Sunday, December 30, 2012

Kem AnakSerambi


Serambi Dakwah - 27 - 28 Disember yang lepas, UNGGAS Malasysia dengan kerjasama Pergerakan Perkhidmatan Malasyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM) telah menganjurkan satu kem khas untuk kanak-kanak Kampung Bagan Lalang.

Seramai 14 orang kanak-kanak yang terdiri 13 lelaki dan seorang perempuan secara sukarela mengikuti Kem AnakSerambi.

Thursday, December 13, 2012

Kempen Mai Dakwah!

Berikut antara Poster awal kempen yang telah dihasilkan oleh Team Kreatif OSM..




Berminat untuk memperbanyakkan bahan kempen dan promosi? hubungi kami

Kempen Mai Dakwah!

UNGGAS Malaysia dan 9 NGO yang lain bakal menganjurkan Operasi Sayangi Masyarakat edisi tahun baru bertempat di Kawasan Rehat Pantai Bersih pada malam 31 Disember.

sebelum ambang tahun baru bermula, Kumpulan OSM! dengan rasminya meluncurkan kempen 'Mai Dakwah! Now Everyone Can Dakwah'.. Pelbagai lagi tema kempen yang bakal diluncurkan bagi menarik lebih ramai penglibatan individu muslim yang memiliki kesedaran akan kepentingan melaksanakan Kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Berikut antara gambaran awal aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam program OSM Edisi tahun baru;

MASA
AKTIVITI
06.00pm hingga 08.00pm
Ketibaan peserta dan pendaftaran/solat maghrib berjemaah/makan malam
08.00pm hingga 09.00pm
Kuliah Maghrib
09.00pm hingga 09.20pm
Isya’ berjemaah
09.30pm hingga 11.30pm 
Penerangan mengenai program Operasi Sayangi Masyarakat
  •       Kaedah mendekati sasaran
  •        Cara mudah berkomunikasi
  •       Penerangan awam situasi semasa
  •     pembahagian kumpulan kepada 5 unit utama
  •       Turun lapangan

11.30pm hingga 02.00am

  •            Persembahan Flash mob
  •      Tayangan pacak
  •            Mendekati 5 sasaran utama kumpulan remaja berbasikal/kumpulan rempit/kumpulan ‘couple’/kumpulan keluarga/kumpulan sebaran risalah
02.00am hingga 03.00am                    
          Sesi mengumpul maklumat lapangan dan sesi perkongsian dapatan di lapangan oleh peserta dan urusetia.

           Resolusi
03.00am
Majlis tamat

Sumbangan kewangan bagi menjayakan kempen ini juga boleh disalurkan kepada akaun rasmi UNGGAS Malaysia dia 0702-0000175-102. 

Bagi yang berminat untuk menyertai kempen ini dan berhasrat menyumbang sesuatu, anda dijemput hadir ke Mesyuarat kali kedua pada 17 Disember 2012, pada pukul 8.30 malam bertempat di Serambi Dakwah Lorong 22 Taman Bagan Lalang Butterworth. Maklumat lanjut, anda boleh cari join kami di FB Group Penggerak OPS SAYANGI MASYARAKAT. dalam group itu, anda boleh mengikuti secara lebih dekat bagaiman Kempen Mai Dakwah! berlaksanakan.

Sebaranag pertanyaan lebih lanjut anda boleh hubungi Bro Mohd Faridil Amir di 012 - 5101112 (Komandan OSM!)

Kami juga sebenarnya masih mencari individu yang memiliki tahap keyakinan diri dan percaya diri untuk mengadakan sesi kaunseling lapangan bersama kelompok Mat Motor/Kereta, Mat Basikal, Mat gian, dan mamat-mamat lainnya pada malam kemuncak program OSM.

Kami juga perlukan sukarelawan yang bakal dilatih kaedah bagaimana mendekati kelompok Rempit, Bikers, Sub-culture, Keluarga dan couple menggunakan metod 'HEMOI'..

BERMINAT?? HUBUNGI KAMI SEGERA DI TALIAN HOTLINE 0134451037.

Thursday, November 29, 2012

Kempen Jom Sihat

UNGGAS Malaysia dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sekali lagi berkolaborasi mengadakan kempen jom sihat bertempat di Kolej Komuniti Kepala Batas pada 22 November, Komuniti Bagan Dalam pada 24 November dan Komuniti Bagan Lalang pada 25 November yang lepas.

