Thursday, November 29, 2012

Kempen Jom Sihat

UNGGAS Malaysia dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sekali lagi berkolaborasi mengadakan kempen jom sihat bertempat di Kolej Komuniti Kepala Batas pada 22 November, Komuniti Bagan Dalam pada 24 November dan Komuniti Bagan Lalang pada 25 November yang lepas.

Melalui penganjuran kempen Jom Sihat, beberapa manfaat utama dapat dirasai dengan jelas. Contohnya penganjuran kempen di Komuniti Bagan Lalang. Komuniti ini sudah lebih 7 tahun tidak pernah mengadakan sebarang program kemasyarakatan. Dan kebetulan pejabat gerakan UNGGAS berada dikawasan kejiranan Bagan Lalang. UNGGAS mengambil peluang ini sebagai rangka merapatkan hubungan antara NGO dengan penduduk setempat. Hal ini bakal memudahkan UNGGAS pada masa hadapan untuk mendekati seterusnya melaksanakan beberapa aktiviti dengan golongan kanak-kanak, remaja dan wanita dikawasan Bagan Lalang. Perkara ini amat perlu memandangkan komuniti Bagan Lalang khususnya komuniti Melayu dikawasan ini berada dalam keadaan terpinggir dan tanah yang mereka duduk sekarang bukanlah hak milik mereka. Tanah tersebut berada di bawah rizab sungai. Selain itu, kanak-kanak dan remaja Melayu sekitar Bagan Lalang tidak memiliki tempat untuk mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti. Melalui program awal yang UNGGAS laksanakan baru-baru ini, berlaku peningkatan kunjungan kanak-kanak dan remaja Melayu khususnya ke pejabat gerakan UNGGAS. Dengan kemudahan sederhana seperti perpustakaan mini, kawasan lapang untuk bermain bola, dan kemudahan sebiji komputer berserta wifi.

 Ibu Pejabat UNGGAS Malaysia


 25 November 2012 Acara Kempen Jom Sihat
 Antara kanak-kanak yang menjadi pengunjung setia Serambi Dakwah

 Futsal 5 Sebelah menarik seramai 35 orang remaja lelaki Bagan Lalang

 3 kanak-kanak berbangsa India yang turut menceriakan Sukaneka 

 Gotong royong memasak makan tengahari



No comments:

Post a Comment