah syariah yang berbentuk pendidikan kepada masyarakat, kesedaran, pengupayaan sukarelawan dalam bentuk kempen, dialog, ceramah, aktiviti berfaedah untuk golongan pelajar, remaja, belia dan golongan dewasa yang digerakkan.
- Bilangan Sukarelawan yang terlibat dalam menggerakkan usaha pencegahan jenayah syariah dan pendidikan kesedaran masyarakat terhadap gejala sosial maksiat dan mungkarat.
- Bilangan Pelajar, Remaja dan Belia yang mengikuti program pemulihan penyakit sosial yang dijalankan para pendakwah, NGO Islam dan agensi agama serta berjaya memulih mereka yang terlibat dalam gejala sosial dan maksiat.
Pendedahan Dan Pendekatan Memahami Pelan Bertindak Pencegahan Jenayah Syariah Malaysia.
Siri Ceramah
Ceramah pendedahan realiti masalah penyakit sosial maksiat dan mungkarat yang berlaku di seluruh negeri serta menganalisa secara bersama punca utama berlakunya gejala ini di dalam masyarakat. Menerapkan nilai dan kewajipan pendakwah sebagai anggota sukarelawan untuk terlibat di dalam membenteras berlakunya gejala sosial maksiat dan mungkarat di dalam masyarakat.
Bengkel
Menerangkan tentang bagaimana untuk mengenali isu yang berada di dalam masyarakat sekitar mereka. Dalam masa yang sama kefahaman mengenai kemahiran untuk menjalankan gerakkerja mengatasi isu sosial dan maksiat di kawasan mereka serta menggunakan pelan bertindak pencegahan jenayah syariah.
Penggerak sukarelawan dakwah ini akan membuat perbincangan mengatasi isu sosial maksiat dan mungkarat yang berada di sekitar mereka, serta menganalisa punca berlakunya gejala tersebut. Mereka juga dikehendaki untuk memastikan kaedah, teknik, organisasi yang perlu dihubungi untuk menggerakkan tindakan mengatasi masalah tersebut.
Gerak Kerja Kumpulan
Kumpulan sukarelawan dakwah
ini akan diberi tugasan yang ditentukan oleh pembimbing tentang masalah di
dalam bengkel, dan keperluan mereka melaksanakan gerak kerja mengatasi masalah
tersebut dan menyediakan laporan program pencegahan jenayah syariah serta
pembangunan masyarakat dengan kaedah pendidikan yang telah dilaksanakan.
Pembinaan Organisasi
Menyusun organisasi ringkas, diperingkat sukarelawan dakwah sebagai Urusetia Menangani Gejala Sosial di Peringkat Lokal, serta mengenalpasti peranan dan tanggungjawab serta tugas yang perlu dimainkan secara bersama oleh kumpulan ini.
Etika Skuad Sukarelawan Dakwah Lapangan
- Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.
- Menguasai medan / lenkongan dengan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.
- Melaksanakan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan kepelbagaian mekanisme dakwah (prubahan).
- Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa sega silu (hemoi) melakukan pengorbanan.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ
أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ
اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah.” 21 : الأحزاب
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع
فبلسانه وان لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان – رواه مسلم
PERANAN NGO
1)
Pendidikan Awam
NGO perlu menjadi mediator antara jabatan
agama dengan masyarakat sivil melalui kaedah penerangan awam mengenai masalah
sosial dan hokum-hakam terhadap satu-satu kesalahan jenayah syariah. Sebagai
contoh, isu berdua-duaan dikhalayak umum atau melakukan perlakuan tidak sopan
dikhalayak umum, Sek. 5 (1), (2), (30) EKJS (Kedah) 1988, minum arak Sek.
25 (1) dan (2) EKJS (Kedah) 1988, Sek.
136 (Pahang) 1982, Sek. 19 (1) dan (2) AKJS (WP) 1997 dan lain-lain contoh
mengikut negeri-negeri di Malaysia. NGO juga mampu menggunakan laras bahasa
yang mudah difahami oleh masyarakat sivil mengenai akta-akta dan prosedur Jenayah Syariah negeri-negeri.
عَنْ أَبِى مَالِكٍ
اْلأَشْعَرِيِّ رضى الله عنه قال : قال رسولُ الله صلى اللهُ عليه وسلم : لَيَشْرَبَنَّ
نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يَسُمُّوْنَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى
رُؤُوْسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ , يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ اْلأَرْضَ
وَيَجْعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيْرَ – رواه ابن ماجه
Daripada
Abu Malik al-Ash’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
ada sebahagian daripada umat-Ku yang akan meminum khamar dan mereka
menamakannya dengan nama yang lain.
(Mereka meminum) sambil dialunkan dengan muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam
bumi (dengan gempa) dan Allah akan merubah mereka menjadi monyet dan babi.” – Hadis
Riwayat Ibnu Majah
2)
Terus Kepada Masyarakat
NGO memang dikenali oleh masyarakat
sebagai salah satu badan yang akan berurusan dengan masyarakat tanpa melibatkan
karenah birokrasi. Kebanyakan NGO akan
turun terus kepada masyarakat bagi menyelami nasib masyarakat dari dekat dan
akan sedaya upaya membantu menyelesaikan segala kesulitan yang wujud. Selaian itu dapat membongkar penyalahgunaan
kuasa pihak berkuasa dalam melaksanakan dasar kerajaan di peringkat agensi
agama dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Cabaran
:
-
Terdapat kesukaran untuk melakukan gerak
kerja kerana banyak agensi dilindungi pihak tertentu.
