Wednesday, May 20, 2015

Jejak Musafir Malam


Alhamdulillah, bersempena Isra' Mikraj, UNGGAS Kuala Lumpur bersama Masjid Jamek Kuala Lumpur menganjurkan Program Jejak Musafir Malam.



Saturday, May 9, 2015

STB Kini: "Negatif! Pergi jauh. Positif! Tolong dekat"

Alhamdulillah. Berakhir sesi 3SM untuk 9 Mei 2015 (Sabtu).
Semoga slot "Negatif! Pergi jauh. Positif! Tolong dekat" hari ini dapat memberi kesan kepada mereka.

Senarai kata-kata negatif yang dibuang ke dalam tong sampah diharap tidak kembali keluar daripada mulut mereka selepas ini.
@#$$$##$$#$@: "Fasi tak dapat teruskan membaca kesemuanya. Jadi, senarai itu menjadi rahsia mereka sahaja"

Jumpa lagi dua minggu akan datang ya!
Kepada sesiapa yang berminat untuk terlibat sekali, boleh sms/hubungi/whatsapp: 0194223850










STB Kini: Kelas Tuisyen diteruskan!

Masih ingatkan tahun lepas kita pernah mengajar kelas tuisyen untuk penghuni yang menduduki SPM?
Alhamdulillah, usaha itu diteruskan pada tahun ini. Malah, bertambah dengan penghuni yang bakal menduduki PT3.
Ada penghuni yang sanggup tidak mahu keluar walaupun telah dibebaskan kerana ingin belajar untuk SPM nanti!
Alhamdulillah, kepentingan ilmu dirasai adik-adik STB.
Nantikan perkongsian dari UNGGAS Malaysia dari semasa ke semasa.
* SPM - 20 orang
* PT3 - 19 orang


Makluman:
****** Kelas Bahasa Inggeris untuk SPM masih perlukan guru sukarelawan, sesiapa yang berminat boleh terus SMS/Hubungi/Whatsapp: 0194223850.

Program Teori dan Praktikal Turun Lapangan!




"Sukarelawan Menurut Perspektif Islam & Kepentingan Sukarelawan" oleh Ketua Jurulatih UNGGAS Malaysia, Ustaz Kamaruddin Kassim.

Melaksanakan Pemataan Komuniti dan Merancang Plan Tindakanan.

"Falsafah, Prinsip & Etika Kesukarelawanan" oleh Ust Hilmi B. Mohd Noor


Meniti Ranjau Malam sekitar Georgetown.






Adik-adik STB bersama PPMUSM

19 April 2015 (Ahad).



Feeding homeless @ Masjid Jamek KL: Setiap Ahad




Tuesday, April 14, 2015

Ragam adik-adik STB!

Alhamdulillah, 11 April yang lalu, sukarelawan dari USM Kejuteraan turun padang untuk menceriakan adik-adik STB, dari jam 10pg hingga 5petang.

Sesi Super Heroes idaman! Sangat luar biasa hasil seni adik-adik!


Barisan fasilitator yang berusaha menceriakan adik-adik STB



Sesi luahan perasaan...

Meniti Ranjau Malam....

* 80 pelajar UNISZA, Terengganu







Tuesday, April 7, 2015

PMIUSM @ Meniti Ranjau Malam


Alhamdulillah, selesai membawa 60 pelajar PMIUSM meniti ranjau malam, 19 Mac yang lalu.


Suasananya masih sama.... Sampai bila?








3SM@STB: Mereka Suka, Kami pun Suka!


"Datang la lagi, kami seronok"
"Bila nak datang lagi?"

*** Semasa fasilitator mengumumkan program bermula jam 10pg dan berakhir 4.00ptg, sorakan serentak, "Yeayyyyyyy" kedengaran ***

Ini antara persoalan yang diterima sebaik sahaja mengumumkan program sudah tamat.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, tanpa tipu, senyuman biarpun bersahaja nampak ikhlas!

Alhamdulillah. Mengenali mereka memberi 1001 pengajaran dalam diri fasilitator.
Akan datang bersama fasilitator dari USM Kampus Kejuteraan, 11 April 2015 (Sabtu)



Beraktiviti bersama adik-adik STB sebenarnya fasilitator juga mendapat pengajaran bermakna..

"What you give, you get back"

**** Putus asa hanya pemutus usaha. Sebaliknya, terus berusaha adalah penyambung kepada kemenangan ****

Slot Uji Keseimbangan
- Sebenarnya nak uji semangat kerjasama.
- Ada kumpulan dah terjatuh bola pimpong 2,3 kali tapi masih minta fasilitator bagi peluang.


"Slot Garis Kehidupan"
Fasilitator: "Kenapa 2010, sedih sangat??"
Peserta: "Saya kena pukul dengan ayah sebab kena buang sekolah. Lepastu, ayah tak nak ambil tahu dah pasal saya"
Ini kisah dia...

Program untuk APRIL!!


1) 2/4 (Khamis), Pengisian berkaitan sukarelawan @ SK4 USM, jam 5pm - 7pm

2) 10/4 (Jumaat), Meniti Ranjau Malam bersama Pelajar UNISZA @ Sekitar Georgetown, jam 10pm - 1am

3) 11/4 (Sabtu), Beraktiviti bersama Penghuni STB TAT, dikelola oleh Pelajar USM, Kampus Kejuteraan, jam 9am - 4pm

4) 24/4 & 25/4, Bengkel Sukarelawan Sosial Islam Negeri Pulau Pinang anjuran Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM @ USM.


 

Sunday, March 1, 2015

Sesi pertama 3SM di STB: Motivasi

Alhamdulillah, 28 Februari yang lalu, 16 orang dari skuad BuFFER yang terdiri daripada pelajar USM Kejuteraan dan Induk bekerjasama menjayakan program Satu Sentuhan Seribu Makna di Sekolah Tunas Bakri (STB), Teluk Air Tawar.

Ketua Modul Motivasi, Cik Solehah Abd Halim dari Kampus USM Induk mengetuai program hari tersebut.

Sesi taklimat modul sebelum program bermula
Sesi perkenalan bersama barisan fasilitator
 Modul yang digunakan lebih kepada aktiviti dalam kumpulan, bukannya ceramah. Setiap aktiviti sarat dengan mesej yang berguna kepada adik-adik STB. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, "Harga diriku", "Roket Impian" dan "Ummi Kata".

Roket Impian!
"Aku nak balik!"
"Aku nak jadi anak soleh"
"Aku nak jadi pengusaha padi berjaya!"
"Aku nak kahwin"
"Aku nak jadi angkasawan"
"Aku nak jaga mak ayah"






Alhamdulillah, program tamat pada jam 12.30 tengah hari.Pengalaman bersama mereka amatlah bermakna. Tada langsung kepayahan yang dirasa. Mudah mendengar kata. Itu antara maklum balas dari barisan fasilitator yang beraktiviti bersama mereka selama dua jam setengah.

Adik-adik STB juga sangat memberikan kerjasama penuh. Ada yang bertanya, "Bila lagi nak datang?", "Nanti aktiviti apa pulak?"

Insha ALLAH, sesi kedua dijadualkan pada 14 Mac 2015. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.