Breakaway-Bebas dari Rokok merupakan sebuah projek usahaman dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Projek bermula secara rasmi pada awal September dan dijangka tamat pada awal disember 2012. Objektif am projek ini adalah untuk memulihkan ketagihan peserta terhadap rokok serta mencegah komuniti setempat daripada pengaruh negatif rokok.
Projek dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa kempen kesedaran dan pemilihan 60 peserta untuk menjalani fasa kedua melalui kaedah ceramah, edaran kaji selidik tahap kebergantungan nikotin, pameran, persembahan video, dan ujian saringan kandungan asap dalam badan. Manakala fasa kedua fokus kepada pemulihan daripada ketagih rokok. Kaedah yang digunapakai dalam fasa kedua adalah Kaunseling individu dan kelompok, Mentor-Menti, Terapi Spiritual dan Kem 3 Hari 2 Malam.
Gambar sekitar Program fasa pertama atau juga dikenali sebagai School Attack
UNGGAS sudah masuk di lebih daripada 3 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah melalui aktiviti 'School Attack' sepanjang bulan September dan November sebelum cuti sekolah bermula. Melalui aktiviti 'School Attack', UNGGAS telah menerima respon yang baik daripada pihak sekolah. Antarnya adalah berkenaaan ceramah kesedaran dan pameran yang disediakan oleh UNGGAS. Semua ini kerana, pelajar sekolah jarang terdedah mengenai isu-isu semasa berkaitan isu sosial.
Gambar sekitar Program Breakaway fasa kedua yakni fasa pemulihan
Fasa pemulihan bermula pada awal Oktober dan tamat pada awal November yang lepas. Sepanjang sebulan UNGGAS mengendalikan pemulihan ketagih rokok dengan 30 remaja lelaki yang terpilih berusia diantara 13 hingga 14 tahun, pelbagai dapatan yang UNGGAS peroleh. Antara dapatan yang kami boleh kongsikan disini adalah;
- Melalui borang kaji selidik FTND. lebih dari 25% remaja ini mula berokok seawal 10 tahun. Sebagai contoh sebuah sekolah yang mengedarkan 281 borang kaji selidik FTND (Tahap kebergantungan Nikotin) 77 daripada jumlah tersebut mengaku merokok.
- Sekolah merupakan salah satu pusat kepada berlakunya 'sub-culture exchange'. Sebagai contoh remaja hari ini mempunyai latar belakang masalah yang berbeza. Ada remaja yang terlibat dengan hidu gam, ada remaja yang terlibat dengan rempit, adan remaja yang gian dengan permainan video games, ada remaja yang merokok. setiap remaja ini akan berkongsi rutin mereka bersama dengan rakan masing-masing dan daripada perkongsian itu tadi, maka remaja yang tidak tahu mengenai cara dan tempat menghisap rokok menjadi tahu dan tertarik untuk melakukannya. Trend ini kebanyakannya berlaku di kawasan Sub-Urban (Pinggir bandar)
- Peranan NGO masyarakat perlu dibesarkan skopnya lagi yang mana, NGO perlu meringankan tulang untuk membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti membendung masalah sosial di sekolah. Hal ini kerana, jika kita menghimpunkan remaja yang terlibat dengan delinkuen daripada seluruh sekolah yang ada disetiap negeri, kita akan sedar betapa kumpulan ini bakal mengancam masa depan negara sekiranya tidak dirawat awal. Mungkin pada peringkat sekolah mereka hanya berani mencuri basikal, mencuri cat di mini market, menonton video lucah dan sebagainya. Namun karakter ini akan berubah menjadi lebih bahaya apabila usia mereka meningkat dewasa. Mungkin yang mencuri boleh berganti menjadi perompak, yang menonton video lucah berganti menjadi perogol dan lain-lain.
- Kelompok awal remaja masih mudah untuk didekati dan mudah diajak untuk berbincang dan mereka ini agak terbuka untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi. Daripada Projek ini, pada curi sekolah ini, beberapa orang peserta Breakaway sering berkunjung ke pejabat UNGGAS tidur dan melakukan pelbagai aktiviti disini. Semua ini atas keprihatinan para fasilitator dan pihak-pihak yang mengambil berat akan perkembangan golongan ini.