-
Kengkangan modal untuk meneruskan gerak
kerja kerana kurang publisiti.
-
Perlu ada lesen / support dari pihak
berkuasa.
2)
Kempen
Kempen-kempen seperti Kempen Gerakan
Menutup Aurat mampu digerakkan oleh NGO dalam menterjemah satu-satu akta dan
prosedur jenayah syariah. Hal ini kerana, NGO yang berada di lapangan mampu
menghidupkan kempen-kempen yang sesuai dengan golongan sasaran mereka. Melalui
pengalaman UNGGAS MALAYSIA, kaedah kempen secara konsisten mampu memberi impak
kepada golongan sasaran dan sebagai satu langkah menerangkan kesalahfahaman
terhadap satu-satu hukum berkaitan dengan jenayah syariah.
3)
Program latihan atau bengkel
Melatih kemahiran komunikasi, membina
perspektif masalah sosial, kaedah bertindak menangani masalah sosial adalah
antara isu yang boleh dibengkelkan untuk melatih kelompok masyarakat agar kerja
buat dalam menyampaikan mesej syarak boleh berlansung dengan lebih strategik
dan efektif. Antara kelompok sasaran yang sesuai mengikuti bengkel latihan ini
adalah pegawai agensi kerajaan, agensi agama, pemimpin masyarakat, mahasiswa
dan golongan belia dalam kariah.
4)
Menjadi badan pendesak dalam menggubal atau memperkasa undang-undang
Peranan NGO dalam menangani jenayah
syariah, dengan menjadi badan pendesak dalam menggubal atau memperkasa
undang-undang syariah yang sedia ada. Hal ini demikian kerana kebanyakan NGO
boleh bersuara lantang mewakili semua pihak.
Jadi NGO boleh menjadi pendesak pada mana-mana badan berwajib tanpa ada
usaha untuk menjaga kepentingan sesiapa.
Cabaran:
-
Idea sukar untuk diterima pakai walaupun
lantang bersuara kerana umumnya melihat NGO adalah suatu entiti yang kecil dan
mempunyai kepentingan masing-masing.
-
Kengkangan dari segi kuasa / lesen dan
kurang kerjasama dari pihak berkuasa.
CABARAN
NGO
Antara
cabaran utama NGO adalah;
1)
Kerjasama daripada agensi kerajaan
Seringkali apabila pihak NGO seperti UNGGAS
mengetengahkan satu-satu isu kepada pihak jabatan agama untuk ditangani,
dipandang sepi. Atau dituduh sebagai mainan politik walaupun pada hakikatnya
isu tersebut disertakan dengan fakta dan bukti. Sebagai contoh, UNGGAS pernah
mengetengahkan isu gelandangan (homeless) yang berlaku di Pulau Pinang dan kesannya
mengundang kristianisasi. Namun apabila kita mengadakan perbincangan awal, kita
tidak menemui kesepakatan. Apabila kita mengetengahkan solusi, pihak jabatan
tersebut hanya ingin melepaskan batuk ditangga dengan hanya bersetuju mengadakan
satu kali program bersama gelandangan. Isu ini hanya sebahagian contoh cabaran
yang dihadapi oleh NGO dalam mengadakan kerjasama dengan pihak agensi kerajaan
atau agensi agama yang terlalu banyak berokrasinya.
2)
Dana
Dalam melaksanakan satu-satu program
secara konsisten, NGO memerlukan dana yang konsisten. Hal ini kerana, NGO
bukanlah badan yang menghasilkan keuntungan dari segi kewangan. Oleh itu, NGO
memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan projek-projek pendidikan dan
pengupayaan kepada masyarakat amat diperlukan.
PENYELESAIAN
1) Kerjasama antara agensi kerajaan dengan NGO
Terdapat banyak ruang dan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara pihak agensi kerajaan dengan NGO. Contohnya saling bertukar maklumat dan perbincangan mengenai isu-isu semasa. Agensi kerajaan juga boleh membantu NGO dalam menyediakan kemudahan seperti latihan, kemudahan prasaranan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, NGO pula boleh membantu pihak agensi kerajaan melalui kemahiran lapangan dan kesukarelawanan.
Cadangan
:
-
Perlu mewujudkan satu tribunal khas untuk
memantau segala aktiviti tanpa melibatkan politik.
-
Bina rangkaian yang baik dengan pihak
berkuasa dan berwajib.
PENUTUP
Nilai-nilai moral masyarakat
timur sedikit demi sedikit telah luntur dan terhakis di dalam masyarakat
Malaysia, tidak kira bangsa mana pun. Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan
dan agensi agama, kerana keruntuhan nilai moral masyarakat akan membawa kepada
malapetaka yang besar di masa hadapan. Diharapkan, laporan ini dapat memberi
sedikit maklumat kepada organisasi-organisasi masyarakat seterusnya membolehkan
mereka bergerak dengan kaedah-kaedah yang sesuai dalam komuniti masing-masing
untuk pencegahan jenayah syariah yang
terus membarah dalam masyarakat ini.
Usaha yang padu dan
sokongan daripada pelbagai pihak amatlah diharapkan bagi memastikan program ini
benar-benar membuahkan hasil. Mudah-mudahan usaha kita hari ini, akan membantu
kita mencetak generasi muda yang positf, beriman, bertaqwa, berilmu, beramal
soleh dan berkhlak mulia.
Akhirnya, kami
mencadangkan supaya teori pengurusan bijak boleh diguna pakai supaya pemimpin
atasan agensi agama dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan, bijak serta
bergerak di luar kotak dalam kerangka sistem dengan mengharmonikan aplikasi.
terima kasih bro amir =)
ReplyDelete