Showing posts with label gay. Show all posts
Showing posts with label gay. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

BENGKEL PEMBANGUNAN MANUAL ISLAM DAN MAK NYAH

Pada 13-15 Febuari 2012 yang lalu, Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Pemantapan Manual Muslim Dan Mak Nyah. Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan satu manual khas berlandaskan Islam untuk menangani isu Mak Nyah. Bengkel ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada UNGGAS Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian AIDS/STI, Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Bekas Mak Nyah, Persatuan Ulamak Cawangan Wilayah Persekutuan, Majlis AIDS Negara dan beberapa organisasi lain.



Sepanjang tiga hari berada di sana, pelbagai input yang berharga telah diterima. Hari pertama kami berada di sana, kami didedahkan dengan pembentangan kertas kerja Oleh Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri yang bertajuk “ Mak Nyah dari perspektif Islam”. Dalam pembentangan ini, beliau mengupas tentang definisi mak nyah, hukum berkenaan mak nyah serta cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Wednesday, January 11, 2012

Dogma, Nota Dari Pengalaman Lapangan



Dogma, Nota Dari Pengalaman Lapangan

Saya percaya masih ramai yang ingat perihal seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan yang kononnya hilang selama tiga tahun di Dublin. Keluarga beliau dilaporkan lapan kali ulang alik ke Dublin untuk mencari beliau tetapi hampa. Alih alih, gambar dan berita pelajar ini muncul di media perdana dan alternatif.  Sudah tentu terkejut besar keluarga beliau. Mana tidak, gambarnya yang siap bertengkolok, berbaju melayu hitam serta bersampin sedang dalam majlis perkahwinan. Lebih menyentap hati, pasangan pengantinnya adalah lelaki ‘Mat Saleh’ yang lengkap bertuxedo hitam. Ya, lelaki Muslim ini berkahwin dengan kaum sejenis. Sungguh pilu hati ibu dan ayah, sudah jatuh ditimpa tangga. Syarikat Petronas yang menaja biasiswa lelaki ini juga dikhabarkan telah meninta keluarga itu membayar balik biasiswa sebanyak RM 890,000 sebagai bayaran penjamin kerana beliau tidak menghabiskan pengajian dan melanggar kontrak biasiswa. Selang beberapa hari, pelajar ini tampil lagi dimuka akhbar dengan kenyataan menagih simpati dengan mengatakan dia selamat dan masih lagi muslim. Malahan berikrar akan terus menjadi Muslim yang baik. Saya tidak tahu apa maksud beliau untuk menjadi Muslim yang baik, mungkin beliau akan membayar balik biasiswa itu dan pulang ke pangkuan keluarga.  Tetapi, jelas beliau tidak menyesal bahkan berbangga menjadi Muslim yang homoseksual. Kisah diatas saya jadikan satu contoh besar untuk menggambarkan darjah kegentingan masalah akhlak Muslim. Bolehkah diterima konsep Gay Muslim?