Ujian saringan Tahap asap dalam badan
ujian ini bertujuan untuk melihat 'trend' waktu kebiasaan
remaja menghisap rokok
Aktivis UNGGAS memberikan kaunseling kepada remaja
untuk menerangkan keperluan mereka untuk ikut serta dalam
proses pemulihan ketagihan rokok
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang sebulan bersama
30 orang remaja lelaki SMK Kepala Batas
Latihan Dalam Kumpulan
Ceramah daripada Unit Pendidikan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Terapi Spiritual
Bersama Penceramah Jemputan daripada
Universiti Sains Malaysia
Antara hasil lukisan peserta pemulihan Breakaway
gambar kenangan bersama peserta dan Fasilitator
di Bilik Harapan
Bergambar dihadapan sekolah sebelum bertolak ke Kem Breakaway
Teluk Duyung, Taman Negara Pulau Pinang
Senaman Pagi ditepi pantai bagi meyihatkan badan
Sesi menyiapkan bendera kumpulan
Tayangan video mengenai kesan buruk rokok
Suasan pagi di Teluk Duyung, tergambar kegembiraan
kumpulan remaja Breakaway yang sememangnya
pertama kali dibawa mengikuti kem di luar sekolah.
mendengar taklimat daripada fasilitator sebelum bertolak masuk
ke Teluk Duyung.
Berikut antara diari Fasi sepanjang 2 bulan melaksanakan Projek Breakaway-Bebas dari Rokok
kesemua tulisan perkongsian di bawah adalah diambil daripada setiap fasilitator yang terlibat dalam 8 sesi pemulihan bersama 30 remaja lelaki dari SMK Kepala Batas. Perkongsian di bawah kebanyakannya telah di upload didalam status facebook sebagai bacaan umum untuk tujuan mengingatkan remaja mengenai pelbagai masalah sosial.
"Pernahkah anda terfikir sejenak bagaimana 'cinta' itu dijadikan sebagai perniagaan yg sangat menguntungkan oleh kaum pemodal? Bermula dengan pemodal melabur melalui iklan,.drama, filem, mitos. Masih ingat bagaimana filem titanic mengaut keuntungan bermula dgn filem, produk2 simbol cinta semuanya menjadi kegilaan. Dari situ, maka terhasillah imej2 cara couple@loving couple harus berlaku. Dicirika
n pasangan yg diiktiraf sedang bercouple perlu keluar bersama, makan bersama paling koman pun seminggu sekali, berani sikit tangan pasangan perlu erat dlm genggaman, perlu berhias, perlu membeli wangian yang pasangan suka hidu. Kalau ciri2 ini tiada, maka mereka belum dikira serius, atau dikatalah bahawa sidia hanya mempermainkan perasaanmu...
Adapula beza cara si miskin dan sikaya mengekpresikan cintanya pada pasangannya.. Namun intinya, semuanya perlu mengeluarkan wang."
&
Berhenti menjadi mangsa eksploitasi dan bahan komoditi
"Xpe nak couple zaman sekolah, ada ja yang akhirnya kawen" Dari zaman remaja hingga kini, ayat penggalak kepada budaya 'couple' di atas masih laku digunapakai untuk menghalalkan budaya couple. Cuma persoalan yang boleh diajukan kpd golongan yg suka mencipta citra utopia mengenai 'cinta'. Dalam 10 kes couple kalangan remaja ini, agak2 berapa yg pengakhirannya nikah? Baki yang tidak menikah tu, Berhenti menjadi mangsa eksploitasi dan bahan komoditi
rasanya sepanjang mereka memadu kasih, apa yg sudah dikorbankan? Apa yang sudah dibazirkan? Dan apa yang telah tergadai?
&
Wahai adik2ku, teman2ku yang dikasihi gunakan akal untuk berfikir. Jangan terlalu mudah menggunakan perumpamaan yg hanya mewakili sebilangan kecil dan menutup realiti sebenar... buang sikap suka mencari alasan bagi menghalalkan apa saja yang kita kehendaki.
"Remaja sering dikelirukan dengan mitos yang akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam khayalanan berpanjangan...dan akhirnya menyumbang kepada keruntuhan sosial.
Contoh kes : kononnya cinta dari zaman sekolah itu tiada masalah kerana ada je yang berakhir ke jinjang pelamin. Maka berbekalkan ayat jampi tersebut, ramailah berangan membina mahligai dengan mencari pasangan kononnya nak kawen.... namun mereka lupa bertanya daripada 10kes pelajar bercinta di zaman sekolah, berakhir dijinjang pelamin? Sepanjang percintaan xmenjadi itu, apa saja yang sudah dikorbankan dan apa saja yang sudah tergadai?