Melalui penganjuran kempen Jom Sihat, beberapa manfaat utama dapat dirasai dengan jelas. Contohnya penganjuran kempen di Komuniti Bagan Lalang. Komuniti ini sudah lebih 7 tahun tidak pernah mengadakan sebarang program kemasyarakatan. Dan kebetulan pejabat gerakan UNGGAS berada dikawasan kejiranan Bagan Lalang. UNGGAS mengambil peluang ini sebagai rangka merapatkan hubungan antara NGO dengan penduduk setempat. Hal ini bakal memudahkan UNGGAS pada masa hadapan untuk mendekati seterusnya melaksanakan beberapa aktiviti dengan golongan kanak-kanak, remaja dan wanita dikawasan Bagan Lalang. Perkara ini amat perlu memandangkan komuniti Bagan Lalang khususnya komuniti Melayu dikawasan ini berada dalam keadaan terpinggir dan tanah yang mereka duduk sekarang bukanlah hak milik mereka. Tanah tersebut berada di bawah rizab sungai. Selain itu, kanak-kanak dan remaja Melayu sekitar Bagan Lalang tidak memiliki tempat untuk mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti. Melalui program awal yang UNGGAS laksanakan baru-baru ini, berlaku peningkatan kunjungan kanak-kanak dan remaja Melayu khususnya ke pejabat gerakan UNGGAS. Dengan kemudahan sederhana seperti perpustakaan mini, kawasan lapang untuk bermain bola, dan kemudahan sebiji komputer berserta wifi.

 Ibu Pejabat UNGGAS Malaysia

Wednesday, November 21, 2012

Breakaway - Bebas Dari Rokok

Breakaway-Bebas dari Rokok merupakan sebuah projek usahaman dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Projek bermula secara rasmi pada awal September dan dijangka tamat pada awal disember 2012. Objektif am projek ini adalah untuk memulihkan ketagihan peserta terhadap rokok serta mencegah komuniti setempat daripada pengaruh negatif rokok. 

Projek dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa kempen kesedaran dan pemilihan 60 peserta untuk menjalani fasa kedua melalui kaedah ceramah, edaran kaji selidik tahap kebergantungan nikotin, pameran, persembahan video, dan ujian saringan kandungan asap dalam badan. Manakala fasa kedua fokus kepada pemulihan daripada ketagih rokok. Kaedah yang digunapakai dalam fasa kedua adalah Kaunseling individu dan kelompok, Mentor-Menti, Terapi Spiritual dan Kem 3 Hari 2 Malam.



Gambar sekitar Program fasa pertama atau juga dikenali sebagai School Attack
UNGGAS sudah masuk di lebih daripada 3 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah melalui aktiviti 'School Attack' sepanjang bulan September dan November sebelum cuti sekolah bermula. Melalui aktiviti 'School Attack', UNGGAS telah menerima respon yang baik daripada pihak sekolah. Antarnya adalah berkenaaan ceramah kesedaran dan pameran yang disediakan oleh UNGGAS. Semua ini kerana, pelajar sekolah jarang terdedah mengenai isu-isu semasa berkaitan isu sosial.






ISU MARUAH DAN KESELAMATAN SIBER: PERINGATAN BUAT WANITA



Pihak UNGGAS Malaysia dan KOSUKE telah menerima satu aduan tentang sebuah laman facebook yang bertajuk 'Modal Melancap Lelaki'. Laman ini telah mengumpulkan banyak gambar-gambar wanita yang dipercayai diambil tanpa izin dari laman-laman sosial dan web lalu dijadikan bahan imaginasi lucah. Apa yang membimbangkan, gambar-gambar yang diambil walaupun hanya bagi sesetengah pihak adalah gambar biasa dan kebanyakkannya bertudung, ia tetap menjadi sasaran golongan gila seks.

Ini adalah satu contoh bagaimana maklumat dan gambar anda boleh dipergunakan sesuka hati oleh orang lain jika anda tidak berhati-hati. Yang paling penting, sentiasalah menjaga maruah dan pergaulan anda daripada pihak yang tidak dikenali di facebook.

Sedarlah para wanita, peliharalah anugerah yang Allah kurniakan untuk hanya orang yang selayaknya untukmu. Jangan mudahkan sangat orang memilikimu walau hanya sekadar gambar.

