Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

Skuad GEMAR Malaysia jalankan Bengkel Aurat

Alhamdulillah, selesai memberi perkongsian kepada Pelajar Perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kailan (dahulu dikenali sebagai SMK Paya Keladi), Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi tadi (7.30 pagi - 9.00 pagi)

Masa yang singkat tidak menjadi penghalang kepada Skuad GEMAR Malaysia untuk memberi ilmu dan peringatan kepada kira-kira 300 adik-adik perempuan (Tingkatan 1 - Tingkatan 5)

Antara perkongsian yang ditekankan adalah:-
1) Cara menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat ALLAH berserta dalil AL-QURAN
2) Memberi penekanan kepada kesan tidak menutup aurat dengan sempurna yakni gejala sosial berleluasa (zina, pergaulan bebas, dan lain-lain)
3) Formula menjadi Mukmin berjaya
* Lelaki ---> Tundukkan pandangan (An-Nur: 30)
*Labuhkan tudung hingga bawah dada (Al-Ahzab: 59)
*** Jika kita tunaikan HAK ALLAH, ALLAH akan tunaikan HAK kita


GEMAR Malaysia sangat mengalu-alukan anda semua untuk turut sama membantu jalankan kempen Menutup Aurat.

Jika anda berminat untuk adakan Bengkel Aurat atau Roadshow GEMAR di kawasan anda, boleh hubungi terus ke talian Hotline UNGGAS: 0174133858



















*** Sukarelawan juga diperlukan. PM Inbox Page GEMAR Malaysia (Like) untuk makluman lanjut

Friday, February 14, 2014

Gerakan Menutup Aurat 2014

Bingkisan GEMAR 2014 akan dipost dalam mas terdekat. Untuk perkembangan terkini kempen GEMAR, layari facebook GEMAR Malaysia.

Thursday, February 14, 2013

Ada Apa Pada Hijab? - Kenyataan media untuk Projek GEMAR



Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia ingin menarik perhatian umum berkenaan pelancaran kempen Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) yang kini telah masuk tahun kedua. GEMAR merupakan satu usaha kreatif untuk memberi pendedahan dan kefahaman masyarakat berkenaan isu-isu eksploitasi wanita dan lelaki melalui kempen penutupan aurat yang sempurna. Eksploitasi tubuh sebagai sebuah komoditi komersial jarang disedari oleh masyarakat. Ini kerana eksploitasi ini dijelmakan dalam bentuk fesyen atau ‘trend’ tanpa masyarakat sedar tubuh mereka sebenarnya telah dieksploitasi demi keperluan meterialistik. Terdapat juga tanggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Tidak kurang juga yang mengatakan penetapan menutup aurat keatas wanita Muslim adalah bentuk penindasan kaum lelaki ke atas wanita. Sebagai contoh isu yang pernah ditimbulkan oleh salah satu pertubuhan wanita di Malaysia yang mengatakan bahawa wanita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan cara mereka berpakaian.

Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak individu. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Komuniti yang berpakaian sopan adalah hak yang perlu dinikmati masyarakat. Persoalan-persoalan lain berkenaan aurat telah juga kami sediakan jawapannya di laman ‘facebook’ GEMAR Malaysia’. Diharapkan ia dapat menjadi rujukan umum bagi mereka yang memerlukannya. Tarikh 14 februari pula dipilih sempena sambutan hari kekasih dan ia diharapkan dapat menjadi satu sambutan alternatif kepada keghairahan sambutan tersebut. GEMAR Malaysia turut menegaskan, sambutan Hari Kekasih oleh warga muslim pada hari ini, tidak lebih dari sekadar eksploitasi komersial dan pemikiran untuk melariskan produk-produk cinta, menyebar fahaman liberal post modernis dan mengambil kesempatan diatas kejalihan dan pendek akal masyarakat.

Kempen GEMAR telah dimulakan di peringkat nasional dan antarabangsa sejak pertengahan januari. Di peringkat nasional dan Pulau Pinang khususnya, satu garis panduan mudah telah di promosiakan di laman ‘facebook’ GEMAR Malaysia. Melalui garis panduan ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran tentang kempen aurat ini boleh memulakan usaha dakwah mereka di komuniti masing-masing dengan mudah dan secara rasmi, mereka adalah sebahagian daripada 1500 penyokong GEMAR (setakat ini). Dalam masa yang sama, hal ini menyatakan bahawa anda tidak berseorangan dalam memperjuangkan isu kewajipan menutup aurat. Kempen GEMAR Malaysia telah disambut oleh komuniti-komuniti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Maklumat mengenai mereka boleh dirujuk di laman 'facebook' GEMAR. Di peringkat antarabangsa, kempen ini dijalankan secara aktif oleh rakan NGO-NGO Indonesia disamping sokongan oleh komuniti muslim nusantara di Mesir, Perancis dan Hong Kong.

Acara kemuncak kempen ini akan diadakan di Pulau Pinang pada 14 februari iaitu aktiviti turun lapangan untuk temu seru komuniti di sekitar Bayan Baru dan Kepala Batas dan Karnival GEMAR di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah pada 17 Feb yang akan menampilkan selebriti bertudung Diana Amir sebagai tetamu. Selain itu, penyokong-penyokong GEMAR Malaysia di komuniti yang lain juga, merancang aktiviti mereka tersendiri.

NGO Terlibat / Menyokong:
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)
Qaryah Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah
Aktivis Pengupayaan Insan (API)
NISA’ Pulau Pinang
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  
Pertubuhan IKRAM Pulau Pinang
TERAS Pengupayaan Melayu
MAPIM
GABUNGAN Pulau Pinang
Persatuan Ulama Malaysia Caw Pulau Pinang

Sunday, January 13, 2013

Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa Jilid II


Ditengah-tengah keriuhan segelintir media dan pihak-pihak tertentu mempromosi budaya sambutan hari kekasih pada 14 Februari, beberapa pertubuhan Muslim telah tampil dengan sebuah gerakan yang mempromosi menutup aurat sebagai satu budaya. 14 Februari : Gerakan Hari Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) adalah nama kempen yang telah disepakati untuk sama-sama diluncurkan di tengah-tengah masyarakat.


Kempen GEMAR 2012 telah berjaya melibatkan beberapa buah negara antaranya Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, dan United Kongdom. Penyertaan terbesar adalah daripada Indonesia. Hampir semua kepulauan di Indonesia berjaya meluncurkan kempen ini.