Wednesday, February 25, 2015

Perancangan modul Skuad BuFFER bersama kaunselor STB

Alhamdulillah, 23 Februari yang lalu, skuad BuFFER untuk Sekolah Tunas Bakti (STB), Teluk Air Tawar, Butterworth berbincang bersama Kaunselor STB untuk berbincang berkaitan modul aktiviti.

Perbincangan ini sangat bermakna kerana perkongsian pengalaman kaunselor STB memberi gambaran penuh kepada para sukarelawan mengenai lifestyle penghuni STB. Terutamanya kepada ketua modul yang telah dilantik.


Insha ALLAH, sesi seterusnya akan bersambung pada 28 Februari 2015 (Ahad) akan datang selepas sesi pertama pada 8 Januari yang lalu.

GEMAR Malaysia tetap berjalan!

Sedikit rumusan sepanjang Program Kempen GEMAR Malaysia (Like page) yang dijalankan pada malam 14 Februari.

*** Rata-rata mereka yang kita jumpa dan temubual faham mengenai aurat. Batas aurat perempuan dan lelaki. Hatta, yang tidak bertudung sekalipun.

*** Namun, masih ada segelintir yang tidak sedar akan kewajipan dalam mematuhi etika pemakaian yang telah ALLAH tetapkan ini.






*** Alasannya, yang bertudung juga melakukan perkara maksiat. Jadi adalah tugas kita memberi kefahaman kepada mereka mengenai perbezaan keperibadian akhlak dengan konsep menutup aurat.
Apabila ditanya soalan, "Apakah persepsi anda mengenai wanita bertudung?"

Jawapannya, "Sama sahaja. Yang bertudung pun berpegangan tangan dengan teman lelaki, naik moto bersama. Jadi, apa bezanya dengan yang tidak bertudung???"

~ Hal ini yang perlu diberikan kefahaman supaya tidak timbul salah faham. Pokok pangkalnya adalah akhlak kerana yang bertudung juga berdosa jika melakukan maksiat, dan yang tidak bertudung juga berdosa jika melakukan maksiat ~



Insha ALLAH, GEMAR Malaysia akan terus berusaha untuk menjalankan program-program mendekati masyarakat dalam memberi kefahaman berkenaan AURAT.

Alhamdulillah, ramai sahabat NGO mahupun individu yang turut turun lapangan mengadakan Kempen Menutup Aurat. Usaha ini wajar diberi sokongan.

~ HIDAYAH itu milik ALLAH, Yang penting USAHA, ~

Monday, February 16, 2015

Sekitar Kempen GEMAR Malaysia

Koleksi gambar program kempen GEMAR bersama pelbagai NGO di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah. Semoga menjadi inspirasi untuk kita semua aktif dalam lapangan masyarakat. Kempen ini tidak berakhir dengan berlalunya 14 feb (Valentine modern yang didasari faham hedonis dan komersial), ia akan berlangsung sepanjang tahun, di pelbagaj platform demi kesejahteraan kita bersama.

Sekitar Kuala Lumpur...






Sekitar Persisiran pantai Queensbay Mall, Pulau Pinang...







Sekitar Paniat Bersih, Butterworth, Pulau Pinang...







Sekitar Alor Setar...



 

Sedikit rumusan sepanjang Program Kempen ‪#‎GEMARMalaysia‬ yang dijalankan pada malam 14 Februari.

*** Rata-rata mereka yang kita jumpa dan temubual faham mengenai aurat. Batas aurat perempuan dan lelaki. Hatta, yang tidak bertudung sekalipun.

*** Namun, masih ada segelintir yang tidak sedar akan kewajipan dalam mematuhi etika pemakaian yang telah ALLAH tetapkan ini.

*** Alasannya, yang bertudung juga melakukan perkara maksiat. Jadi adalah tugas kita memberi kefahaman kepada mereka mengenai perbezaan keperibadian akhlak dengan konsep menutup aurat.

Apabila ditanya soalan, "Apakah persepsi anda mengenai wanita bertudung?"
Jawapannya, "Sama sahaja. Yang bertudung pun berpegangan tangan dengan teman lelaki, naik moto bersama. Jadi, apa bezanya dengan yang tidak bertudung???"

~ Hal ini yang perlu diberikan kefahaman supaya tidak timbul salah faham. Pokok pangkalnya adalah akhlak kerana yang bertudung juga berdosa jika melakukan maksiat, dan yang tidak bertudung juga berdosa jika melakukan maksiat ~

Insha ALLAH, GEMAR Malaysia akan terus berusaha untuk menjalankan program-program mendekati masyarakat dalam memberi kefahaman berkenaan AURAT.

Alhamdulillah, ramai sahabat NGO mahupun individu yang turut turun lapangan mengadakan Kempen Menutup Aurat. Usaha ini wajar diberi sokongan.

~ HIDAYAH itu milik ALLAH, Yang penting USAHA, ~

Wednesday, February 11, 2015

GEMAR Malaysia@Penang

Pakat mai semua noh!

Forum "Hijabku, Kehormatanku, dan Kemuliaan Agamaku"

Karnival GEMAR: Hijab Event ini adalah kali ke-3 anjuran Masjid At-Taqwa, Bertam Indah

Kaunter terbuka untuk pelancong asing cuba berhijab

Turun lapangan malam 14 Februari

GEMAR Malaysia @ KL

Kempen menutup aurat sempena 14 Februari diterjemahkan melalui program BEST ! Buat Elok Saja Tau. Hanya di KL.