Selalunya barang yang senang dapati itu, murah harganya. Renung-renungkan, fikir-fikirkan. Maruah kita tanggungjawab kita.

Tuesday, October 23, 2012

DILEMA SEORANG IBU MALANG

Wanita adalah nadi dalam sesebuah rumah tangga. Sekiranya wanita tidak berfungsi sebagai isteri dan ibu seperti yang sepatutnya maka tunggulah natijah buruk yang bakal terhasil.

Ibu kepada 4 orang anak. Menjadi isteri kedua kepada seorang suami yg hanya tahu menghina keturunannya sebagai keturunan perempuan jalang. Setiap kali melihat anak tirinya, sang suami pasti menghambur kata-kata kesat seperti pelacur, jalang, tidak berguna, tiada masa depan.

Hasilnya, larilah sang anak yang baru berusia 15 tahun ke pangkuan sang kekasih untuk mendapatkan perlindungan kerana tidak tahan dicaci dihina seperti anjing kurap. Kecantikan dan kemugilan yg dimilikinya telah dieksploitasi semahunya oleh sang kekasih demi setiub syabu. Dari satu lelaki ke lelaki lain meratah tubuhnya. Dek kerana giannya terhadap dadah durjana, maruah dan harga diri ditolak tepi..

Si ibu dirumah hanya mampu mengalirkan air mata dan berkeluh kesah. Tidak berani mengungkap tekanan yang dialami dihadapan suami sendiri kerana takut akan dicaci. takut ditinggalkan dan hilang tempat bergantung. Merasa diri tidak berdaya tanpa suami yang bongkaknya super tinggi. Mana si anak yang sudah berbulan-bulan lari pula memerasnya: "Ibu, kakak boleh pulang, tapi kakak  tak mau pakcik ada dirumah". Ibu ini terus berada dalam dilema yang tidak berkesudahan. Antara suami dan anak, keduanya adalah insan-insan penting dan insan kesayangan dalam hidupnya

Arrghhhh ketika ini naluri keperempuanku begitu terguris. Ingin saja menerjah kerumah wanita malang itu dan mendakapnya. Aku tau itu yang dia amat perlukan kini.. sokongan moral. Teman-teman yang celik jangan abaikan persekitaran anda. Jangan melihat masalah sosial sebagai suatu yang norma dan biasa. Kerana sikap begitu bakal menghancurkan sebuah bangsa yang bertamadun. Hulurkan bantuan semampumu jangan menjadi seorang yang pentingkan diri dalam mendepani dan menangani segala isu moral yang tidak berkesudahan dan semakin meruncing ini.


PROGRAM MENITI USIA REMAJA- CABARAN DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN


Remaja merupakan aset penting sesebuah negara. Hal ini kerana, remaja adalah golongan yang bakal mewarisi negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Kata  –  kata yang selalu kita dengar ialah ‘jika kita ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah remaja negara tersebut pada masa kini’.

Kes  pembuangan  bayi,  ragut,  pecah  rumah,  bunuh,  rogol  adalah  sisi  negatif  yang  semakin menghantui  negara  kita  Malaysia.  Kes  –  kes  jenayah  yang  tidak  bermoral  ini  merupakan  titik tolak  daripada  pelbagai  unsur  negatif  yang  semakin  menular  ke  negara  kita.  Selain  itu,  hal  ini juga  berpunca  daripada  pendidikan  nilai  –  nilai  murni  yang  tidak  diterapkan  secara  mapan dalam diri setiap murid di sekolah.

Justeru, bagi merealisasikan impian melahirkan generasi pewaris minda kelas pertama, Sekolah Rendah  Al-  Itqan  dengan  kerjasama  Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)dan Pertubuhan Aktivis  Pengupayaan  Insan  Malaysia (API)  telah menganjurkan ‘’Program  Meniti  Usia  Remaja  ,  Cabaran  dalam  Dunia  Tanpa  Sempadan”.  Program  ini bertujuan  untuk  memberi  kesedaran  kepada  murid  –  murid  tahun  enam  (remaja)  yang  bakal mengharungi  alam  remaja  dan  cabaran  –  cabaran  yang  akan  dilalui  oleh  mereka.  Di  samping itu,  mereka  di  beri  kesedaran  tentang   peranan  dan    tanggungjawab  mereka  kepada agama, bangsa dan negara. Program ini telah diadakan pada 15 Oktober 2012 yang lalu dan dihadiri oleh seramai 47 orang peserta. Berikut adalah gambar sekitar program.





