Tahun 2014 dijangkakan tahun yang akan memberi cabaran kepada anak muda yang rata2 baru memulakan kerjaya dan mula berumah tangga. Jangkaan peningkatan kos hidup dalam banyak aspek kehidupan seperti pengangkutan, perumahan, makanan dan pendidikan terutamanya dikawasan bandar bukan sahaja akan memberi kesan kepada sosio ekonomi keluarga tetapi juga sosio budaya masyarakat. Cabaran dari sudut ekonomi akan memaksa anak muda berkerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Persaingan yang lebih sengit di tempat kerja akan memungkinkan berlakunya salah guna kuasa, khianat atau rasuah ditempat kerja jika majikan tidak memainkan peranannya dengan berkesan. Cabaran dari sudut sosio budaya akan bermula apabila ibubapa keduanya terpaksa bekerja lebih dan kurang perhatian dapat diberikan kepada anak2. Tekanan ditempat kerja yang dibawa ke rumah boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Tekanan kos hidup juga boleh membawa kepada perlakuan jenayah. Pihak kerajaan dan majikan mesti mengambil tanggungjawab untuk menyeimbangkan kos hidup dengan pendapatan dalam hal kawalan harga dan peningkatan gaji untuk tahun 2014.
Pihak kerajaan, mesti 'walk the talk'. Dalam langkah penjimatan, sambutan-sambutan grand untuk apa jua perayaan pun tidak perlu. Cukup dengan perutusan khas di media atau jika perlu, acara ceramah umum tentang langkah-langkah kerajaan untuk menghadapi tahun baru 2014. Mulakan budaya menyambut sambutan pada pagi hari 1 Jan. Tunku Abdul Rahman pun sambut Merdeka waktu pagi, bukan 12 tgh malam. Bagi pihak swasta, pastikan sambutan tahun baru tidak membawa kesan-kesan negatif kepada norma-norma kehidupan harmoni masyarakat. Kerana hak individu/swasta tidak boleh melebihi hak masyarakat.
Nasihat kami, Fahami hak sebagai rakyat untuk menikmati kehidupan yang baik. Jangan takut untuk menyuarakan apa2 ketidakadilan yang berlaku sama ada diperingkat majikan atau pemerintah selagimana ia dijamin undang-undang. Namun dalam masa yang sama mesti realistik dan jangan malas dalam mempertingkat diri dengan ilmu dan kemahiran hidup terutama pengurusan kewangan, kemahiran2 tambahan dan keusahawanan. Disamping itu ilmu kerohanian, rumah tangga dan masyarakat untuk menjamin kita agar tidak melakukan perkara-perkara luar batas kononya atas nama cabaran hidup. Yang bernasib baik membantu yang kurang bernasib baik. Dan yang kurang bernasib baik jangan iri hati tetapi sebaliknya berusaha lebih keras.
No comments:
Post a Comment