Tuesday, October 23, 2012

DILEMA SEORANG IBU MALANG

Wanita adalah nadi dalam sesebuah rumah tangga. Sekiranya wanita tidak berfungsi sebagai isteri dan ibu seperti yang sepatutnya maka tunggulah natijah buruk yang bakal terhasil.

Ibu kepada 4 orang anak. Menjadi isteri kedua kepada seorang suami yg hanya tahu menghina keturunannya sebagai keturunan perempuan jalang. Setiap kali melihat anak tirinya, sang suami pasti menghambur kata-kata kesat seperti pelacur, jalang, tidak berguna, tiada masa depan.

Hasilnya, larilah sang anak yang baru berusia 15 tahun ke pangkuan sang kekasih untuk mendapatkan perlindungan kerana tidak tahan dicaci dihina seperti anjing kurap. Kecantikan dan kemugilan yg dimilikinya telah dieksploitasi semahunya oleh sang kekasih demi setiub syabu. Dari satu lelaki ke lelaki lain meratah tubuhnya. Dek kerana giannya terhadap dadah durjana, maruah dan harga diri ditolak tepi..

Si ibu dirumah hanya mampu mengalirkan air mata dan berkeluh kesah. Tidak berani mengungkap tekanan yang dialami dihadapan suami sendiri kerana takut akan dicaci. takut ditinggalkan dan hilang tempat bergantung. Merasa diri tidak berdaya tanpa suami yang bongkaknya super tinggi. Mana si anak yang sudah berbulan-bulan lari pula memerasnya: "Ibu, kakak boleh pulang, tapi kakak  tak mau pakcik ada dirumah". Ibu ini terus berada dalam dilema yang tidak berkesudahan. Antara suami dan anak, keduanya adalah insan-insan penting dan insan kesayangan dalam hidupnya

Arrghhhh ketika ini naluri keperempuanku begitu terguris. Ingin saja menerjah kerumah wanita malang itu dan mendakapnya. Aku tau itu yang dia amat perlukan kini.. sokongan moral. Teman-teman yang celik jangan abaikan persekitaran anda. Jangan melihat masalah sosial sebagai suatu yang norma dan biasa. Kerana sikap begitu bakal menghancurkan sebuah bangsa yang bertamadun. Hulurkan bantuan semampumu jangan menjadi seorang yang pentingkan diri dalam mendepani dan menangani segala isu moral yang tidak berkesudahan dan semakin meruncing ini.


1 comment:

  1. bismillah walhamdulillah...
    sedihnya bila terbaca isu nie..
    benda sperti ini pernah terjadi kepada sahabat yang sy ketemu di pondok sik kedah , tahun lepas...

    semoga kita semua dalam perlindungan Allah s.w.t

    ReplyDelete