Peserta Disoal Tentang Keterlibatan Dengan Gejala Sosial


Sesi Perkongsian

Tuesday, October 16, 2012

PERANAN NGO ISU SOSIAL DAN PERUBAHAN MASYARAKAT




 “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah an-Nahl : 125)


PREMIS

            UNGGAS Malaysia sering diajukan soalan ‘cliche’ berkenaan bidang tugas dan fokus UNGGAS. Kenapa UNGGAS begitu sibuk untuk menangani masalah sosial sedangkan banyak lagi permasalahan yang lebih utama untuk diselesaikan. Isu rasuah, pencemaran alam, masalah pengangguran, peperangan dan lain-lain lagi yang lebih utama dan penting untuk kemajuan negara perlu diutamakan. Persoalan ini seolah-olah memperlecehkan usaha murni UNGGAS untuk menangani permasalahan sosial. Ia dapat difahami apabila kita semua maklum bahawa gejala sosial kini sudah disempitkan maknanya kepada persoalan ‘berpacaran’ dan ‘tangkap basah’ semata. Paling jauh pun, gejala sosial akan dirujuk kepada permasalahan ‘arak’, ‘dadah’ dan seumpamanya. Sejak mula digerakkan pada tahun 2008, UNGGAS sedar bahawa persoalan ini akan timbul lantas dengan jelas menyatakan bahawa UNGGAS hadir untuk membawa perubahan minda tentang bagaimana gejala sosial dilihat serta bagaimana ia diatasi.

Dalam hal ini, kami percaya bahawa semua permasalahan yang ditimbulkan itu, samaada bersifat bencana alam atau sikap manusia, ia berpunca daripada satu krisis yang sama, kurang akhlak dan adab. Manusia yang kurang adab akan mudah menerima rasuah, manusia yang kurang adab akan mudah merosakkan alam, manusia yang kurang adab hanya akan memikirkan hati perut mereka sahaja dan melakukan apa sahaja untuk itu. Jadi benarlah tujuan utama Rasululullah diutuskan iaitu untuk memperbaiki akhlak manusia.

Monday, September 24, 2012

KENYATAAN MEDIA: BIKINI FASHION SHOW 2012


KENYATAAN MEDIA :
ISU ‘BIKINI FASHION SHOW 2012’ DI BUKIT BINTANG

Rakyat Malaysia sekali lagi cuba disogokkan pula dengan aktiviti yang boleh menambah punca ke arah gejala sosial dan merendahkan wanita sebagai bahan dagangan. Kami membantah sebuah pertunjukkan Pakaian Bikini atau Bikini Fashion Show yang akan diadakan pada 6 Oktober 2012 bertempat di Hotel Grand Millenium Bukit Bintang Kuala Lumpur. Penganjur kepada acara ini adalah Syarikat Bello Models Management sebuah syarikat yang beribu pejabat di New York (sebuah syarikat yang mengendalikan model dan pakaian bikini ).  
Lantaran, saya mewakili NGO Utara khususnya NGO wanita ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya ke atas pertunjukan ini. Bantahan kami berdiri di atas beberapa sebab iaitu :
1.       Pertunjukkan pakaian bikini di khalayak ramai khususnya di Malaysia adalah sesuatu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran.
2.       Pertunjukan ini sangat tidak menghormati rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Memandangkan Islam adalah agama rasmi Negara ini, maka seharusnya pihak penganjur dan seluruh warga kerja program ini menghormati batas yang dianjurkan oleh Islam iaitu memperagakan pakaian menjolok mata seperti bikini di khalayak ramai adalah salah. Apatah lagi pihak penganjur membuka pertunjukan ini kepada sesiapa sahaja yang berminat melalui iklan yang disebarkan.
3.       Pertunjukan ini adalah satu lagi bukti akan gejala eksploitasi wanita sebagai simbol kepada dunia komersial dan budaya konsumerisme tanpa batas. Hal ini jelas akan mengakibatkan kaum waita mengalami masalah krisis identiti dan penghakisan jatidiri.
4.       Acara-acara seperti perlu disekat kerana akan mendedahkan bahaya pengeksploitasian berlebihan oleh pelbagai industri komersial terhadap kaum wanita.
5.       Pertunjukan ini dan apa sahaja yang seumpama dengannya mampu menyumbang kepada gejala maksiat yang kian membejat di Negara ini. Dalam iklan Bikini Fashion Show ini terdapat beberapa aktiviti sampingan lain antaranya :
a.       International music by : DJ Disk Jockey
b.       Bikini Fashion Show (25 international super top models)
c.       Swimming pool area party
d.       Canapes and Drinks
e.       Dance show
f.         Photo shooting
g.       Media and magazines Gathering

