Monday, September 24, 2012

KENYATAAN MEDIA: BIKINI FASHION SHOW 2012


KENYATAAN MEDIA :
ISU ‘BIKINI FASHION SHOW 2012’ DI BUKIT BINTANG

Rakyat Malaysia sekali lagi cuba disogokkan pula dengan aktiviti yang boleh menambah punca ke arah gejala sosial dan merendahkan wanita sebagai bahan dagangan. Kami membantah sebuah pertunjukkan Pakaian Bikini atau Bikini Fashion Show yang akan diadakan pada 6 Oktober 2012 bertempat di Hotel Grand Millenium Bukit Bintang Kuala Lumpur. Penganjur kepada acara ini adalah Syarikat Bello Models Management sebuah syarikat yang beribu pejabat di New York (sebuah syarikat yang mengendalikan model dan pakaian bikini ).  
Lantaran, saya mewakili NGO Utara khususnya NGO wanita ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya ke atas pertunjukan ini. Bantahan kami berdiri di atas beberapa sebab iaitu :
1.       Pertunjukkan pakaian bikini di khalayak ramai khususnya di Malaysia adalah sesuatu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran.
2.       Pertunjukan ini sangat tidak menghormati rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Memandangkan Islam adalah agama rasmi Negara ini, maka seharusnya pihak penganjur dan seluruh warga kerja program ini menghormati batas yang dianjurkan oleh Islam iaitu memperagakan pakaian menjolok mata seperti bikini di khalayak ramai adalah salah. Apatah lagi pihak penganjur membuka pertunjukan ini kepada sesiapa sahaja yang berminat melalui iklan yang disebarkan.
3.       Pertunjukan ini adalah satu lagi bukti akan gejala eksploitasi wanita sebagai simbol kepada dunia komersial dan budaya konsumerisme tanpa batas. Hal ini jelas akan mengakibatkan kaum waita mengalami masalah krisis identiti dan penghakisan jatidiri.
4.       Acara-acara seperti perlu disekat kerana akan mendedahkan bahaya pengeksploitasian berlebihan oleh pelbagai industri komersial terhadap kaum wanita.
5.       Pertunjukan ini dan apa sahaja yang seumpama dengannya mampu menyumbang kepada gejala maksiat yang kian membejat di Negara ini. Dalam iklan Bikini Fashion Show ini terdapat beberapa aktiviti sampingan lain antaranya :
a.       International music by : DJ Disk Jockey
b.       Bikini Fashion Show (25 international super top models)
c.       Swimming pool area party
d.       Canapes and Drinks
e.       Dance show
f.         Photo shooting
g.       Media and magazines Gathering

Berdasarkan lima sebab bantahan yang telah saya sebutkan sebentar tadi, maka kami menuntut;
1.       Pihak penganjur menghentikan pertunjukan ini daripada diteruskan memandangkan ia sangat keterlaluan dalam melampaui batas moral ketimuran masyarakat Malaysia.
2.       Kementerian Pelancongan perlu mengambil peranan sepatutnya. Hal ini disebabkan aktiviti ini melibatkan para pelancong luar Negara termasuklah pihak penganjur yang bukan dari Malaysia.
3.       Semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Kuala Lumpur khususnya dan seluruh Negara amnya, para NGO dan parti politik , badan dan institusi pengajian tinggi supaya bangkit untuk menyatakan bantahan terhadap penganjuran aktiviti ini dan seumpanya
Akhir sekali, saya mewakili barisan NGO Utara sekali lagi menyatakan bantahan terhadap penganjuran Bikini Fashion Show 6 Okotober 2012 di Bukit Bintang. Diharapkan supaya kenyataan kami ini mendapat sokongan daripada masyarakat Malaysia sebagai tanda rasa kebersamaan kita dalam menangani isu kebejatan sosial dan demi memartabatkan maruah negara ini.

Barisan Pertubuhan Bukan Kerajaan
  1. Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan Malaysia (API)
  2. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI)
  3. Nisa’ Pulau Pinang
  4. Pertubuhan Pergerakan Muslimah Kedah (SALIMAH KEDAH)
  5.  Pertubuhan Pergerakan Muslimah Pulau Pinang (SALIMAH Pulau Pinang)
  6. Teras Pengupayaan Melayu Malaysia (TERAS)
  7. Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)
  8. Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP)

No comments:

Post a Comment