Remaja merupakan aset penting sesebuah negara. Hal ini kerana, remaja adalah golongan yang bakal mewarisi negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Kata – kata yang selalu kita dengar ialah ‘jika kita ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah remaja negara tersebut pada masa kini’.
Kes pembuangan bayi, ragut, pecah rumah, bunuh, rogol adalah sisi negatif yang semakin menghantui negara kita Malaysia. Kes – kes jenayah yang tidak bermoral ini merupakan titik tolak daripada pelbagai unsur negatif yang semakin menular ke negara kita. Selain itu, hal ini juga berpunca daripada pendidikan nilai – nilai murni yang tidak diterapkan secara mapan dalam diri setiap murid di sekolah.
Justeru, bagi merealisasikan impian melahirkan generasi pewaris minda kelas pertama, Sekolah Rendah Al- Itqan dengan kerjasama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)dan Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan Malaysia (API) telah menganjurkan ‘’Program Meniti Usia Remaja , Cabaran dalam Dunia Tanpa Sempadan”. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid – murid tahun enam (remaja) yang bakal mengharungi alam remaja dan cabaran – cabaran yang akan dilalui oleh mereka. Di samping itu, mereka di beri kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara. Program ini telah diadakan pada 15 Oktober 2012 yang lalu dan dihadiri oleh seramai 47 orang peserta. Berikut adalah gambar sekitar program.
|
Peserta Disoal Tentang Keterlibatan Dengan Gejala Sosial |
|
|
|
Sesi Perkongsian |
|
Sedang khusyuk melukis dalam sesi latihan dalam kumpulan |
|
wajah-wajah ceria peserta menunjukkan hasil kerja masing-masing |
|
Muiz, pelajar istimewa yang tetap ingin memberikan pandangan dan buah fikirnya dalam slot rumusan |
No comments:
Post a Comment