" Sebaris Senyuman Tidak Bermakna Jika Kita Tidak Pernah Untuk Menyelami Kehidupan Dan Kesusahan Mereka Insan Bergelar Gelandangan"
Program ”Ramadhan Discovery: Siapa Mereka di Hati Kita” ini wujud hasil
daripada perbincangan yang serius pihak UNGGAS tentang kepentingan mengambil peduli tentang
nasib gelandangan dan cara mengatasi masalah gelandangan ini. Hal ini demikian
kerana pada pengamatan dan pemerhatian pihak UNGGAS sejak 2 tahun kebelakangan
ini orang tak berumah atau gelandangan ini makin memenuhi Pulau Pinang.
Fenomena ini makin menjadi-jadi apabila menjelang Ramadhan.Ada yang sanggup
datang dari negeri-negeri lain semata-mata untuk mendapatkan sumbangan orang
ramai.
Sebagai negeri yang menjadi tarikan kepada sektor pelancongan, kehadiran
gelandangan ini mungkin agak sedikit mencacatkan wajah ceria sekitar tapak
warisan dunia. Ia juga mungkin akan mengundang persepsi buruk pelancong kepada
negara. Oleh itu, UNGGAS berasa terpanggil untuk mengetahui masalah sebenar
yang membelenggu kehidupan golongan seperti ini dan kenapa memilih untuk berada
di kawasan tumpuan orang ramai. Program ini diadakan bukanlah hanya sekadar program
jangka pendek sahaja. UNGGAS sedang merancang untuk mengadakan susulan program
ini. Oleh itu, pada 26 Julai dan 30 Julai 2012 yang lalu, kami bersama beberapa
orang sukarelawan turun padang untuk mengutip data gelandangan yang ada sekitar
kawasan Masjid Kapitan dan Chulia Street.Sebanyak 103 borang telah berjaya diisi. Daripada maklumat yang diisi dalam
borang, ada diantara gelandangan ini telah hidup bergelandangan selama 25
tahun.
|
Sesi Pengumpulan Data Gelandangan |
Pada 3 Ogos 2012 ”Program Ramadhan Discovery: Siapa Mereka Di Hati Kita”
berlangsung. UNGGAS dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP),
Masjid Kapitan Keling, Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan Malaysia (API
Malaysia), Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas ( UTP) dan Komuniti Suara
Kehidupan (KOSUKE) telah mengadakan program ini dengan jayanya. Pada sebelah paginya
sukarelawan program telah menolong Uda Holding memasak bubur lambuk untuk
diagihkan kepada orang ramai. Selepas itu, program diteruskan dengan aktiviti
membungkus barang sumbangan yang disumbangkan oleh MPPP dan Patchee Bakery.
Patchee Bakery telah menyumbangkan sebanyak 300 unit roti untuk diberikan
kepada golongan gelandangan.
|
Sesi menyedia dan memasak bubur lambuk |
|
Sesi membungkus barang sumbangan |
|
Sumbangan daripada Patchee Bakery |
|
Sumbangan daripada MPPP |
Sebelum pemberian sumbangan berlangsung, sesi luahan rasa gelandangan
diadakan. Sukarelawan daripada UTP mengambil peluang ini untuk mengetahui kisah
hidup penerima sumbangan tersebut. Pada sebelah malam pula, peserta dibawa
turun sendiri ke lapangan sekitar masjid Kapitan keling untuk melihat sendiri
keadaan gelandangan. Melihat sendiri tempat tidur mereka yang serba daif.
|
Peserta Sumbangan dan orang ramai memenuhi perkarangan masjid Kapitan |
|
Sesi luahan rasa bersama gelandangan |
|
Sesi Pemberian Sumbangan |
|
Sesi ziarah gelandangan |
|
Antara sukarelawan Universiti Teknologi Petronas |
Diharapkan pada masa akan datang program ini akan dapat diteruskan. bukan untuk meraikan kewujudan gelandangan namun untuk memberi sedikit gambaran kehidupan seorang gelandangan dalam masa yang sama dapat merangka program-program susulan untuk mengupadaya para gelandangan.
No comments:
Post a Comment