Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa
dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak individu. Sebagai hamba
Allah, kita perlu memahami hidup sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak
antara satu sama lain. Komuniti yang berpakaian sopan adalah hak yang perlu
dinikmati masyarakat. Persoalan-persoalan lain berkenaan aurat telah juga kami
sediakan jawapannya di laman ‘facebook’ GEMAR Malaysia’. Diharapkan ia dapat
menjadi rujukan umum bagi mereka yang memerlukannya. Tarikh 14 februari pula dipilih
sempena sambutan hari kekasih dan ia diharapkan dapat menjadi satu sambutan alternatif
kepada keghairahan sambutan tersebut. GEMAR Malaysia turut menegaskan, sambutan
Hari Kekasih oleh warga muslim pada hari ini, tidak lebih dari sekadar eksploitasi
komersial dan pemikiran untuk melariskan produk-produk cinta, menyebar fahaman liberal post modernis dan mengambil kesempatan diatas
kejalihan dan pendek akal masyarakat.
Kempen GEMAR telah dimulakan di
peringkat nasional dan antarabangsa sejak pertengahan januari. Di peringkat
nasional dan Pulau Pinang khususnya, satu garis panduan mudah telah di
promosiakan di laman ‘facebook’ GEMAR Malaysia. Melalui garis panduan ini, sesiapa
sahaja yang mempunyai kesedaran tentang kempen aurat ini boleh memulakan usaha
dakwah mereka di komuniti masing-masing dengan mudah dan secara rasmi, mereka
adalah sebahagian daripada 1500 penyokong GEMAR (setakat ini). Dalam masa yang
sama, hal ini menyatakan bahawa anda tidak berseorangan dalam memperjuangkan
isu kewajipan menutup aurat. Kempen GEMAR Malaysia telah disambut oleh komuniti-komuniti
di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Maklumat mengenai mereka boleh dirujuk di laman 'facebook' GEMAR. Di peringkat antarabangsa,
kempen ini dijalankan secara aktif oleh rakan NGO-NGO Indonesia disamping
sokongan oleh komuniti muslim nusantara di Mesir, Perancis dan Hong Kong.
Acara kemuncak kempen ini akan
diadakan di Pulau Pinang pada 14 februari iaitu aktiviti turun lapangan untuk
temu seru komuniti di sekitar Bayan Baru dan Kepala Batas dan Karnival GEMAR di
Masjid At-Taqwa, Bertam Indah pada 17 Feb yang akan menampilkan selebriti
bertudung Diana Amir sebagai tetamu. Selain itu, penyokong-penyokong GEMAR
Malaysia di komuniti yang lain juga, merancang aktiviti mereka tersendiri.
NGO Terlibat / Menyokong:
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS
Malaysia)
Qaryah Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah
Aktivis Pengupayaan Insan (API)
NISA’ Pulau Pinang
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Pertubuhan IKRAM Pulau Pinang
TERAS Pengupayaan Melayu
MAPIM
GABUNGAN Pulau Pinang
Persatuan Ulama Malaysia Caw Pulau Pinang