Maka perlunya usaha yang memperbetulkan persepsi sonsang golongan ini. Bukan membuaikan mereka dengan istilah lain namun maksud yang sama." (luahan ini ditulis ketika mendengar perkongsian remaja mengenai isu cinta kalangan remaja)
"Gelisah melihat jumlah remaja yang terlibat pelbagai masalah sosial. Bermula dengan masalah kehilangan adab hingga masalah penyalahgunaan dadah seawal usia 13 tahun.
Ketika mengadakan sesi pemulihan bersama 30 orang pelajar yang terlibat dgn pelbagai pelanggaran disiplin, dua orang daripada kelompok ini bergaduh hingga salah sorang melepaskan penumbuk tepat ke mata kawannya....."(Diari ini ditulis pada sesi kedua apabila dua orang peserta bergaduh semasa sesi latihan dalam kumpulan)
"Antara karya kumpulan remaja breakaway bebas dari rokok..mereka ada bakat terpendam... walau cabarannya cukup tinggi bersama kumpulan ini, namun nikmatnya Allahuakbar.." (Perkongsian ini tercetus apabila para fasi memberikan tugasan supaya peserta melukis satu logo. daripada logo yang dilukis, salah satunya akan dipilih untuk dijadikan sebagai logo dalam t-shirt Breakaway yang disediakan untuk mereka)
"Kepada adik2 remaja yang dikasihi, baik hati dan tidak sombong... akak nak pesan. Berhati2 dalam membuat keputusan. Akak yakin masih ramai yang tau bahawa merokok, couple dll itu salah. Kalau tak masakan adik2 sanggup sembunyikan hal tersebut dari pengetahuan ibu bapa. Ingat wahai adikku sayang, satu salahlaku adik lakukan pasti kesalahan berantai akan adik lakukan. Contohnya adik mula dengan be
rmain games di cc, adik berpotensi akan merokok, kemudian mencuri sbb adik xbekerja nak main games n merokok perlu duit sedangkan adik xbekerja, dari cc juga adik akan terdedah dgn sebaran video lucah, akhirnya perasaan mencuba spt apa yg adik tonton akan muncul dan selanjutnya macam2 kesalahan lain yang adik2 akan terlibat.
Berhati2 dengan setiap keputusan yang adik buat. Jangan ingat buat sekali tiada kali kedua..... kalian masa depan negara." (Perkongsian ini ditulis oleh fasi apabila selesai sesi ke 5 apabila kaji selidik dan kaunseling beberapa kali dengan kesemua peserta dan mendapati penglibatan mereka dalam masalah sosial memeranjatkan para fasi.)
"Hiba hati bila teringat kisah salah seorang remaja yang mengikuti program breakaway bebas dari rokok kami.... dalam usia 13 tahun, dia sudah biasa bekerja sebagai penyapu sampah di tapak2 ekspo. Dia sanggup lakukan begitu sebab mak ayah dia tak mampu nak berikan wang saku yang secukupnya untuk dia. Dari wang itulah dia guna untuk membeli rokok dan wang itu jugalah dia gunakan untuk ke cc bermain
games...
Ibu remaja tersebut juga maklum akan kerja sambilan anaknya itu.. sebab si anak turut memberikan separuh daripada pendapatannya.. mungkin ibu kepada remaja ini tidak faham bahawa, menggalakkan anaknya utk bekerja dan membelanjakan wang tersebut untuk keseronokan, bakal mengundang padah...
Orang susah lebih memikirkan untuk kelansungan hidup. Mereka kurang memahami akibat dan mudarat apabila bertembung dengan soal wang..... ini baru satu kisah belum kisah 29 remaja dalam program yang sama, belum lagi melibatkan remaja bermasalah dari sekolah yang lain....jika dihimpunkan mereka ini, pasti kita akan sedar bahawa kita sedang membiarkan masa depan negara diambang kemudaratan....." (Perkongsian ini ditulis usai sesi ke-5 fasi bersama peserta. salah seorang fasi UNGGAS telah bertanya dengan dua orang peserta daripada mana sumber wang mereka dapat untuk bermain game dan membeli rokok setiap hari)
Video Kempen Anti Rokok oleh UNGGAS Malaysia
Sedih Irshad Bca :(
ReplyDelete