Tuesday, February 14, 2012

Liputan Media terhadap Kempen Menutup Aurat Antarabangsa

NGO anjur gerakan tutup aurat
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar

2012/02/10

GEORGETOWN: Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan kariah masjid di Pulau Pinang akan menganjurkan Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) bagi menggalakkan umat Islam menutup aurat serta menangani gejala maksiat yang kerap berlaku pada Hari Valentine.

Antara NGO dan kariah masjid yang mengambil bahagian ialah Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia, IKRAM Pulau Pinang, NISA' Pulau Pinang, Kelab Remaja Lestari, Ikatan Persaudaraan Muslimah Pulau Pinang (SALIMAH), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Komuniti Suara Kehidupan dan Kariah Masjid At Taqwa Bertam.
Majlis pelancaran akan berlangsung di Masjid At Taqwa, Bertam dan akan dihadiri oleh barisan kepemimpinan NGO Islam yang bergerak aktif di sekitar wilayah utara tanah air.
Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia, Asti Toba, berkata GEMAR yang digerakkan pada 2009 bertujuan menyedarkan umat Islam mengenai keperluan menjaga aurat dan membantah sambutan Hari Valentine di kalangan golongan muda Islam.

Kira-kira 200 aktivis Islam akan turun ke Pantai Jerejak berdekatan Queensbay Mall, Bayan Baru dan Hentian Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, esok dan Ahad ini, manakala kemuncak acaranya adalah pada Selasa ini.

“Antara acara yang dilangsungkan oleh aktivis Islam akan mengedarkan tudung percuma kepada masyarakat Islam dan mengedarkan risalah supaya menutup aurat," katanya di sini, semalam.

Asti berkata, GEMAR adalah platform terbaik untuk ahli NGO, pelajar universiti dan segelintir individu Melayu-Islam di negara ini yang prihatin dengan masalah gejala maksiat yang kerap dikaitkan dengan Hari Valentine.
Katanya, golongan itu akan menggunakan peluang untuk mendekati umat Islam sambil menyampaikan mesej dakwah kepada pengunjung kedua-dua tempat tumpuan muda mudi itu.

“Tinjauan kami mendapati Pantai Jerejak dan Hentian Rehat Pantai Bersih sering menjadi tumpuan umat Islam terutama remaja untuk menghabiskan waktu, dan pemandangan lelaki dan perempuan berdua-duaan adalah biasa di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, BERNAMA melaporkan kerajaan PAS Kelantan bercadang menggantikan Hari Valentine kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.

“Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Hari Valentine kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun,” katanya selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini, semalam.

(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NGOanjurgerakantutupaurat/Article)




February 10, 2012 20:09 PM
NGO P. Pinang Anjur Hari Gerakan Menutup Aurat Menjelang Hari Kekasih
GEORGE TOWN, 10 Feb (Bernama) -- Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan menganjurkan hari Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) bagi mendidik umat Islam menutup aurat.

Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) Asti Toba berkata kempen itu membabitkan 10 NGO dan akan berlangsung dari Sabtu ini sehingga 14 Feb.

GEMAR yang diadakan sejak 2009 ini juga bertujuan mendidik umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Feb, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Asti berkata sepanjang tempoh kempen tersebut, anggota NGO terbabit akan mendekati umat Islam di kawasan sekitar Pantai Jerejak, Bayan Baru dan Hentian Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, bagi menyampaikan dakwah.

Katanya tinjauan mendapati dua kawasan terbabit sering menjadi tumpuan umat Islam terutama golongan muda yang bercinta memadu kasih dan melakukan maksiat.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengagihkan tudung secara percuma kepada masyarakat Islam.

-- BERNAMA



PENANG NGO TO ORGANISE "COVER AURAT" CAMPAIGN



GEORGE TOWN, Feb 10 (Bernama) -- A group of ten non-governmental
organisations in Penang, called "Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia"
(Malaysian Organisation to address social problems) or UNGGAS, is organising a
campaign to encourage Muslim women to cover their ''aurat" (parts of the body
which Islam rules as not fit for public viewing).

Its secretary, Asti Toba, said the campaign would be held from tomorrow
until Feb 14 to educate Muslims against celebrating Valentine''s Day.

During the campaign period, the NGO members will be at public places like
Pantai Jerejak, Bayan Baru and the Pantai Bersih Rest Area at Bagan Ajam,
Butterworth to encourage Muslims to cover their "aurat", he added.
He said they would also distribute free scarves to Muslim women.

-- BERNAMA

(http://my.news.yahoo.com/penang-ngo-organise-cover-aurat-campaign-135614516.html)

Unit Pantauan Media UNGGAS

No comments:

Post a Comment