Berdasarkan lima sebab bantahan yang telah saya sebutkan sebentar tadi, maka kami menuntut;
1.       Pihak penganjur menghentikan pertunjukan ini daripada diteruskan memandangkan ia sangat keterlaluan dalam melampaui batas moral ketimuran masyarakat Malaysia.
2.       Kementerian Pelancongan perlu mengambil peranan sepatutnya. Hal ini disebabkan aktiviti ini melibatkan para pelancong luar Negara termasuklah pihak penganjur yang bukan dari Malaysia.
3.       Semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Kuala Lumpur khususnya dan seluruh Negara amnya, para NGO dan parti politik , badan dan institusi pengajian tinggi supaya bangkit untuk menyatakan bantahan terhadap penganjuran aktiviti ini dan seumpanya
Akhir sekali, saya mewakili barisan NGO Utara sekali lagi menyatakan bantahan terhadap penganjuran Bikini Fashion Show 6 Okotober 2012 di Bukit Bintang. Diharapkan supaya kenyataan kami ini mendapat sokongan daripada masyarakat Malaysia sebagai tanda rasa kebersamaan kita dalam menangani isu kebejatan sosial dan demi memartabatkan maruah negara ini.

Barisan Pertubuhan Bukan Kerajaan
  1. Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan Malaysia (API)
  2. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI)
  3. Nisa’ Pulau Pinang
  4. Pertubuhan Pergerakan Muslimah Kedah (SALIMAH KEDAH)
  5.  Pertubuhan Pergerakan Muslimah Pulau Pinang (SALIMAH Pulau Pinang)
  6. Teras Pengupayaan Melayu Malaysia (TERAS)
  7. Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)
  8. Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP)

Thursday, September 13, 2012

Jom Bersama-sama Merawat Perokok !



UNGGAS Malaysia akan mengadakan satu lagi projek dalam masa terdekat ini. Projek 'Breakaway-Bebas Tanpa Rokok' ini akan diadakan dalam tempoh masa yang agak panjang iaitu selama 3 bulan. Oleh itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan daripada semua untuk menjayakan program ini.

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun CIMB Islamic atas nama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia), No akaun:07020000175102.

Segala sumbangan dan bantuan daripada tuan/puan amatlah kami hargai. Moga sumbangan tersebut diangkat menjadi amal-amal soleh bekal untuk bertemu Allah kelak. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dari jalan yang halal, baik, berkat serta dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi 019-4522893     (Cik Hassuna) atau 013-4451037  (Cik Asti)

Wednesday, August 15, 2012

RAMADHAN DISCOVERY: SIAPA MEREKA DI HATI KITA

" Sebaris Senyuman Tidak Bermakna Jika Kita Tidak Pernah Untuk Menyelami Kehidupan Dan Kesusahan Mereka Insan Bergelar Gelandangan"


Program ”Ramadhan Discovery: Siapa Mereka di Hati Kita” ini wujud hasil daripada perbincangan yang serius pihak UNGGAS  tentang kepentingan mengambil peduli tentang nasib gelandangan dan cara mengatasi masalah gelandangan ini. Hal ini demikian kerana pada pengamatan dan pemerhatian pihak UNGGAS sejak 2 tahun kebelakangan ini orang tak berumah atau gelandangan ini makin memenuhi Pulau Pinang. Fenomena ini makin menjadi-jadi apabila menjelang Ramadhan.Ada yang sanggup datang dari negeri-negeri lain semata-mata untuk mendapatkan sumbangan orang ramai.

