Tuesday, March 20, 2012

BENGKEL PEMBANGUNAN MANUAL ISLAM DAN MAK NYAH

Pada 13-15 Febuari 2012 yang lalu, Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Pemantapan Manual Muslim Dan Mak Nyah. Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan satu manual khas berlandaskan Islam untuk menangani isu Mak Nyah. Bengkel ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada UNGGAS Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian AIDS/STI, Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Bekas Mak Nyah, Persatuan Ulamak Cawangan Wilayah Persekutuan, Majlis AIDS Negara dan beberapa organisasi lain.



Sepanjang tiga hari berada di sana, pelbagai input yang berharga telah diterima. Hari pertama kami berada di sana, kami didedahkan dengan pembentangan kertas kerja Oleh Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri yang bertajuk “ Mak Nyah dari perspektif Islam”. Dalam pembentangan ini, beliau mengupas tentang definisi mak nyah, hukum berkenaan mak nyah serta cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Pada slot yang seterusnya, kami dihidangkan pula dengan pengakuan dan pembongkaran tentang dunia mak nyah ini oleh bekas mak nyah iaitu En. Muhammad Hairiri. Dalam slot ini, beliau menceritakan serba sedikit latar belakang hidup beliau. Beliau juga berkongsi dengan peserta tentang dunia mak nyah dan apa yang perlu peserta tahu tentang mak nyah.

Pada hari berikutnya, para peserta telah disajikan dengan pembentangan tentang profail demografi dan isu-isu mak nyah. Pembentangan ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Teh Yik Koon, pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Banyak input-input berharga yang diperolehi daripada  pembentangan beliau.

Setelah selesai sesi pembentangan kertas kerja, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta diarahkan untuk mewujudkan dan memikirkan draf untuk manual Islam dan Mak Nyah ini. Peserta diletakkan dalam kumpulan mengikut kepakaran masing-masing.

Diharapkan manual ini dapat disiapkan. hasilnya dapat membantu aktivis dan sukarelawan untuk memahami siapa golongan mak nyah dan berazam untuk membantu memulihkan golongan ini.

Gambar-Gambar Sekitar Bengkel Pembangunan Manual Islam Dan Mak Nyah :











No comments:

Post a Comment