Thursday, May 22, 2014

Skuad GEMAR bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang

Selesai berkongsi ilmu bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas pada 21 Mei 2014

Jika sebelum ini skuad Gerakan Menutup Aurat (GEMAR Malaysia) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kailan memfokuskan kepada pendidikan mengenai aurat.Penerangan yang ringkas, sesuai dengan peringkat umur mereka.

Namun, berlainan dengan kaedah yang diaplikasi kepada golongan yang lebih dewasa, lingkungan umur 18 Tahun hingga 22 Tahun. Skopnya lebih luas, penerangan mengenai kesan-kesan tidak menutup aurat kepada individu lebih mendalam.

Kepada lelaki, fokus kepada tanggungjawab sebagai abang, suami dan ayah. (Surah Al-Ahzab: 59). Intipati Surah An-Nur: 30 juga dihuraikan dengan memberi contoh isu-isu semasa (zina, pergaulan bebas dan lain-lain) adalah kesan jika tidak mengikut pesanan ALLAH dalam ayat ini.

Kepada perempuan, surah An-Nur: 31 diperjelaskan panjang lebar dengan memberi contoh fesyen-fesyen terkini yang kelihatan seperti menutup aurat, namun hakikatnya tidak. Moga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada mereka. 





Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur: 30)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur: 31) 

No comments:

Post a Comment