Sebagai negeri yang menjadi tarikan kepada sektor pelancongan, kehadiran gelandangan ini mungkin agak sedikit mencacatkan wajah ceria sekitar tapak warisan dunia. Ia juga mungkin akan mengundang persepsi buruk pelancong kepada negara. Oleh itu, UNGGAS berasa terpanggil untuk mengetahui masalah sebenar yang membelenggu kehidupan golongan seperti ini dan kenapa memilih untuk berada di kawasan tumpuan orang ramai. Program ini diadakan bukanlah hanya sekadar program jangka pendek sahaja. UNGGAS sedang merancang untuk mengadakan susulan program ini. Oleh itu, pada 26 Julai dan 30 Julai 2012 yang lalu, kami bersama beberapa orang sukarelawan turun padang untuk mengutip data gelandangan yang ada sekitar kawasan Masjid Kapitan dan Chulia Street.Sebanyak 103 borang telah berjaya diisi. Daripada maklumat yang diisi dalam borang, ada diantara gelandangan ini telah hidup bergelandangan selama 25 tahun.

Saturday, August 4, 2012

Kenyataan Media : Isu Gelandangan Pulau Pinang Dan Program Ramadhan Discovery


Kenyataan Media

Isu Gelandangan Pulau Pinang Dan Program Ramadhan Discovery

Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS), Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta kariah Masjid Kapitan Keling mengumumkan bahawa pada hari ini satu program bertemakan “Ramadhan Discovery: Siapa Mereka di Hati Kita?”.
Program pada hari ini telah mendapat sumbangan daripada pihak MPPP dan juga PUZ sebanyak RM4000 ringgit manakala selebihnya melalui kutipan awam UNGGAS dalam bentuk beras, pakaian dan juga wang.
Dapat kita lihat pada bulan Ramadan, golongan gelandangan adalah antara golongan yang akan memenuhi jalanan di sekitar Georgetown. Komuniti gelandangan ini juga adalah berbeza daripada bulan-bulan yang lain kerana sebahagian yang datang dan berkampung di sini pada bulan Ramadhan ini berasal dari negeri lain seperti Kedah dan Perak. Perlu dijelaskan bahawa program ini bukan bertujuan untuk menggalakkan golongan ini hidup meminta-minta tetapi lebih kepada satu program advokasi dan pengumpulan maklumat.
Setelah hampir saban tahun menjalankan program untuk warga jalanan ini, kami mendapati tiada satu tindakan yang efektif dan berterusan daripada pihak berwajib untuk menangani permasalahan ini. Kita perlu sedar bahawa golongan ini tidak boleh dianggap sebagai satu kelompok sahaja kerana mereka sebenarnya terdiri daripada pelbagai latar belakang yang memerlukan kaedah yang berlainan untuk ditangani.
Melalui satu mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Unit Korporat MPPP bersama wakil JKM, PUZ, Pejabat Daerah serta UNGGAS, masalah utama yang dihadapi oleh pihak-pihak berkenaan adalah kekurangan data yang lengkap untuk mengkelaskan setiap gelandangan terbabit. Melalui pengkelasan individu gelandangan ini, mudahlah pihak-pihak berwajib mengambil tindakan penguatkuasaan (jika didapati ada kesalahan) dan juga kebajikan kepada mereka yang benar-benar layak. Kami juga ada mencadangkan agar diwujudkan sebuah rumah perlindungan harian yang boleh menjadi ‘one stop center’ bagi tujuan pengdokumentasian, penguatkuasaan dan kebajikan ini. 
Dalam program kali ini, hanya 103 orang sahaja yang dapat didokumentasikan kerana jumlah sumbangan yang terhad.
UNGGAS dengan kerjasama pihak-pihak tersebut mengadakan program khas ini bertujuan untuk meraikan kelompok gelandangan, dalam masa yang sama cuba berusaha mewujudkan pusat perlindungan (shelter).
Antara tujuan lain selain mengumpul maklumat gelandangan yang ada di Pulau Pinang, kami mendekati golongan ini bagi tujuan dakwah dan pendidikan, perkara ini penting kerana apa yang mereka lebih perlukan adalah perubahan sikap di samping bantuan untuk meneruskan kehidupan. Kami juga tidak mahu, kejadian rakan NGO kami dari API yang bertembung dengan mubaligh Kristian ketika mereka sedang berdakyah kepada golongan gelandangan muslim seperti mana yang disiarkan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian  berulang lagi.
Sekian, Terima Kasih.

NurFitri Amir Muhammad                                                                             3 Ogos 2012
YDP UNGGAS Malaysia