Ruj. Kami : UNGGAS/GEMAR/01
Tarikh 8 Februari
2012
Ruj. Tuan :
Kepada,
Sesiapa
yang berkenaan
Tuan/Puan,
KEMPEN 14 FEBRUARI
: HARI MENUTUP AURAT ANTARABANGSA .
Dengan segala
hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Berhubung
dengan perkara di atas, Kempen Hari Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR)
merupakan kempen kesedaran tentang aurat yang dijalankan di seluruh dunia pada
setiap 14 Februari. Kempen ini
bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kewajipan menutup aurat.
3. Dengan ini, pihak kami ingin
menjemput orang ramai untuk bersama-sama dalam menjalankan kempen ini pada :
TARIKH
|
TEMPAT
|
MASA
|
11/02/2012
|
R&R Pantai Bersih,Butterworth.
|
8.00mlm
– 10mlm
|
12/02/2012
|
Pantai
Jerjak Queensbay,Penang
|
5.00ptg
– 8mlm
|
14/02/2012
|
Pelancaran
& Forum Gerakan Menutup Aurat Sedunia
|
9.00mlm-11.00mlm
|
4. Berikut adalah senarai NGO yang terlibat di dalam kempen ini:
·
UNGGAS (Pertubuhan Menangani Masalah
Sosial Malaysia)
·
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
·
Persatuan Persaudaraan Muslimah
(SALIMAH)
·
ISMA Pulau Pinang
·
NISA’ Pulau Pinang
·
Kelab Remaja Lestari
·
Komuniti Suara Kehidupan
·
Aktivis Pengupayaan Insan (API)
·
Qaryah Masjid At-Taqwa Bertam
Kerjasama daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,Wassalam.
Yang menjalankan Tugas,
Koordinator Operasi Sayangi remaja
Asti Toba (Setiausaha Agung Pertubuhan Menangani Gejalan
Sosial Malaysia)
Assalammualaikum, saya nak tanya berkenaan dengan kempen ini. Di mana saya boleh dapatkan maklumat-maklumat lain ya tentang kempen menutup aurat ni? saya perlukam maklumat-maklumat penting secepat mungkin. Saya ingin meng-interview untuk dapatkan maklumat berkenaan kerja final saya di Uitm Shah Alam. Kalau boleh, tolong bagi nama company atau badan yang menguruskan (bagi email serta alamat)...terima kasih...
ReplyDelete